Jeno mencabut helmet daripada kepalanya sebelum meletakkannya diatas motornya. Kunci motornya ditarik sebelum dia berlari laju ke tempat yang telah dijanjikan oleh Heejin.
Sebaik sahaja dia tiba disana, dia melepaskan keluhan panjang. Dia cuba mengatur semula nafasnya. Matanya meliar ke arah sekelilingnya tetapi langsung tiada figura Heejin di sana.
Baru sahaja dia mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Heejin, satu tangan yang menyentuh bahunya membuatkan tindakannya terhenti.
Bahunya terhincut dan Jeno terus menoleh kebelakang, dengan harapan Heejinlah yang memegang bahunya tadi.
Tetapi hampa. Di hadapannya sekarang ialah Bomin. Lelaki itu sedang berdiri tanpa senyuman di wajahnya. Jeno mengerutkan dahinya pelik. Kenapa pula Bomin yang berada di sini?
"Kau buat apa dekat sini? Mana Heejin?" soal Jeno, dia tidak mahu menghadap lelaki ini. Matanya meliar mencari kelibat Heejin.
"Aku yang mesej kau guna telefon Heejin." Bomin menjawab selamba. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Aku tahu kalau aku yang mesej kau untuk jumpa, kau akan tolak."
Jeno terkilan. Patutlah dia berasa pelik dengan mesej yang dihantar melalui telefon Heejin tadi. Dia sudah dapat merasakan perkara yang tidak kena.
Jeno melepaskan keluhan dan memandang kearah Bomin malas. Dia pasti Heejin juga tidak tahu tentang hal ini.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Jeno dingin. Perwatakannya yang lembut itu serta-merta bertukar di hadapan Bomin.
"Stop sukakan Heejin. Aku tahu kau masih sukakan dia sekarang." kata Bomin selamba. Jeno mengerutkan dahinya memandang Bomin.
"Apa yang kau merepek ni Bomin." kata Jeno, suaranya mulai kedengaran tidak puas hati dengan kata-kata Bomin itu.
"Kau tahu tak, disebabkan perasaan kau ni, Heejin selalu rasa bersalah kalau dia tinggalkan kau macam hari tu."
"Padahal kau sendiri yang tolak untuk keluar dengan dia." Matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Jeno. Kakinya melangkah setapak ke hadapan bagi mendekati lelaki itu.
"Dia rasa bersalah kalau tak ajak kau keluar dengan dia sebab takut kau terasa. Kau selalu ada dengan dia, dan itu buatkan dia rasa yang diri dia teruk bila dia keluar dengan orang lain." sambung Bomin lagi, dia benar-benar menghamburkan kata-kata itu pada Jeno.
Jeno terdiam, dia hanya mendengar semua yang dikatakan oleh Bomin itu. Dirinya mula terasa kecil. Tidak sangka Heejin berasa seperti itu. Ya, dia jarang melihat Heejin keluar bersama dengan orang lain selain daripada dirinya. Kata-kata Bomin ini seperti menjawab persoalannya.
"Tindakan kau hari tu, tinggalkan dia dengan perasaan bersalah. Kau buat dia seolah-olah dia hanya ada kau seorang dalam hidup dia."
"Jadi aku minta kau berhenti sukakan Heejin. Dia dah mula jauhkan diri dia dari aku. Kau sendiri tahu sebab apa kan." Jeno tergamam. Perasaan bersalahnya terhadap Heejin mulai menguasai dirinya. Dia memang bodoh sebab tidak menyedari hal itu.
"Berhenti jadi bodoh Jeno. Kau lebih tahu kenapa. Kau tahu yang dia memang tak sukakan kau." Jeno tersentak. Dia mula membalas pandangan mata Bomin tajam. Tangannya dikepalkan bagi menahan amarah.
"Dia hanya anggap kau kawan, tak lebih daripada tu-" kata-kata Bomin itu terhenti apabila Jeno menumbuk pipi Bomin dan menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.
