"Pergi mana pula ni?" Sapaan Abang Abrar dari belakang mematikan pergerakanku yang sedang menyarung wedges.
"Nak jumpa Khaulah. Last meeting before dia posting."
"Oh. Dia pun ambil medic eh?"
"Yalah. Like father, like daughter," balasku. Sayu pula mengenangkan sahabatku itu bakal berjauhan denganku selepas ini. Khaulah bakal ditempatkan di sebuah hospital di daerah kecil bernama Limistéar yang berada di utara.
"Adara gerak dulu." Tangan abang Abrar dikucup.
"Hati-hati. Jaga batas kalau jumpa dengan boyfriend kesayangan awak tu." Pesanan Abrar dibalas dengan tabik hormat olehku.
"Aye aye captain!"
Pintu bahagian pemandu dibuka dan aku boloskan diri ke dalam kereta. Hari ini aku putuskan untuk memandu sendiri. Malas nak menyusahkan pemandu diraja, Uncle Akmal untuk menghantar aku ke rumah Doktor Jabbar. Bukannya jauh sangat pun.
Perlahan-lahan kereta bergerak meninggalkan pekarangan istana dan memasuki lebuh raya. Sekali-sekala mulut menyanyi kecil mengikut bait lirik lagu yang dimainkan di corong radio.
Now I know you're my true north, 'cause I am lost in the woods
Up is down, day is night, when you're not there
Oh, you're my only landmark, so I'm lost in the woods
Wondering if you still care
But I'll wait for a sign that I'm on your pathBunyi telefon mengganggu sesi karaoke kecil-kecilanku. Skrin dijeling sekilas. Melihatkan nama Bidadari Besi yang tertera, segera aku jawab panggilannya. Panggilan disambungkan dengan bluetooth pada radio kereta.
Sengaja aku save nombornya begitu, nama Khaulah Al-Azwar itukan nama seorang pahlawan wanita Islam.
"Wassup sister!"
"Waalaikumussalam," balasku sambil mata mengerling ke arah cermin sisi kereta.
"Loyar buruk pula dia. Apa-apalah. Kau dekat mana?"
"On the way."
"On the way dekat mana? On the way baru sudah mandi ke tengah pakai tudung?"
"Aku tengah drive la sengal."
"Lain kali cakaplah tengah drive. Okay drive safely babe. Bye!"
Panggilan ditamatkan. Kadang-kadang aku tak percaya si Khaulah ni seorang bakal doktor. Otak dia tu boleh tahan tiga suku juga.
Stereng kereta dipulas ke kanan, memasuki simpang masuk ke sebuah taman perumahan Semi-D. Kereta berhenti di hadapan pondok pengawal.
"Laura Adara Fahd Afkar Suhaid. House Number 39, Lane 3. Doktor Abdul Jabbar Abdul Aziz." Aku sebutkan nama penuhku beserta nama pemilik rumah dan alamatnya pada mesin yang merekod kedatangan pelawat di pondok pengawal ini. Zaman dah canggih, guna mesin je. Guna manusia jadi jaga pun kadang-kadang ada juga pelawat yang tak direkodkan kedatangannya.
"Approved." Pintu pagar dibuka dan kereta dipandu melepasinya.
Sedikit demi sedikit, bumbung rumah yang ditujuku kini kelihatan. Kereta diparkir di belakang sebuah Alfa Romeo Giulia GTA, betul-betul di hadapan rumahnya. Ada sebuah Tesla Model S di bawah bumbung garaj. Tak silap aku itu kereta milik Doktor Jabbar.
"Assalamualaikum," sapaku apabila melihat susuk tubuh lelaki berpengaruh yang sibuk menyusun barang di dalam but kereta.
"Waalaikumussalam, eh Puteri Adara rupanya. Nak jumpa Khaulah ke?"
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...