saya tak jangka pun hari ni boleh update.
Wajah bonda dipandang sekejap sebelum tubuhnya aku dakap erat. Tiba-tiba rasa sayu pula. Lumrahnya kalau dah berkahwin, tiba masanya aku perlu berjauhan dengan keluarga kerana syurgaku telah beralih arah.
"Jaga makan minum suami. Rajin-rajin masuk dapur, jangan suka sambung tidur lepas Subuh. Zatasyah, kalau Adara ni pemalas sangat, kamu report dekat bonda. Biar bonda ceramah dekat tepi telinga dia."
Wajah bertukar cemberut. Bonda ni, habis terbuka segala aib aku depan Zatasyah!
"Apa ni bonda, cakap macam Adara ni tak berguna sangat," rungutku tak puas hati.
"Ini namanya berpesan-pesan, bonda bukannya ada sekali dengan kamu berdua nak membebel macam selalu." Pipiku ditarik perlahan. Ish bonda ni, ingat kita ni pau ke?
"Sudahlah awaknya, banyak pula pesanan tok nenek dia. Anak menantu nak balik tengok rumah mereka juga." Ayahanda di sisi mula menyampuk menyebelahi pihakku. Bonda buat muka toya. Aku jungkitkan kening. Jangan tak tahu, ayahanda memang jarang tak masuk belah aku!
Batang tubuh ayahanda yang masih gagah tak sepadan dengan usianya aku dakap.
"Nanti mesti Adara rindu ayahanda."
"Kalau rindu, pintu istana sentiasa terbuka. Datang je."
Kepalaku diusap perlahan. Tubir mata mula membahang. Aku lemah betul kalau ayahanda dah mula melayan aku punya syahdu.
"Hah, mulalah tu drama ratu air mata dia!" Tegurannya buat air mata yang hampir jatuh tadi tersejat semula. Rangkulan dileraikan lalu sebuah jelingan tajam aku hadiahkan kepada Ajwad.
"Jangan nak berperang dekat sini. Bonda ni kadang-kadang confuse, umur kamu berdua ni berapa? Yang seorang dah jadi isteri orang. Yang ini dah boleh jadi bapa orang." Bonda geleng-geleng kepala.
Wajah Ajwad dipandang dengan pandangan yang membawa maksud, kan bonda dah mula membebel! Ni semua salah Ajwad!
Ajwad cuma mencebikkan bibir lalu beralih pada Zatasyah di sisiku.
"Jaga adik aku bro. Kalau dia menangis-nangis balik sini mengadu benda-benda kurang baik, tahulah apa aku nak buat dengan kau nanti."
Spontan hujung bibirku naik dengan sendirinya mendengar kata-kata Ajwad. Dalam annoying pun sayang juga dia dekat aku.
"InsyaAllah."
"Baik-baik jalan." Pintu kereta dibuka lalu aku loloskan diri ke dalam.
Lambaian terakhir diberikan sebelum roda kereta berputar meninggalkan pekarangan istana. Tempat suka duka aku selama dua puluh empat tahun bernafas di dunia ini. Enggan hanyut dalam rasa sayu meninggalkan keluarga, aku alihkan pandangan menatap Zatasyah yang kacak berkaca mata hitam.
Bermula dari rambutnya yang sedikit bersinar terkena pancaran cahaya sang rawi, dan kemudian beralih ke hidungnya. Cemburunya aku kerana hidung dia lebih mancung dari aku! Bibirnya merah bak delima, bukti nyata dia bukan seorang perokok tegar.
Rahangnya juga begitu tajam. Kumis nipis yang dicukur rapi menambah keindahan roman yang sedang aku hayati ketika ini. Begitu sempurna sekali lekuk wajah yang dicipta oleh Sang Pencipta sekalian alam.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...