dua puluh tujuh || twenty seven

671 85 18
                                    

Kalendar meja di tepi katil aku pandang lama. Mata difokuskan betul-betul pada tarikh hari ini. Kenapa aku rasa ada sesuatu yang penting pada hari ini?

"Tengok apa tu?"

Aku menoleh ke belakang. Zatasyah yang cuma bertuala separas pinggang aku pandang dengan rasa tertanya-tanya.

"Hari ini ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" soalku.

Kening lebatnya bercantum. Tak faham agaknya dengan soalan yang baru aku ajukan.

"Maksud saya, ada apa-apa benda penting ke yang jatuh pada tarikh hari ini?" terangku. Barulah hilang kerutan di dahinya. Dia berfikir seketika sebelum menjawab.

"Picnic?" tebaknya. Aku menggeleng.

"Bukan picnic. Benda lain."

Dia berfikir lagi, kemudiannya mengangkat bahu.

"Setahu saya, tak ada." Kali ini giliran aku pula yang berkerut dahi.

"Ye ke? Hmm, tak apalah."

Zatasyah menghilang di sebalik wardrobe. Aku turut bangun menuju ke arah yang sama. Ingin mengambil beg dan melilit tudung untuk melindungi mahkota wanitaku.

Dia yang sedang menyarung baju t santai berwarna hijau emerald itu aku pandang dengan sengihan. Baju sendiri dilihat. Yeay, matching with husband!

Usai semuanya, kami sama-sama turun ke bawah. Bimbang terlewat pula.

"Allah, abang tertinggal phone. Sekejap ya," katanya lalu berlalu semula ke atas. Ada-ada saja suami aku ni.

Sepasang sneaker diambil dan diletak ke tanah. Nak ke pantai, aku lagi suka menyarung kasut yang bertutup daripada wedges atau heels. Leceh dengan permukaan pantai yang berpasir.

Bunyi kasut yang diletak di sebelah mengejutkan aku. Zatasyah rupanya. Dia turut duduk mengikat tali kasutnya.

Selesai menyarung kasut, dia bergerak ke kereta. Aku turut bangkit untuk mengunci pintu rumah.

"Pap!" Bunyi benda terjatuh. Aku pandang ke arah bunyi tadi lalu menggeleng perlahan. Gopoh sangat dia ni, sampai tak sedar wallet tercicir.

Kad pengenalan yang terkeluar dari dompet itu aku kutip. Tersenyum aku tatkala melihat gambarnya yang tercetak di atas kad berona keemasan itu.

Gambar zaman muda-mudi.

Nombor pengenalan dirinya aku baca sekilas.

BR39420-250794

BR, singkatan untuk wilayah Bryline yang terletak di selatan. Dalam empayar ini, terdapat tujuh buah wilayah dengan lima buah daerah kecil di dalamnya.

Bryline, Limistéar, Westlers, Hyguive, Octïvya, Vyolyne dan Quercyla.

39420, nombor khasnya. Tidak ada orang lain yang memiliki nombor tersebut.

250794, tarikh lahirnya.

Eh sekejap, 2507? Hari ini berapa hari bulan? Aku buka telefon. Tertera tarikh 25 Julai pada skrin. Membulat mata aku.

Hari ini hari lahirnya!

"Abang!" panggilku. Dia yang sedang memasukkan tikar ke dalam bonet terhenti perbuatannya.

"Apa?"

"Kenapa tak cakap dengan saya, hari ini birthday awak?" Aku bercekak pinggang. Dia berjalan menghampiri aku.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now