tiga puluh tiga || thirty three

801 89 40
                                    

jangan sendu sangat, mari meriahkan ruang komen :)

------

I'm watching.

Dia memerhati. Siapa dia? Itulah yang sedang dibincangkan sekarang.

"Tulisan komputer, tak boleh trace kerja siapa." Suara Gabriel, teman Zatasyah yang sama semasa malam aku hampir ditembak tempoh hari.

"Ada kesan tapak kasut dekat area tingkap tu?"

Aku nampak Gabriel menggeleng.

"Memang yang buat kerja ni profesional. Too professional." katanya lalu melepaskan keluhan. Seketika kemudian, dia melirik sekilas ke arahku.

"Nasihat aku, memang tak selamat kalau kau dan puteri terus duduk sini. Silap-silap, dia dah pasang macam-macam tracking device dalam rumah ni." Terteguk air liur aku mendengar ayat Gabriel. Tracking device? Entah-entah selama ini setiap gerak-geri kami diperhatikan. Seram.

"So solution dia, balik istana?"

"Tu satu-satunya jalan. Aku tak tahu apa yang jadi antara kau dengan family Diraja, tapi baliklah. Untuk keselamatan kau dan puteri. Tentang bukti, aku akan cuba kumpul lagi. Don't worry man, I will prove to them that you are innocent." Kali ini Zatasyah terangguk-angguk, mungkin menimang baik buruk cadangan Gabriel.

"Kau fikirlah masak-masak. Aku kena gerak ni, ada benda nak settle." ujarnya lalu bangkit dari duduk.

Melihatkan gaya perwatakan dirinya, aku rasa Gabriel ini mesti ada kaitan dengan benda-benda dark. Ada tattoo kecil di tangan kirinya, tertulis D.M. Tampangnya juga nampak dingin, bicaranya juga agak tegas. Macam mafia, kongsi gelap atau mungkin seorang gengster. Macam dalam novel.

"Alright. Thank you Gabriel." Mereka saling berpamitan. Gabriel menunduk hormat ke arahku, dan aku membalas dengan senyuman nipis.

"Apa-apa call." katanya lalu berlalu keluar dari rumah ini. Zatasyah alihkan perhatian menghadap aku dan Khaulah.

"Khaulah nak balik dulu ke?" soalnya.

"Kalau ikutkan nak stay, tapi esok kerja." balas Khaulah sambil memandang aku dan Zatasyah silih berganti.

"Tak apalah, Khaulah boleh balik. Kami berdua pun nak balik istana. This house is no longer safe to us." putus Zatasyah. Khaulah tak menjawab, sebaliknya dia berpusing menghadap aku.

"Adara, aku balik dulu. Hati-hati." pesannya.

Setelah kelibat Khaulah dan keretanya hilang dari pandangan mata, pintu rumah dikunci. Zatasyah paut bahuku.

"Jom, pack your things. Kita balik istana." katanya. Aku pandang kiri dan kanan. Entah kenapa, rasa semacam.

"Tengok apa?"

"Rasa macam ada orang perhatikan saya." luahku. Aku rasa aku makin paranoid sekarang ni. Bilalah benda ni boleh selesai? Sasau jiwa aku dibuatnya kalau terus berada dalam keadaan ini.

"Bayangan awak je tu. Dah, abang ada ni kan? Tak payah takut." ujar Zatasyah cuba menenangkan aku. Kami sama-sama melangkah ke bilik tidur.

"Adara kemas dulu, abang nak ambil laptop dan file apa semua." Makin kejap genggaman tanganku padanya apabila dia berura-ura mahu melangkah keluar.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now