"See you next month Adara!" Kami saling melaga-lagakan pipi.
"Insya-Allah. Akak jaga diri tau?
"Alright." Kak Deandra tersenyum manis lalu beralih kepada Abang Abrar di sebelah.
"You jangan nak menggatal dengan orang lain ya? I dapat tahu you menggatal, I sula you hidup-hidup!"
"Pernah ke I menggatal dengan orang lain?"
"Manalah tahukan? Lelaki ni selalunya mana cukup satu!"
"Don't worry akak. Kalau abang Adara ni menggatal, Adara kerat-kerat dulu tangan dia hidup-hidup sebelum serahkan pada akak untuk upacara menyula." Pandangan mataku bersabung dengan Kak Deandra lalu tawa kami berpadu. Ketawa psiko.
"I ada mata-mata kat sini, you jangan main-main!"
"Mata-mata yang senang belot. Rasuah je cucur udang, terus beralih arah." Abang Abrar senyum mengejek di hujung katanya.
"Whatever. Okay, I dah kena gerak ni. Bonda, ayahanda. Deandra pergi dulu ya?"
"Have a safe flight. Kirim salam bonda dan ayahanda pada King Ishraqi ya?"
"Insya-Allah." Kelibat tunang kesayangan Abang Abrar mula bergerak menjauhi kami.
"Sudah, jom balik." Ayahanda bersuara setelah Kak Deandra hilang dari pandangan mata.
"Haa dengar tu abang. Jom balik, tak payah nak ditenung sangat. Orangnya dah balik dah pun," usikku melihatkan Abang Abrar yang masih tak berganjak sedari tadi.
"Diamlah." Kami berjalan ke kereta yang sedang menunggu di luar lapangan terbang.
"Adara." Ajwad cuit bahuku.
"Apa?"
Lupa nak cakap, aku dan Ajwad dah berbaik-baik. Pagi tadi selepas Subuh, dia datang minta maaf denganku. Tak tahanlah tu dipulaukan lama-lama. Hahaha!
"Ikut Ajwad jom?"
"Pergi mana?"
"Shopping." Bersinar-sinar matanya menyebut perkataan itu. Yalah, Ajwad ni raja membeli-belah kot. Dia punya semangat nak shopping tu selalunya kalah aku yang perempuan.
"Nak beli apa lagi kali ini?"
"Alaa, adalah. Adara ikut je. Nanti Ajwad belanja apa-apa je yang Adara nak, okey?" Ajwad mula pasang umpan.
"Apa-apa? Okey, onz!" Umpannya mengena.
"Haa pergi minta izin dengan bonda." Dia tolak badanku ke arah bonda.
"Eh, kenapa Adara pula yang nak kena cakap dengan bonda?"
"Alaa, tolonglah Adara! Kalau Ajwad yang cakap, nanti bonda bising. Cakap Ajwad ni asyik pergi shopping je. Bolehlah Adara, bantulah abangmu yang kacak ini!" Dia cuit-cuit tanganku.
"Cakap Adara cantik dulu!"
"Adara cantik dulu."
"Ajwad cakaplah sendiri dengan bonda," kataku lalu mempercepatkan langkah. Saja nak acah.
"Eh budak ni! Yalah, Adara ni cantik! Paling cantik di dunia! Okey, dah. Pergi cepat." Dia tolak badanku sehingga aku betul-betul di sebelah bonda. Hailah dia ni, kecil besar kecil besar je aku tengok. Lumrah jadi anak bongsu, macam inilah. Orang lain yang nak, kita yang tolong cakapkan.
"Bonda..."
"Ya?"
"Adara nak keluar dengan Ajwad boleh?"
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...