"Emperor, Empress. Tuan Zatasyah dah tiba."
Seraya itu, bonda dan ayahanda menuju ke muka pintu, diikuti dengan aku dari belakang.
Kereta berwarna hitam berkilat milik Zatasyah terletak betul-betul di hadapan pintu masuk. Aku nampak dia serahkan kunci pada Uncle Akmal yang ditugaskan meletakkan keretanya di dalam garaj lalu dia menapak dengan penuh gaya ke arah kami. Di tangannya ada sebakul buah-buahan yang dihias indah.
"Assalamualaikum emperor, empress." Tangan ayahanda disalami dan dia menunduk hormat ke arah bonda.
"Waalaikumussalam. Inilah Zatasyah ya?"
"Ya saya."
"Jemput masuk. Kita berbual di dalam." Ayahanda menepuk-nepuk bahu bidangnya lalu berjalan beriringan masuk ke dalam.
"Hai awak," bisiknya perlahan apabila melintas di hadapanku. Aku cuma membalas dengan sengihan semanis duta ubat gigi.
"Bakul tu beri pada Intan, biar dia letakkan di dapur." Bonda mengeluarkan arahan sambil menggamit Dayang Intan ke mari. Bakul tadi bertukar tangan.
"Duduklah. Jangan malu, jangan segan. Hari ini, saya cuma nak berkenalan dengan lelaki yang berjaya mencuit hati anak dara tunggal saya." Ayahanda mulakan bicara setelah kami semua melabuhkan punggung.
"Zatasyah ya tadi? Nama penuhnya apa?"
"Ubaid Zatasyah, emperor."
"Eh tak usahlah panggil emperor. Rasa macam tengah berbual dalam mesyuarat formal pula. Panggil uncle dah memadai."
"Baik uncle."
Aku perhatikan ayahanda merenung lama muka Zatasyah yang bertentangan dengannya. Melihatkan Zatasyah yang nampak kurang selesa berkeadaan sedemikian, segera aku ajukan soalan pada ayahanda.
"Kenapa ayahanda pandang dia macam itu? Handsome sangat ya?" usikku di hujung kata.
"Tak adalah, uncle rasa muka kamu ni familiar. Kenal Tuan Amrin Iskandar?"
"Kenal sangat, uncle. Itu adik arwah abi saya."
"Lailahaillah. Padanlah raut muka macam pernah nampak, anak saudara Tuan Amrin rupanya. Baru nampak sama bila tengok secara dekat. Maknanya, kamulah COO baru yang dia sebutkan dalam board meeting yang lepas ya?"
"Ha betullah tu. Saya mula masuk minggu depan. Sebelum ni, saya uruskan anak syarikat Tigris Airlines di Westlers."
Maka terjawablah persoalan aku tentang pekerjaan sebenar Zatasyah. Pengarah operasi syarikat penerbangan rupanya. Padanlah gaya pun macam orang ada-ada. Ahli korporat rupanya.
Dari apa yang aku dengar lagi, arwah abi Zatasyah meninggal dalam sebuah nahas helikopter pada sepuluh tahun lampau. Ketika itu arwah menaiki sebuah helikopter yang sedang dalam sesi pandu uji. Arwah Tuan Arman Uthman juga bekas CEO Tigris Airlines, dan selepas pemergiannya adik beliau, Tuan Amrin Iskandar menggantikan kekosongan tempatnya sehinggalah kini.
Syarikat penerbangan tersohor serantau dunia itu juga merupakan syarikat milik keluarga Zatasyah. Jadi maknanya, selepas pemergian abi Zatasyah pun mereka sekeluarga masih boleh hidup senang tanpa perlu tergapai-gapai akibat hilangnya ketua keluarga kerana harta yang ditinggalkan sememangnya lebih dari cukup.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...