"Selamat datang, Emperor Afkar."
Sebatang tubuh menyambut kedatangan kami sebaik sahaja kaki melangkah ke tanah Impireacht. Tangan kedua figura berpengaruh itu bertaut sebelum King Ishraqi beralih pada abang di sebelah ayahanda.
"Uncle."
"Apa panggil uncle, panggil ayahlah."
"Baik, ayah." Aku lihat abang tersenyum simpul. Amboi, depan orang pijak semut pun tak mati dia ni. Lembut gigi daripada lidah!
"Mari, kita ada banyak lagi urusan untuk majlis pada hari lusa." Pelawaan lelaki berusia lima puluhan itu dibalas dengan anggukan kecil dari kami.
"Puteri Adara." Satu suara menyapa aku dari arah sisi. Kepala dikalih melihat siapakah gerangan yang menegur.
"Prince Daiyan." Kaki yang sedang melangkah dihentikan dan badan ditundukkan 45 darjah menghadap satu lagi figura yang amat 'disegani'.
Kalau tak mengenangkan keluarga serta orang lain yang ada bersama-sama di ruang ini, rasanya mungkin sepatah perkataan pun tak akan aku ucap kepada putera mahkota Impireacht ini.
Yang betul-betul kenal dengan jejaka bertinggian enam kaki ini, memang tak akan tertipu di sebalik imej tampannya ini. Di sebalik wajah ini, tersimpan segala jenis perangai kaki perempuan, kaki botol dan bermacam-macam kaki lagilah. Buaya darat terbesar yang pernah hidup di muka bumi ini.
"You look beautiful." Tangannya naik ingin menyentuh pipiku namun cepat aku elak ke tepi. Makin melampau pula perangai dia ini.
"Keep your dirty hands away from my beautiful face."
Langkah kaki aku percepatkan, meninggalkan sang buaya berkepala hitam di belakang. Ah, kalaulah Zatasyah pun ada bersama aku!
"Gilalah dia tu," rungutku apabila berjaya menyaingi Ajwad yang tadinya jauh di hadapan.
"Apa? Daiyan?"
"Siapa lagi, buaya darat tu lah!"
"Sikit punya kacak tu, takkan tak terpikat?" Satu jelingan dihadiahkan untuk Ajwad.
Terpikat? Huh. Andai saja Ajwad tahu apa yang pernah terjadi.
"Excuse me sir, I'm engaged okay? Andai kata Adara solo lagi, ditawarkan satu galaksi pun Adara tak nak dekat Daiyan. Minta simpang!"
"Dah dia memang macam tu, kita boleh buat apa lagi? Hadap sajalah. Nasib baik dua hari ni kita tak duduk sekali dengan dia, kalau tak makin mental Adara nak melayan miang keladi dia."
"Tahu tak apa." Langkah kaki berhenti di hadapan mesin yang memeriksa bagasi.
"Hai budak berdua, nak mengumpat pun tengoklah kiri kanan. Ada yang tak jadi kahwin nanti." Terketap-ketap gigi Abang Abrar memberi amaran. Serentak aku dan Ajwad menyeringai. Lupa pula kedatangan kami kali ini membawa hajat besar dari sekeping hati.
"Hehe, ampun Tuanku."
Selesai urusan bagasi, kami bergerak ke pintu utama King Carlton IV International Airport ini. Kerdipan lampu kamera wartawan menyambut kehadiran kami semua. Maklum, golongan kerabatkan? Aku pun dah lali dengan semua ini.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...