dua puluh sembilan || twenty nine

644 88 14
                                    

Lautan yang terbentang luas ditatap kosong.

Tiga hari berlalu sejak kejadian itu.

Jawatan Emperor Abang Abrar telah digugurkan. Seluruh istana dikawal rapi. Berita turut memaparkan tentang demonstrasi tunjuk perasaan di seluruh negara. Sungguh parah kesan daripada perbuatan luar sedar Abang Abrar.

Barulah aku mengerti apa yang terjadi di sebalik kes Abang Abrar ghaib tempoh hari. Maksud aku, tak sepenuhnya mengerti.

Menurut apa yang diceritakan oleh penglipur lara a.k.a tempayan bergerak a.k.a Ajwad, semuanya bermula apabila Abang Abrar terserempak dengan rakan lamanya.

Long story short, abang sempat minta setin air soda dari ice box yang dipegang Zatasyah sebelum menyuruh Zatasyah pergi ke tempat perkelahan kami.

Sambil-sambil bertukar cerita, air tin dibuka dan diteguk sekali dua. Disebabkan cerita mereka seakan tiada kesudahan, mereka berdua setuju untuk duduk melepak di salah sebuah gerai berhampiran.

Dan jalan cerita seakan dipotong bahagian klimaksnya, apabila berakhir dengan Abang Abrar ditemui di lorong gelap dalam keadaan yang... mengaibkan.

Pelik? Aku yang mendengar sendiri dari mulut Ajwad lagilah rasa pelik ibnu ajaib. Tak logik langsung. Celah mana datangnya wanita yang dikatakan telah dicabul itu? Macam mana abang boleh berakhir di sana? Nampak sangat semua ini dirancang oleh seseorang.

Tetapi apa yang paling sadis, apabila seseorang yang tertuduh itu adalah syurga aku sendiri.

Tiga hari tak bersua muka. Tiga hari dia hilang tanpa berita. Apa khabar syurga aku itu? Di mana dia sekarang?

Kini aku juga seperti burung di dalam sangkar emas. Dua puluh empat jam mesti berteman walaupun berada di dalam rumah sendiri.

Kononnya, bimbang apa-apa terjadi pada aku. Walhal hakikatnya, keluargaku tak mahu aku melarikan diri demi semata-mata ingin mencari Zatasyah.

Ah, stresnya hidup dikongkong dalam rumah sendiri!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku dari lamunan perasaan. Kepala menoleh memandang siapakah gerangannya.

Abang Abrar, dan Ajwad. Huh. Di tangan Ajwad ada sedulang makanan tengah hari.

"Makan." Dulang diletak di tepi katil. Aku sekadar memeluk tubuh, langsung tak berganjak dari tempat aku sedang berdiri.

"Tolonglah jangan degil Adara. Makan." ulang Ajwad dengan nada separuh merayu.

"Siapa yang buat Adara jadi macam ni?" Sinis aku menyelar. Iris mata menjeling ke arah kakanda sulungku.

Aku dengar Abang Abrar merengus kasar.

"Apa yang Adara cuba nak pertahankan lagi? Bukti terang-terang tunjuk dia bersalah. Apa lagi yang Adara nak nafikan?" katanya. Terselit nada menahan rasa bengang dalam suaranya.

"Sebab Adara tahu dia tak salah." Mudah jawapanku. Firasat seorang isteri.

"That botolinum thing was found in his office, in your house! Itu satu. Secondly, we found the pill in his car. Tak cukup lagi ke semua tu sebagai bahan bukti?"

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now