empat belas || fourteen

709 125 16
                                    

masa baca balik bab ni, saya rasa macam tengah baca buku Sejarah, lol hahaha 😂

"Al-Asad..." Perlahan aku menyebut nama keluarga Zatasyah.

"Maknanya... Zatasyah berkait rapat dengan Al-Asad yang tertulis ni?"

"Baca lagi Adara."

Penghujung Mei 1900
Bunyi semboyan di segenap ceruk tanah Al-Asad ini mendatangkan rasa gerun dalam hatiku. Tetapi pada masa yang sama, semangat untuk merebut takhta dari tangan Al-Asad kian berkobar-kobar.

Perkhabaran bahawa empayar kini dalam keadaan darurat juga telah tersebar luas. Seluruh tanah singa dalam ketakutan.

Maka dengan ini, aku bersumpah dengan darah, tanah ini akan aku takluki.

Permulaan Jun 1900
Seperti yang diwar-warkan, tentera kini bersiap sedia untuk berkorban nyawa dan raga, menumpahkan darah demi sebuah kemenangan.

Seluruh empayar diarahkan berkurung, kerana perang hebat bakal tercetus.

Aku Syaddad dan bersama-sama dengan tenteraku, akan aku jadikan tanah singa ini bertukar menjadi milik abadi si harimau.

Pembacaan aku terhenti. Sekejap, aku cuba fahamkan.

Apa yang aku faham, si penulis yang bernama Fahd Syaddad yang juga moyang kepada nenda aku menceritakan tentang perang hebat yang bakal tercetus untuk merebut takhta.

Fahd rampas Al-Asad? Takkanlah empayar serba gah ini merupakan hasil rampasan keji?

Malam Peperangan, Jun 1900
Percikan darah di sana-sini. Mayat yang bergelimpangan seakan hiasan yang mengerikan.

Aku sendiri tidak mengerti, mengapa Ghazi memilih jalan ini berbanding dengan jalan yang lebih harmoni. Peperangan ini cuma membuang masa dan tenaga.

Bulan purnama penuh, Jun 1900
Lima hari empat malam bertarung, Ghazi tewas. Aku diangkat menjadi pewaris Al-Asad. Dan seperti yang dijanjikan, aku diberi izin menukar nama empayar yang mundur ini.

Tigris An-Najh. Nama yang aku pilih.

Dan mulai hari ini, akulah kepalanya. Aku The Majesty Emperor Fahd Syaddad. Janji aku, akan aku bawa nama empayar ini menjadi sebuah empayar yang gah di persada dunia suatu masa kelak.

Aku selak lagi halaman seterusnya, tetapi kosong.

"Dah habis?"

"Almarhum Syaddad cuma sempat memerintah selama dua bulan sebelum dia jatuh sakit. Tiga bulan bertarung dengan penyakitnya, akhirnya dia pergi tanpa sempat memajukan empayar yang sekian lama menjadi impian. Maka legasi diteruskan oleh Almarhum Fahd Razzaq." Ayahanda mula bercerita.

"Setelah dua dekad memerintah, Almarhum ditikam oleh seorang pemberontak. Pihak istana mengesyaki suspek merupakan orang upahan Al-Asad, tapi ketika itu mereka tak punya bukti."

"Then the war started," ujarku secara berbisik. Teringat pada Perang Fasad yang aku belajar dalam subjek Sejarah semasa berada di bangku persekolahan dulu. Tetapi dalam silibus, tak disebutkan pula siapa lawannya. Cuma dilabel sebagai pemberontak sahaja.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now