dua puluh dua || twenty two

740 91 2
                                    

Tuala muka yang materialnya diperbuat daripada kapas lembut ditekap-tekap pada muka yang basah. Setelah menepek sehelai face sheet untuk melembapkan tekstur kulit, aku menapak keluar dari kamar tidur ini.

Langkah kaki terhenti seketika. Otak cuba mengingat semula kedudukan bilik-bilik yang Zatasyah beritahu kepada aku siang tadi. Dia ini pun, buat rumah besar-besar dah kenapa? Jenuhlah aku nak mengingat setiap ceruk tempat dalam binaan ini.

Bilik yang terletak paling hujung di aras ini aku tuju. Bilik kerja Zatasyah. Tadi usai makan malam, dia mengatakan dia punya mesyuarat maya dengan pembekal alat-alat untuk helikopter dari Jepun.

Pintu bilik diketuk sekali dan aku buka sedikit. Dia kelihatan sedang khusyuk berbincang dengan entah siapa di talian sebelah sana. Melihatkan dia yang terlalu sibuk, pintu dikatup semula. Niat untuk masuk ke dalam dibatalkan. Bimbang kehadiranku mengganggu perbincangan mereka berdua nanti.

Kaki diayun menuruni tangga ke tingkat bawah. Pintu mini library aku buka. Alang-alang tak tahu nak buat apa, bolehlah aku explore buku-buku yang ada di dalam ini. Suis lampu dan aircond dinyalakan lalu tak rak yang berlabel Romance aku dekati.

Hmm, banyak juga buku yang aku dah pernah baca sebenarnya. Membazir betul suami aku ni. Beli bukannya nak tanya dulu aku dah baca ke belum.

Puas membelek-belek, akhirnya aku capai sebuah buku tebal berkulit hitam dengan gambar bunga mawar di hadapannya. Buku yang dah pernah aku baca, tetapi belum habis lagi dek kekangan masa yang sangat padat jadualnya. Punggung dilabuhkan di beanbag ungu yang tersedia.

Bahagian tengah-tengah buku dibuka. Tepat pada muka surat terakhir yang aku baca sebelum ini.

"Nak rampas hero konon. Heroin tu dah cukup menderita kau tahu? Dasar perampas, tak guna punya perempuan!" bebelku sendiri, melepaskan rasa sakit hati tatkala membaca bahagian konflik cerita ini.

Tak faham sungguh aku. Kenapa watak perempuan-perempuan perampas ni tetap nak memilih suami orang? Bukannya tak ada lelaki single lain yang nakkan mereka. Memanglah kau kata kau yang kenal dia dulu, tapi dah bukan jodoh, maka bukan kau punyalah. Nak mencarut nanti aku yang dapat dosa.

Bercakap tentang konflik, setiap cerita yang pernah aku baca mesti ada klimaks yang tersendiri. Kalau cerita cinta biasanya sama ada datangnya kewujudan orang ketiga, ibu mertua tak restu atau kalau rare sikit, dapat suami panas baran dan cemburu buta.

Agaknya, kisah aku dan Zatasyah bagaimana pula konfliknya? Kata bonda, setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Agak-agak, plot cerita macam mana yang akan kami berdua 'lakonkan'? Kewujudan perampas? Tak mungkin. Sebab aku ni golongan kerabat. Memang belum ada dalam sejarah empayar ini, ada perempuan yang berani cuba memporak-perandakan rumah tangga ahli istana. Tempah liang lahad namanya kalau begitu.

Isu ibu mertua tak restu? Lagilah tak mungkin. Isu suami panas baran? Hmm, setakat ini Zatasyah memang nampak baik-baik saja. Tapi akan datang, siapa yang tahu? Waliyadzubillah. Bukan mahu bersangka buruk, tapi kebanyakan kes penderaan rumah tangga ni bermula dari suami yang pijak semut tak mati, bercakap pun bagai menanam tebu di tepi bibir. Manis dan sweet serba-serbi! Tetapi akhirnya isteri yang menjadi tempat melepaskan amarah. Anak-anak menjadi tempat melampiaskan masalah tertekan.

Minta dijauhkan daripada perkara sebegitu terjadi pada aku.

"Sayang?" Sapaan Zatasyah dari muka pintu mematikan lamunanku.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now