16

353 57 15
                                    

Dahyun turun daripada kereta Daehyun dan melambai kearahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahyun turun daripada kereta Daehyun dan melambai kearahnya. Setelah kereta Daehyun meluncur laju keluar daripada kawasan universiti, Dahyun melangkah masuk ke dalam kawasan universiti.

Mereka perlu berkumpul di luar fakultinya. Apabila dia tiba disana, bas sudah menunggu mereka. Pasti yang lain sudah masuk ke dalam bas itu.

Setelah memberikan kehadirannya kepada Mr.Park, Dahyun melangkah masuk ke dalam bas itu. Matanya mencari tempat-tempat yang kosong.

Matanya terhenti pada kerusi yang berada di belakang sekali. Masih kosong. Lebih baik dia duduk disitu. Kakinya bergerak kearah kerusi yang berada dihujung bas itu tetapi langkahnya terhenti apabila seseorang menahan pergelangan tangannya.

Dahyun tersentak dan terus berpaling kearah lelaki yang baru sahaja memegang tangannya itu. Dahyun terkejut, dia tidak sangka Jeno yang menahannya.

"Duduk sini. Sebelah aku kosong." kata Jeno tenang. Dia berganjak pada kerusi yang berada disebelah tingkap dan melirikkan matanya pada kerusi yang berada disebelahnya. Dahyun melabuhkan punggungnya pada kerusi kosong itu.

Dia masih gugup dengan Jeno. Setiap kali dia duduk berdekatan dengan lelaki ini, pastinya dia tidak senang duduk. Jantungnya berdegup laju.

Dahyun melirikkan matanya pada Jeno yang sedang bermain dengan telefonnya. Dia sedang membalas mesej daripada Heejin. Dahyun mengemamkan bibirnya.

Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, telefonnya berbunyi menandakan ada orang yang menelefonnya. Dahyun mengambil telefonnya daripada beg tangan.

Haechan.

Dahyun menekan butang hijau pada skrin telefonnya dan mendekatkannya pada telinga.

"Kenapa?" soal Dahyun mendatar.

"Janganlah marah." Haechan tertawa kecil apabila mendengar intonasi suara Dahyun tadi.

"Ya nak apa Haechan." Dahyun sengaja melembutkan suaranya dengan menyampah. Jeno terus menoleh kearah Dahyun apabila dia menyebut nama Haechan.

"Kau pergi harini kan?" tanya Haechan.

"Ya, dua hari." jawab Dahyun.

"Bawa balik hadiah untuk aku. Hati-hati, bye." Tidak sempat Dahyun mahu membalas, Haechan terus meletakkan panggilan telefon itu. Dahyun ternganga.  Skrin telefonnya dipandang tidak percaya.

Sekarang ini dia hanya pergi ke perkampungan lama, jadi Haechan mahu dia membawa hadiah apa. Batu daripada hutan? Bukannya dia pergi  bercuti di tempat pelancongan.

"Haechan ke?" Jeno bertanya. Dahyun terus menoleh kearah Jeno dan mengangguk sambil tersenyum kekok. Jeno berpaling ke hadapan semula setelah mendapat anggukan daripada Dahyun.

Dahyun mula menyandarkan badannya dengan selesa pada kerusi. Matanya perlahan-lahan mulai mengantuk memandangkan dia tidur pada pukul 3 pagi malam semalam. Perjalanan pula mengambil masa dua jam, terlalu lama. Matanya mulai tertutup, dia terlelap.

Jeno yang sedang merenung ke luar tingkap untuk menikmati pemandangan itu tersentak apabila dia merasakan sebelah bahunya tiba-tiba menjadi berat.

Jeno menoleh dan terkejut apabila melihat kepala Dahyun sudah elok mendarat diatas bahunya. Dia terkaku. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia kena menolak semula kepalanya? Atau membiarkannya?

Tanpa sedar, Jeno mula merenung lama wajah tenang yang sedang dibuai mimpi. Perlahan-lahan bibirnya mula mengukirkan senyuman kecil. Sungguh lena gadis ini tidur. Akhirnya dia hanya membiarkan kepala gadis itu terlentok pada bahunya.

--

"Try to test and copy the drawing of this ancient buildings and don't forget to shoot some details. We're going to do a model in this photo shoot excursion."

"Jangan lupa apa yang saya selalu ingatkan, pastikan detail." Mereka semua menjawab ya dan mereka dibenarkan untuk bebas. Bukanlah terlalu bebas, mereka boleh berkeliaran hanya di kawasan ini sahaja untuk menangkap beberapa gambar untuk digunakan dalam kerja mereka.

Dahyun memerhatikan Jeno yang sedang duduk pada bangku di bawah pokok itu daripada jauh, dia kelihatan fokus pada kameranya.

Dahyun mengambil keputusan untuk pergi mendekati beberapa orang kawannya sementara menunggu Jeno.

"Min, kau kumpulan dengan Siyeon ke?" soal Dahyun kepada tiga orang gadis yang sedang duduk memerhatikan pemandangan bukit itu.

"Haah, nasib aku malang kot asyik melekat dengan Siyeon ni." kata gadis yang bernama Min itu. Siyeon yang berada disebelahnya terus mencubit pipi tembam gadis itu. Kawan baik ini memang tidak boleh dipisahkan.

"Haesoo, mana Yuta sunbae? Dia partner kau kan?" Mereka tiga memandang kearah Haesoo yang sedang bermain dengan kameranya. Haesoo hanya mengangkat bahu tanpa memandang kearah mereka.

"Dahyun." Jeno datang mendekati sekumpulan gadis itu dan memegang bahunya, membuatkan Dahyun tersentak. Dahyun berpaling ke belakang untuk melihat Jeno.

"Jom." kata Jeno lembut. Dahyun mengangguk faham dan meminta diri pada kawan-kawannya untuk pergi terlebih dahulu.

Mereka bertiga tidak lari memandang figura Jeno dan Dahyun yang sedang berbual antara satu sama lain itu.

"Kau sama sekolah dengan Dahyun kan Haesoo?" soal Siyeon. Haesoo mengangguk.

"Kau tak rasa ke Dahyun selalu perhatikan Jeno? Dia suka Jeno ke?" kata Min pelik. Bukannya dia tidak sedar, apabila Jeno muncul berdekatan dengan mereka, pasti Dahyun akan memerhatikan lelaki itu dalam diam.

"Aku pun tak pasti..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hati aku tak kuat 😃

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hati aku tak kuat 😃

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now