Zatasyah dengan tenangnya menyedut air minuman di kala tika ini, Ajwad sedang merenungnya bak harimau yang ingin menerkam mangsanya.
"Kau kata dengan aku, kau baru kenal Adara tak sampai satu bulan. Dan hari ni kau cakap kau cintakan dia? Oh wow! Ada apa-apa agenda tersembunyi ke?" Sinis soalan Ajwad pada pendengaranku.
"Ajwad tak mahulah macam ni." Jujur aku kata, aku lagi rela menghadap Ajwad yang perangai serupa badut daripada Ajwad yang versi ini. Versi pak rimau jadian!
"Adara diam. Ini urusan Ajwad dengan dia ni."
Aku sandarkan badan pada penyandar sambil berpeluk tubuh. Duhai Zatasyah, maaflah saya pun dah tak boleh buat apa-apa bila Ajwad mula masuk mood abah-abah.
"Saya betul sayangkan Adara, sumpah tak ada sekelumit pun niat lain. Setiap patah cinta saya tu ikhlas, tak berkaitan pun dengan harta atau pangkat yang dia ada." Bersungguh Zatasyah menerangkan niat hatinya pada Ajwad.
"Beri aku satu bukti kukuh yang menjamin setiap bait kata kau."
"Putera boleh bunuh saya andai ada apa-apa terjadi pada Adara sepanjang dia dalam hubungan bersama saya."
Wah. siap berbunuh-bunuhan! Tak boleh jadi ni. Ajwad ni kau jangan buat main, silap haribulan kalau aku terluka sikit je masa keluar dengan Zatasyah, ada yang kena penggal kepala nanti.
"Ajwad..."
"Aku izinkan kau bercinta dengan Adara. Tapi, sekali apa-apa terjadi pada Adara..." Ayatnya yang tergantung disambung dengan gaya mengerat leher.
"Chop, chop! Apa mati-mati ni? Ajwad janganlah over sangat. Tak mungkinlah Zatasyah nak buat benda yang bukan-bukan. Keluarga kita pun bukan tak kenal dengan keluarga dia kan?" Laju aku mengingatkan fakta yang Zatasyah merupakan ahli keluarga orang kepercayaan keluarga kami sejak sekian lama.
"Fine." Ajwad merengus kasar lalu airnya dihirup. Pandai pun diam.
"Ajwad pergi toilet sekejap." Ajwad bangun meninggalkan aku dan Zatasyah berduaan.
"Maaf pasal Ajwad tadi. Dia memang macam itu. Emo sikit."
"Eh, tak apa. Saya pun ada adik perempuan juga jadi saya faham." Zatasyah senyum tipis.
"Cakap pasal adik, mana Luthfan dengan mama dia?" soalku apabila baru tersedar kelibat dua orang itu tak bersama-sama dengan kami.
"Tadi Fina beritahu dia nak carikan mainan untuk kakak Luthfan. Tak tahu pula lama sampai macam ni sekali."
"Nama mama Luthfan, Fina?"
"Fina tu nickname, nama penuh dia Sorfina. Dia sebaya dengan awak." Nampaknya, aku bakal punya adik ipar yang sebayalah umurnya.
"Adik-beradik awak berapa orang?"
"Lima orang. Saya anak sulung. Nombor dua, Sorfina tadi. Lepas itu, Zahra dan Sofya. Mereka kembar. Yang terakhir, Zulfa."
"Anak lelaki tunggal la ni?" Orang kata kalau anak lelaki tunggal ni dia matang sikit. Tambah pula kalau anak sulung. Sepadan sangatlah dengan aku yang cengeng dan manja ni.
"Yes I am. Satu-satunya tulang belakang keluarga lepas arwah abi tinggalkan kami." tergamam aku mendengarkan dua patah perkataan yang berbunyi 'arwah abi' dari dua ulas bibirnya.
"Maaf tanya, abi awak pergi masa umur awak berapa?" Penuh berhati-hati soalan itu diajukan.
"Masa itu, saya baru habis sekolah. Baru sangat-sangat. Arwah abi tak sempat pun ada dengan saya masa hari saya daftar masuk universiti. Mujur ibu ada masa itu." Senyuman tawar terbentuk di bibirnya.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...