"Jeno!"
"Lee Jeno!" Langkah lelaki itu terhenti. Dia menggepal kedua-dua tangannya erat sebelum dia berpaling kearah Ahreum.
Ahreum mengangkat senyuman kecil pada bibirnya dan melangkah kearah Jeno. Dia mencapai tangan Jeno dan mengusap tangan itu.
Jeno yang seakan-akan terbuai dengan perasaan rindunya pada gadis itu terdiam. Dia hanyut di dalam pandangan mata Ahreum yang lembut.
"Jeno saya rindukan awak..." kata-kata itu perlahan meluncur daripada bibir gadis itu. Seperti ada batu yang menghempab dirinya, Jeno tersentak.
Dia sudah dapat melupakan Ahreum disebabkan oleh Heejin. Tetapi hatinya masih lemah terhadap gadis ini disebabkan gadis ini pernah membawa kebahagian pada dirinya.
Jeno tersedar. Ini bukanlah perkara yang betul. Dia perlu berfikiran waras. Jangan hanyut dalam permainan Kim Ahrem lagi Jeno.
Jeno menarik tangannya kasar daripada pegangan Ahreum. Dia melarikan pandangannya daripada Ahreum. Hampir saja dia termasuk di dalam permainan gadis itu.
Ahreum mengeluh perlahan dan melangkap setapak ke hadapan, mendekatkan dirinya dengan Jeno. Dia mendongakkan wajahnya untuk memandang Jeno yang lebih tinggi daripadanya.
"Jeno saya masih sukakan awak." Alunan suara itu seakan-akan membuatkan Jeno berasa menggeletar sekarang. Dia memang tidak kuat. Ahreum perempuan yang dicintainya selama dua tahun.
Jeno mengambil nafas dalam dan menolak lembut bahu Ahreum supaya menjauhinya semula. Dia memandang tajam kearah Ahreum yang masih memandangnya dengan sayu.
"Kita boleh kembali bersama-"
"Berhenti Kim Ahreum." dingin Jeno memotong percakapan Ahreum. Dia memejamkan matanya, tidak mahu melihat Ahreum. Hatinya kembali bergelora dengan amarah di dadanya apabila dia kembali teringat tentang hubungan bekas teman wanitanya dengan Hyungwon.
Dan sekarang gadis ini datang semula kepadanya untuk meminta mereka kembali bersama. Setelah di curang padanya-?
Kim Ahreum memang tidak masuk akal. Dia gila.
"Jeno, saya masih-"
"Stop Kim Ahreum!" Jeno menjerit. Ahreum tersentak dan terdorong sedikit kebelakang apabila mendengar jeritan lelaki itu. Dia terkejut. Jeno tidak pernah meninggikan suara padanya. Jeno memang tidak pernah marah.
"Aku bukan permainan yang kau boleh suka-suka ambil dan buang." Anak matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Ahreum. Pandangan yang penuh dengan kebencian.
Kini, dia sudah mula merasakan perasaan kebencian ini muncul terhadap gadis ini.
"Kau boleh teruskan hubungan kau dengan Hyungwon. Mesti kau bahagia kan." Jeno tergelak kecil. Ahreum memandang Jeno tajam, dia menggepalkan tangannya. Dia mulai marah.
"Jadi apa lagi, pergi dapatkan lelaki kesayangan kau tu Kim Ahreum."
"Aku bukan siapa-siapa lagi dalam hidup kau."
"Aku tak pernah kenal dengan perempuan yang macam kau." hambur Jeno dingin. Dia menjeling Ahreum tajam sebelum kembali melangkah meninggalkan Ahreum berseorangan di situ.
Ahreum memandang figura Jeno daripada belakang dengan penuh kebencian. Semua ini berlaku disebabkan oleh Jihyun!
Dia yakin. Hanya dia dan Jihyun yang mengetahui tentang dia mempunyai hubungannya dengan dua orang lelaki itu. Walaupun Jihyun tidak mengenali Jeno. Tetapi selepas Jihyun berpindah ke sekolah ini, dia pasti Jihyun yang membocorkannya pada Jeno.
"Arghh!" Sekuat hati dia menjerit di kawasan itu. Kakinya melangkah laju meninggalkan tempat itu. Sekarang dia perlu mencari Jihyun. Gadis itu ialah punca segalanya. Punca rahsianya bocor dan hubungannya dengan Jeno putus.
kalau ada sesiapa yang keliru, scene ni berkaitan dengan konflik dalam say yes. selepas ahreum berjumpa dengan jeno, ahreum pergi cari jihyun . okey faham kan? 😂
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