"Allahuakbar, Allahuakbar!"
Azan Subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lena. Tidur-tidur ayam saja, trauma punya pasal. Segala yang berlaku semalam masih segar di ingatan, sehinggakan mahu keluar dari bilik ini pun aku berfikir dua tiga kali.
Nak keluar, takut Zatasyah masih seperti semalam. Kalau tak keluar, macam mana mahu solat? Telekung aku di atas. Segala alatan mandi aku juga ada di atas.
15 minit sudah berlalu. Tak baik lambat-lambatkan solat, maknanya mahu tak mahu aku perlu keluar juga. Nafas panjang dihela. Everything's gonna be alright.
Tombol pintu dipulas, pintu dibuka pada kadar 0.5 sentimeter. Sekadar muat-muat untuk aku mengintai apa yang ada di luar.
Gelap. Tiada cahaya. Dia dah naik kut? Perlahan-lahan pintu dibuka lebih luas, lalu sebelah kaki dijejakkan ke lantai luar bilik. Mata dililau ke segenap ruang. Line clear, dia dah masuk bilik.
Anak tangga dipanjat laju, sehingga sampai di hadapan pintu bilik.
"Bismillah." Pintu dikuak.
Kosong. Yang kedengaran cuma bunyi pancuran air dari kamar mandi. Cepat-cepat aku masuk ke wardrobe. Ambil apa yang penting sahaja.
Kain telekung, ada. Sejadah, ada. Seperkara lagi, tuala muka. Laci paling bawah dibuka, lipatan kain tuala dibelek. Aik? Tak ada? Mana pula perginya? Masa aku nak cepat inilah benda ini nak ghaib.
"Tuala, mana kau? Aku nak cepat ni."
"Kenapa nak cepat?" Suara garau di belakang menyentap tangkai jantung.
Pap! Berterabur segala barang dalam peganganku tadi. Takut-takut aku berpaling ke belakang, Zatasyah yang baru sudah mandi itu dipandang.
"Bila balik?" soalnya. Kakinya mula menapak menghampiri aku.
"Jangan dekat!" larangku. Zatasyah berhenti apabila jarak antara kami cuma tinggal lima langkah.
"Kenapa... eh, wait." Soalannya terhenti sekerat jalan. Matanya dipicingkan menatap muka aku.
"Pipi ni kenapa?" Tangannya yang hampir mendarat ke pipi aku tepis. Aku mengundur setapak, menjauh darinya.
"Stay away."
"Hey, what's wrong? Abang ada buat salah?" soalnya. Aku kunci mulut.
Lebih dari salah, Zatasyah. Sampai aku tak tahu aku mampu lupakan ia atau tak.
"Sayang..." panggilnya lagi, tak berputus asa.
"Jangan sentuh!"
"Adara..." Sekelip mata aku berada dalam rangkulannya. Erat. Meronta-ronta aku minta dilepaskan.
"Lepas!" Serta-merta terimbas kembali bayangan semalam. Air mata bercucuran tanpa dipinta. Badan mula menggigil hebat.
"Kenapa ni? Ni abang, sayang. I'm Zatasyah, your husband." pujuknya lembut. Namun sedikit pun tak membuatkan aku tenang. Malah makin laju jantung berdetak. Nafas terasa pendek-pendek. Panic attack.
"Hey Adara, breath! Kenapa sampai macam ni?" Panik suaranya menerjah kokleaku.
"Lepas..." rintihku. Akhirnya dia lepaskan aku, barulah tercungap-cungap aku kembali mencari nafas. Makin jauh aku bergerak. Dan... pap! Again, aku terperangkap antara dinding dan dia.
"Who did this to you? What happened?" soalnya, cuba berlembut denganku. Bibir diketap. Jadi, benarlah. Memang dia lakukan semuanya di luar sedar.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...