"Adara! Buat apa berkurung dalam tu?" Pintu bilik diketuk berselang-seli dengan laungan namaku oleh Ajwad.
Aku bangkit dan membuka pintu sipi-sipi saja. Melindungi aurat Khaulah di dalam.
"Nak apa?"
"Buat apa?"
"Girls talk dengan Khaulah."
Bibir Ajwad membentuk huruf 'o' .
"Khaulah puteri Doktor Jabbar?" soal Ajwad.
"Yalah, Khaulah itulah. Ramai sangat ke Khaulah yang Ajwad kenal?"
"Tak, tak. Tanya nak minta kepastian je. Kalau macam itu, tak apalah. Nanti santap petang turunlah ke bawah. Ajwad ada beli durian crepe untuk Adara."
"Durian crepe? Serius?"
"Ya. Takkanlah pasal durian crepe pun Ajwad nak tipu."
"Okay! Nanti Adara turun, tata!" Pintu dihempas. Aku kembali semula ke sofa dan duduk di sebelah Khaulah yang khusyuk menonton tv.
"Oi, kalau setakat nak tengok tv, kau balik je lah. Rumah kau pun ada tv." Mata Khaulah beralih dari kaca televisyen memandang mataku.
"Ok, jom bawang." Televisyen ditutup.
"Bawang apa?"
Khaulah terdiam seketika, berfikir. Seketika kemudian tangannya menampar-nampar pahaku.
"Kau tahu, abang sepupu aku baru balik." Bibirku terjuih.
"Apa kena mengena abang sepupu kau balik dengan aku?"
"Tak ada kena mengena. Saja nak cakap, dia tu... handsome!"
Mataku mengecil memandang Khaulah.
"Ya ya je kau ni. Bukan boleh percaya sangat. Muka macam katak puru pun kau kata handsome."
Pecah tawa Khaulah mendengar kataku.
"Tak, tak. Yang ini memang handsome! Handsome macam, handsome gila kau tahu? Nak tengok gambar dia?" Khaulah buka telefon pintar miliknya.
"Hm, meh nak tengok." Aku hulurkan tangan.
"Nah. Tengok." Telefon bertukar tangan.
Gambar yang tertera di skrin dilihat. Seketika kemudian, dahiku berkerut dan tolak telefon ke tepi.
"Ni abang sepupu kau ke, model underwear? Sewel la kau ni, gambar macam ni juga kau nak tunjuk. Ambillah balik!"
Khaulah tergelak.
"Kau tu yang sewel. Itu bukan dia. Dia yang sebelah kanan. Yang kau tengok orang sebelah kiri buat apa?"
Membahang pipiku mendengar kata-kata Khaulah.
"Cakaplah awal-awal." Telefon di tangan Khaulah dirampas semula. Figura yang berdiri di sebelah 'model underwear' tadi aku dekatkan.
Eh betullah, kacak! Rambutnya yang basah berwarna chestnut terjuntai cantik pada dahinya. Kulitnya tak terlalu putih, tak terlalu gelap.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasiaADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...