30

372 52 40
                                    

"Lee Heejin!" jeritan daripada Haechan memenuhi ruang kawasan itu, dia berjalan laju mendekati adik kembarnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lee Heejin!" jeritan daripada Haechan memenuhi ruang kawasan itu, dia berjalan laju mendekati adik kembarnya itu.

Heejin yang sedang bersama dengan kawan-kawannya itu menoleh kearah suara jeritan itu.

"Donghyuck-"

"Ikut aku." Langsung tidak membenarkan Heejin menghabiskan ayatnya, Haechan terus menarik kasar pergelangan tangan Heejin dan pergi daripada situ.

"Hyuck sakitlah!" Heejin merungut kesakitan apabila Haechan langsung tidak melepaskan pegangannya pada pergelangan Heejin itu, malah dia menggenggam tangannya makin kuat.

Rungutan daripada Heejin itu langsung tidak dipedulikan oleh Haechan. Dia hanya terus menarik Heejin.

"Lee Donghyuck!" Heejin menjerit kuat nama abangnya itu dan merentap kasar pegangan Haechan membuatkan pegangannya terlepas.

Heejin menjeling Haechan tajam dan memegang pergelangan tangannya yang sudah merah itu.

"Kau pergi mana malam semalam?" soal Haechan dingin. Heejin tersentak mendengar persoalan Haechan itu.

Dia menelan air liur dan cuba memasang raut wajah tenang pada mukanya sebelum dia mendongak memandang Haechan semula.

"Aku dekat rumah lah!" jawab Heejin tanpa memandang anak mata lelaki itu. Tetapi dia masih cuba untuk memandang wajah Haechan. Jantungnya mula berdegup kencang kerana takut.

Renungan tajam daripada Haechan itu makin membuatkannya takut, Heejin melarikan pandangan matanya. Haechan memang jarang marah padanya, jika dia marah, Haechan sememangnya akan berubah 360 darjah.

"Kau tidur rumah dia semalam...?" sekali lagi Haechan bertanya. Tetapi pada kali ini, Heejin terdiam. Fikirannya tiba-tiba menjadi buntu untuk menjawab soalan Haechan itu. Sudah jelas dia menipu sekarang.

"Jawab aku Lee Heejin!" suara lelaki itu naik seoktaf pada adik kembarnya. Dadanya berombak menahan amarah dan mencerlung tajam kearah Heejin.

Heejin memandang Haechan semula, membalas pandangan mata Haechan itu.

"Ya! Aku tidur sana. Jadi apa masalahnya? Aku dah besar Hyuck!" balas Heejin geram. Nafasnya cuba diaturkan semula. Wajahnya diraup kasar sebelum dia kembali memandang Haechan. Haechan tertawa sinis dan menolak rambutnya kebelakang.

"Heejin. Kau tu perempuan. Kau tu adik aku. Jadi kau ingat aku akan biarkan ke kalau dapat tahu adik aku tidur dekat rumah lelaki lain?"

"Aku pergi rumah Bomin je. Kau pun kenal dia kan. Dia baik-"

"Kau baru kenal dia tiga bulan lepas Heejin!" Haechan meraup wajahnya kasar. Perasaan tertekan dan risau pada masa yang sama. Dia sangat terkejut apabila mendengar hal ini daripada Jeno

Fikirannya tidak berhenti memikirkan apa yang Heejin lakukan di rumah Bomin. Heejin berkemungkinan sahaja akan berada dalam bahaya. Mungkin sahaja Heejin tidur dengan lelaki itu? Dia tidak tahu.

"Haechan..." Pergelangan tangan Haechan diraih daripada tepi. Serentak mereka berdua menoleh kearah suara itu.

"Kau ke bagitahu dia Jeno?" Heejin memandang Jeno tajam. Lelaki itu mendiamkan diri dan hanya menatap wajah gadis itu lama.

Heejin tertawa sinis. Laju dia berjalan pergi daripada situ dan masuk ke dalam kawasan kafeteria.

