"Sedap tak ayahanda?" Dengan penuh kesabaran aku memandang ayahanda yang sedang mengunyah puding kastard buatanku.
"Approved." Ayahanda angkat ibu jari kiri.
Aku menyeringai kegembiraan. Kalau dah ayahanda kata sedap, maknanya memang sedap betullah tu.
"Mimpi apa tiba-tiba belajar masak ni? Ada prince charming datang singgah dalam mimpi ke semalam?" Ajwad tarik kerusi bertentangan denganku.
"Belajar masak pun salah."
"Tak salah, cuma pelik. Adara mana rajin masuk dapur." Aku jeling Ajwad.
Excuse me, aku bukan pemalas ya. Bergantung kepada mood aku. Nak main masak-masak, aku join Mak Suri di dapur. Kalau mood aku nak berkebun hari itu, aku masuklah kebun. Kalau tiba-tiba nak jadi srikandi terulung, aku berlatih fencing dengan abang Abrar di laman belakang.
Malas nak berdebat dengannya, perhatianku teralih pada bonda di sebelah Ajwad.
Bagai tahu-tahu saja aku inginkan komen tentang masakan pertamaku, bonda angkat kedua-dua belah ibu jari.
"Absolutely delicious!"
Yeay!
"Abrar mana?" Mendengarkan soalan ayahanda, baru aku tersedar kelibat kakanda sulungku itu tiada bersama-sama dengan kami.
"Tadi lepas Maghrib, dia mengadu sakit kepala. Razia suruh dia berehat lepas makan ubat." Jawapan bonda disambut anggukan sekali dari ayahanda.
Usai makan, aku naik ke bilik Abang Abrar. Bertanya sekiranya dia perlukan apa-apa.
"Abang nak makan?" Dulang berisi hidangan tipikal orang sakit diletakkan di atas night stand.
Dia menggeleng dengan mata yang masih terkatup rapat.
"Nak bonda." Bibir dicebikkan mendengar rengekan Abang Abrar.
Dasar drama king!
"Mengada-ngada. Nak makan ke tidak ni?" Garang aku bertanya. Memanglah aku ni tak ada ketokohan untuk jadi seorang jururawat. Habis semua pesakit dimarahi nanti.
"Hmm," sahutnya.
"Nak makan, bangun. Duduk bersandar." Badannya aku tarik supaya bangun tapi tak terangkat walau seinci.
"Beratlah abang ni!" Aku merengus kasar. Yang dia ni pun, sajalah nak mengeraskan badan yang dah sedia keras tu. Apa kau ingat aku ni ada genetik Hulk Hogan ke?
"Garanglah Adara ni," ujar Ajwad sambil mendekati kami berdua. Dengan mudahnya dia tarik badan abang Abrar supaya bersandar di kepala katil.
"Dah, mengada-ngada sangat. Sakit kepala saja kut." Mangkuk bubur ikan salmon aku kaup balikkan dengan sudu lalu disuap ke dalam mulut Abrar.
"Jangan garang sangat, nanti andartu."
Aku mencebik.
"I'm still young to talk about marriage."
"Young tak young, tahun ni dah 24 okay?"
"Mudalah tu. Kahwin awal-awal buat apa?"
Ajwad berfikir sejenak.
"Betul juga. Lepas Abrar, giliran Ajwad pula kahwin. Lepas kami berdua dah pass, baru Adara boleh kahwin. No langkah-langkah bendul ya sister."
"Tapi, kalau nak tunggu Ajwad kahwin, tak bersuami Adara nanti. Yalah, mana ada orang nak dekat Ajwad," selorohku.
"Hello, excuse me young lady. I'm Fahd Ajwad Muttaqin, the most handsome crown prince in the world. Sekali petik jari, beratur semua anak dara dari pintu pagar tu sampailah ke Antartika." Di hujung kata, Ajwad tersenyum bangga.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...