dua puluh lima || twenty five

684 100 8
                                    

Pintu bilik aku kuak sedikit, mengintai kawasan luar. Gelap, maknanya orang tu dah masuk tidurlah. Penuh berhati-hati aku keluar dari bilik dan terjengket-jengket turun ke dapur.

Fuh, nak makan pun dah serupa nak pergi rompak bank.

Suis lampu dipetik lalu peti ais dituju. Bahagian chiller dibuka, sebiji buah epal diambil. Bolehlah ni, buat alas perut. Aku rasa dalam tempoh perang ni, aku jarang makan nasi. Sikit masa lagi, kuruslah aku. Ada faedahnya juga berperang dingin ni.

"We need to talk." Epal di tangan terlambung ke udara, terkejut dengan suara yang tiba-tiba menyapa. Siapa lagi kalau bukan Zatasyah. Kurang asam jawa punya suami.

Pintu peti ditutup lalu aku bergerak ke singki untuk membasuh epal sebelum digigit sedikit. Zatasyah yang sedari tadi memandang tajam ke arahku aku buat tak peduli.

"Awak dengar tak apa saya cakap ni?"

"Saya penat. Lain kali sajalah," balasku pendek lalu menonong berjalan keluar dari kawasan dapur.

Langkah terhenti apabila tubuh sasanya menghalang laluanku. Tangannya didepangkan seluas-luasnya. Aku palingkan muka ke kiri, tak mahu menghadap wajahnya yang penuh pengharapan.

"Awak ingat saya tak penat ke? Saya ni dah la bekerja, lepas itu nak memikirkan hal kita yang tak selesai lagi. Adara, dah seminggu tahu? Seminggu awak buat saya macam tak wujud dalam rumah ni."

Memang benar, dalam seminggu ini aku banyak mengabaikannya. Sekadar menunaikan tanggungjawab aku dalam menjaga makan pakainya, tiada sebarang komunikasi yang berlaku di antara kami sepanjang minggu ini.

"Awak dah tak sayang saya? Dah putus asa dengan hubungan kita yang belum cukup sebulan lagi ni?"

Spontan aku menoleh ke arahnya. Tak sayang? Putus asa? Eh, mana mungkin. Aku mungkin marah, tapi belum sampai tahap mahu berpisah.

"Putus asa dah? Tak mahu teruskan?" Aku menekur ke lantai. Terus mati selera makan aku. Seketika kemudian, terasa tangan kasarnya memaut daguku, memaksa supaya mendongak memandangnya. Iris kami bertembung.

"Kalau Adara masih terasa tentang abang tertinggikan suara pada Adara, abang minta maaf. Semuanya di luar kawalan. I'm just too exhausted. And frustrated. I didn't mean to hurt you." Lunak pandangannya menikam romanku.

"Just for this time, kita bincang baik-baik. Boleh?" Pada akhirnya, aku mengangguk sekali. Lemah betul aku bila mendengar pujuk rayunya kini.

Dia tarik aku supaya duduk di bar counter.

"Duduk. Saya buat air. Nak air apa?"

"Tak kisah, apa-apa saja."

"Air kotak je boleh? Saya tak pandai buat kopi sedap macam awak." Aku kulum senyum. Cis, nak bodek kitalah tu!

Zatasyah buka peti ais, lalu dia keluarkan dua kotak susu malt coklat.

"Nah." Kotak berwarna hijau itu diletakkan di hadapanku.

"Terima kasih." Straw kertas dicucuk ke lubangnya dan airnya aku hirup sedikit demi sedikit. Dehemannya menghentikan perbuatanku. Aku angkat kepala memandang dia yang bertentangan.

"First of all, abang nak tegaskan sekali lagi, abang tak tahu kenapa dan macam mana racun tu ada dalam safe box office abang. Wallahi sayang, abang langsung tak tahu apa-apa." Bersungguh-sungguh dia ungkapkan ayat yang dia pernah nyatakan seminggu lepas.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now