⚠️ warning ⚠️
bab ini terselit sedikit kata-kata kesat.yeay, dah nak habis!
-------
Wajah yang menyapa pandangan dilihat dengan 1001 rasa tak percaya. Mana mungkin!
"Terkejut?" Dia bersuara.
Semestinya. Memang terkejut beruk, terperanjat cipan, semualah! Sangat menggemparkan.
Tak sangka, padanlah aku kenal benar jam itu. Dan suaranya pun, memang aku kenal. Telahan aku juga tepat, memang orang yang menjadi dalang kepada semua ini tahu tentang Al-Asad dan Fahd.
Masakan tak tahu, kalau yang sedang berada di hadapanku sekarang adalah Uncle Amrin! Tuan Amrin Iskandar Al-Asad, bapa saudara kandung Zatasyah.
"Uncle..."
"Uncle? Wow, masih hormatkan aku selepas semua yang berlaku? Hebat." Senyuman sinis tadi masih tak lekang dari wajahnya.
"Kenapa uncle buat semua ni?" soalku, ada nada kesal yang terselit. Serius, rasa dikhianati meskipun aku taklah rapat mana dengan Uncle Amrin.
"Saja?" balasnya dengan soalan. Dahiku berkerut. Saja? Biar kebenaran, cara bercakap macam apa yang dia buat itu cuma perkara kecil.
Uncle Amrin lepaskan tawa.
"Kidding, girl. Takkanlah saja-saja? Semestinya bersebab. Alasan aku buat semua ni, adalah... dendam." Makin aku berkerut dahi, kening turut bercantum. Tak faham.
"Tak tahu dendam apa? Tak apa, aku boleh beritahu. Sebelum tu, kita bawakan kawan untuk join kau dengar 'bedtime story' ni. Aku tak suka buat kerja dua kali. Jay, bawa jantan bedebah tu masuk!" Lelaki bernama Jay tadi mengangguk patuh lalu dia keluar dari ruang ini. Seketika kemudian, dia kembali bersama seseorang yang sangat aku kenali.
"Abang!"
Hampir menangis aku melihat keadaannya. Apa yang terjadi, aku sendiri tak pasti. Tetapi melihatkan ada darah di hujung bibirnya dan dia juga nampak agak lemah, memang sah. Mesti bertumbuk sakan tadi.
"Hi, nephew." tegur Uncle Amrin. Zatasyah? Reaksinya sama seperti aku. Terkejut. Terpana. Unexpected.
"Speechless? Tak apa, lepas ini mesti lagi tergamam. Let's hear a story from me." katanya dengan senyuman yang sangat plastik. Zatasyah tak didudukkan, sebaliknya cuma berdiri dengan kedua tangannya dalam pautan dua lelaki bertubuh sasa di sisinya.
"This gonna be a long story. Cerita panjang yang aku simpan berpuluh tahun lamanya." Amrin mulakan bicara.
"Uthman."
"Tajuk cerita aku, Uthman. Ya, Arman Uthman. Bapa kau yang tak guna tu!"
Tangannya dikepal erat, sehingga timbul segala urat-urat. Raut wajahnya juga jelas menggambarkan amarah yang berpuluh tahun disimpan rapi.
"Semua orang tahu, Uthman abang aku. Kau orang berdua juga tahu, itu faktanya. Betul?"
Mata aku bertembung dengan Zatasyah, bertukar pandangan lalu mengangguk sekilas. Mengiakan. Semua orang sedia maklum dengan fakta yang satu itu.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...