Haechan melepaskan pegangan tangan Jeno itu dan terus mengejar adiknya masuk ke dalam kawasan kafeteria.

"Yah! Lee Heejin!" Haechan menjerit kuat dan membuatkan pelajar yang berada di dalam kafeteria itu mula memandang kearah mereka. Sekali lagi dia menarik pergelangan tangan Heejin dan menariknya supaya menghadapnya

"Kau kenapa!" Heejin meninggikan suaranya semula kepada Haechan. Heejin memandang tajam pada lelaki yang berada di hadapannya. Segala pandangan yang sedang memandang kearah mereka diabaikan.

Haechan menolak lidahnya pada pipi dan tertawa sinis.

"Heejin kau jangan melampau." Haechan berkata mendatar, sedaya-upaya dia cuba menahan sabar dengan Heejin ini. Dia tidak mahu melepaskan amarahnya di hadapan orang ramai tetapi tindakan Heejin yang seperti ini mampu untuk membuatkannya meletup sekarang.

"Haechan cukup." suara garau Jeno daripada belakang muncul dan terus memegang tangan Haechan supaya melepaskan tangannya daripada Heejin.

"Kau ingat aku boleh biarkan ke?" Haechan menjawab tidak puas hati sambil memandang kearah Jeno. Dia memejamkan matanya untuk cuba menenangkan diri. Perasaan marahnya terlalu menguasai dirinya sekarang.

Jeno mengeluh perlahan dan tetap cuba menarik Haechan untuk melepaskan pegangan pada tangan Heejin itu. Dengan pasrah, Haechan melepaskannya.

"Kau pun sama Jeno." Heejin merengus kasar sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan kafeteria. Haechan meraup wajahnya kasar. Dia terlalu geram.

"Kau bincang dengan dia baik-baik nanti." bisik Jeno pada Haechan, dia tidak mahu pelajar-pelajar yang sedang memerhatikannya ini mendengar tentang hal ini.

Mereka berdua melangkah kearah meja kawan-kawannya. Sudah jelas sekali mereka semua sedang memandang Jeno dan Haechan bersilih ganti dengan pandangan risau.

"Kau okey tak Haechan?" soal Jihyun. Dia memegang bahu lelaki itu. Tetapi Haechan hanya mendiamkan diri, tidak menjawab soalan Jihyun. Jihyun terus bangun  daripada tempat duduknya dan menarik Haechan pergi daripada situ.

"Jeno kau tahu apa-apa ke?" Jeno memandang mereka semua sekilas sebelum menundukkan pandangannya kembali. Perasaan bersalah tiba-tiba muncul di dalam dirinya apabila melihat keadaan Heejin dan Haechan tadi. Dia ke penyebabnya?

"Haeyoung kau kenapa?" Serentak mereka semua memandang kearah Haeyoung yang datang daripada belakang. Jaemin terbangun daripada duduknya apabila melihat kehadiran Haeyoung dengan matanya yang sembap itu.

"Jaemin..." Gadis itu mengabaikan soalan Renjun tadi. Matanya hanya memandang sayu kearah Jaemin. Tanpa berkata apa-apa, Jaemin terus mendekati gadis itu.

Jaemin memegang kedua-dua belah bahu Haeyoung dan memandang wajah gadis itu dengan penuh kerisauan.

Dengan kedudukannya Jeno sekarang, dia perasan, Jaemin memegang pergelangan tangan Haeyoung dan menyelak sedikit lengan baju gadis itu.

Membuntang matanya apabila dia dapat menangkap kesan lebam yang sudah membiru pada tangan gadis itu. Jaemin laju menutup semula lengan baju gadis itu dan menariknya pergi daripada situ.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Jaemin dan Haeyoung?

Bunyi deringan telefonnya membuatkan dia tersedar semuls daripada lamunannya. Nama Dahyun terpapar.

"Hello."

8 chapter lagi XD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

8 chapter lagi XD

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now