tiga puluh lima || thirty five

1.1K 92 17
                                    

bab akhir!

-------

Setahun yang getir berlalu. Tahun yang paling sukar untuk aku. Tahun yang sama aku bertemu dengan pasangan hidup sampai syurga aku.

Tiga bulan pertama, bahtera kami diuji dengan badai yang agak dahsyat. Hanya kerana dendam, hubungan kekeluargaan musnah. Kerana dendam juga, aku hampir kehilangan lelaki yang aku cinta.

Tembakan Amrin yang tepat pada jantungnya membuatkan Zatasyah melalui fasa-fasa kritikal. Berkat doa semua, dia berjaya menempuhi saat getir tersebut. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku sepanjang tempoh menjaga dia.

Dengan keadaan aku sedang berbadan dua,  aku sendiri kagum dengan semangatku ketika itu. Nasib baik bidadari kecil kami tak banyak ragam. Semua perkara berkaitan dia baik-baik sahaja. Seakan faham papanya yang sedang bertarung nyawa.

Hari ini, aku diberi peluang kedua menatap Singaku dan puteri kami di hadapan mata. Syukur alhamdulillah.

Zatasyah yang tertunduk-tunduk di baby cot aku perhatikan dari muka pintu.

"Shh... Jangan nangis baby. Ni papa ada. Don't cry, nanti ibu bangun. Puteri papa tak kesian dekat ibu ke? Kesian tau ibu penat." Perlahan suara garau itu berbisik. Aku menahan tawa daripada meledak. Acah super papa sangat!

"Janganlah nangis. Papa tak tahu nak pujuk." Menggigil-gigil aku menahan tawa mendengar kata-katanya. Entah kenapa, dia nampak sangat comel! Dengan pijama bercorak Pokemon di badannya, mendukung pula si kecil di pangkuannya. Ah, suami siapalah yang cute sangat tu?

"Apalah papa ni, pujuk baby pun tak reti." sampukku apabila melihat dia yang makin kelam-kabut. Terpaksalah ibu masuk campur juga dalam daddy and daughter time.

Zatasyah menoleh memandang aku. Riak wajahnya bertukar cemberut.

"Sayang, I told you to get enough rest."

"Bosanlah terperap atas katil je. Boleh kemurungan tahu?" bidasku. Mata beralih memandang bidadari kecil yang teresak di pangkuan Zatasyah.

"Alolo sayang ibu merah-merah ni, lapar cendol ke?" Aku tersengih di hujung kata. Teringat pula fenomena cendol yang pernah tular satu ketika dahulu.

"Meh sini, dia lapar kut." Bayi perempuan yang masih kemerahan itu bertukar tangan. Benar seperti telahanku, dia lapar. Kasihan anak dara aku ni.

"Abang masih marah Adara?" soalku sambil menyusukan puteri kami. Zatasyah diam. Diamnya dia maknanya merajuklah tu.

"Merajuk?"

Diam lagi. Aku menggeleng pasrah.

"Abang, benda simple je kan? Just a name."

"Tak nak. I don't like it." Makin panjang muncung bibirnya ke hadapan. Sejak jadi bapa orang ni, makin menjadi pula dia punya mengada. Sampai kadangkala aku rasa nak bagi pelempang sedas dua. Nasib baiklah sayang.

"Sebab dia?" tebakku lalu mengeluh.

"Sekalipun sebab dia, takkanlah sampai nak buang nama Al-Asad tu buat selamanya?"

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now