tujuh belas || seventeen

702 110 10
                                    

"Jangan balik lambat." Pesanannya dibalas anggukan patuh dariku. Bibir didaratkan di atas kekura tangannya yang sedikit berkedut akibat faktor usia.

"Jaga Adara. Jangan buat benda bukan-bukan. Balik sebelum Maghrib..." Pelbagai lagi nasihat dititipkan buatnya. Sama seperti aku, lelaki di sisi aku ini juga turut terangguk-angguk.

Pasrah sajalah. Nak buat macam mana, sejak identiti Al-Asad terbongkar, ayahanda lebih tegas dan teliti dalam setiap keputusan yang berkait dengan Zatasyah. Naluri kebapaan, aku faham.

Pintu kereta yang hitam berkilat dikuak dan aku boloskan diri ke dalamnya. Sedetik kemudian, bauan citrus mula menusuk ke mukusku tatkala Zatasyah mengambil tempat di bahagian pemandu.

Kemeja dengan lengannya yang disinsing sehingga ke siku aku lihat sekilas. Warnanya senada dengan hijab yang melitupi rambutku kini. Poyo. Nak pakai sedondon cakap ajelah, ini cakap pun dengan nada serupa komander askar. Nasib baik aku faham apa yang dia maksudkan semalam.

"Kita nak ke mana ni?"

"Rumah saya." Aku hadiahkan pandangan tak percaya bercampur kaget.

"Eh. Maksud saya, rumah arwah ibu saya. Haa rumah arwah ibu." Pantas dia betulkan ayatnya yang tersasul. Comel pula rasa melihat riak cemasnya. Risau sangat aku salah faham.

"Buat apa?"

"Adik-adik saya pun nak kenal dengan awak juga."

Aku sekadar 'ooo' sebagai jawapan balas lalu menumpukan perhatian ke luar tingkap. Menikmati pemandangan bandar metropolitan ini dari dalam kereta. Hampir dua dekad ayahanda memerintah, aku menjadi saksi melihat empayar ini maju setapak demi setapak.

Puas memandang ke luar, aku kalihkan mata ke struktur dalaman pacuan empat roda ini. Ternyata, Zatasyah sama seperti tipikal lelaki bekerjaya lain. Keretanya kemas, tiada sebiji pun bantal gebu-gebas atau hiasan yang bergantungan pada cermin pandang belakang. Berbeza benar dengan kereta milikku yang dihias dengan pelbagai bantal empuk, siap dengan seat leather khas berwarna merah hati lagi.

"Sayang, ambilkan aviator saya dalam dashboard." Suaranya memecah kesunyian di antara kami.

Sekejap, dia panggil apa tadi?

"Sayang..." Oh jantung, anda diminta supaya bertenang. Apa pasal pula mamat ni? Kena sampuk jin sayang ke?

"Yang?"

"Haa! Ap... apa tadi? Oh aviator. Sekejap, sekejap." Kelam-kabut dashboard dibuka dan sebuah kotak berbentuk segi empat dikeluarkan.

Menggigil tanganku tatkala menyerahkan kotak berwarna hitam itu kepadanya. Tersungging senyuman kecil pada pinggir bibirnya tetapi reaksi wajah masih cuba dikekalkan selamba.

"Pakaikan."

Eii dia ni tolonglah! Tahu tak jantung aku tengah menggila sekarang ni?

"Pakai sendiri."

"Merajuklah macam ni." Bibirnya mula muncung ke hadapan. Comel tu comel, tapi tetap rasa nak sepit sampai bengkak-bengkik!

"Mengadalah!" Dalam marah, cermin mata hitam itu aku buka lipatan kakinya dan disarungkan ke wajah tampan miliknya.

"Maceh."

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now