Bomin tertawa sinis lalu mengangkat semula wajahnya memandang Jeno yang sudah bergelora dengan amarah itu. Ibu jarinya menyapu darah pada hujung bibirnya sebelum dia pula yang melayangkan tumbukannya pada Jeno, membalas pukulan lelaki itu tadi.
"Kau tak layak cakap macam tu." Jeno menepis pegangan Bomin pada bajunya. Dia mengenggam kolar baju Bomin dengan kedua-dua belah tangannya.
"Kenapa? Sebab kau tahu yang dia sukakan aku-" matanya terpejam apabila Jeno hampir menumbuknya semula. Tetapi tindakannya terhenti apabila dia mendengar suara jeritan yang sedang mendekatinya.
"Yah Lee Jeno!" Serentak dengan itu, Jeno terus menoleh ke tepi, memandang suara itu. Heejin sedang berlari kearah mereka dengan perasaan yang masih terkejut apabila melihat Jeno yang hampir menumbuk Bomin.
Tanpa berkata apa-apa, Heejin pergi kearah mereka berdua dan menarik kasar tangan Jeno supaya melepaskan pegangan pada baju Bomin. Heejin memandang Jeno tajam.
"Heejin aku-"
"Kau dah melampau Jeno." Heejin memotong percakapan Jeno. Jeno terkilan. Dia terkejut mendengar kata-kata Heejin itu. Perasaannya mulai bercampur baur, kecewa dan marah pada satu masa yang sama.
"Aku tak faham kenapa kau boleh ada dekat sini, tapi tolong berhenti ikut aku macam ni." kata Heejin dingin. Jeno memandang gadis itu terkejut. Dia mengikutinya? Sejak bila?
"Aku tahu semuanya Jeno! Kau ikut aku masa dekat gelanggang bola keranjang, kau ikut aku masa hari perlawanan bola sepak tu dan sekarang... kau ikut aku keluar dengan Bomin." Jeno terkilan, dia langsung tidak mampu bersuara atau membalas kata-kata Heejin itu.
Dia mengaku, dia memang mengikuti Heejin semasa mereka bermain bola keranjang itu. Tetapi itu ialah kali pertama dan kali terakhir dia melakukan perkara itu.
"Sudahlah Jeno... mungkin pada orang lain aku ni tak bersyukur sebab aku ada kau sepanjang masa untuk aku. Tapi apa yang aku rasa lain..."
"Kau buat aku tolak permintaan orang lain untuk keluar dengan diorang semata-mata untuk kau. Aku tak sanggup nak tolak bila kau ajak aku keluar sedangkan aku dah ada rancangan lain masa itu."
" Tapi sekarang Jeno... kau sampai ekori aku bila dapat tahu aku keluar dengan orang lain selain kau?" Heejin meraup kasar wajahnya.
Jeno masih lagi tercengang. Dia tidak sangka selama ini Heejin memikirkan perkara itu tentangnya. Padahal dia langsung tidak pernah mengekori Heejin seperti itu. Dia sedar, dia tidak boleh berada disisi gadis itu lagi. Dia hanya akan menyesakkan lagi gadis itu.
"Dahlah Jeno... aku tak nak gaduh dengan kau..." Heejin mengeluh perlahan sebelum dia menarik tangan Bomin yang berada disebelah Jeno daripada tadi, dia hanya memerhatikan pergaduhan itu dalam diam.
Dia tidak sangka Heejin akan muncul. Dia juga tidak bermaksud mahu membuatkan hubungan mereka berdua renggang.
Jeno memerhatikan figura Heejin dan Bomin yang sudah berlalu pergi, meninggalkannya berseorangan di belakang. Hatinya bagai dikoyak-koyak apabila melihat Heejin yang sedang meneliti wajah Bomin itu dengan perasaan risau.
habis kelas petang nanti aku update 🤣
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