"Min!" Dahyun menjerit memanggil nama gadis berambut pendek itu. Min yang sedang berjalan menghampiri kaunter itu menoleh ke belakang.
"Apa." balas Min pendek apabila dia sudah dapat menangkap figura Dahyun berdiri disebelahnya. Dahyun tersengih memandang gadis itu.
"Kau nak balik lambat lagi ke?" soal Min seakan-akan faham dengan apa yang mahu dikatakan oleh Dahyun itu. Dahyun terus mengangguk laju. Dia perlu menyiapkan beberapa kerja jadi dia perlu membuat kerja itu secepat mungkin.
"Yelah, aku teman." jawapan daripada Min itu membuatkan Dahyun tersenyum lebar. Memang jika Dahyun mahu menyiapkan kerjanya sehingga waktu malam, dia akan meminta Min yang menemaninya.
"Mana Jeno?" tanya Min. Matanya meliar-liar kearah belakang Dahyun, dia mencari kelibat lelaki itu. Kebiasaannya Jeno sudah ada sekarang bersama Dahyun.
"Dia lambat kot." jawab Dahyun. Dia pun tidak pasti. Dia tidak mahu menelefon lelaki itu, mungkin dia akan mrnganggu Jeno nanti.
"Dahyun hai." Dahyun menoleh, memandang kearah suara yang menegurnya. Renjun tersenyum kecil padanya sambil meletakkan beberapa botol yogurt diatas kaunter.
Terkejut juga apabila melihat Renjunlah yang menegurnya tadi. Dia memang jarang berbual dengan lelaki ini. Mungkin ini ialah kali pertama dia berbual dengan Renjun. Dahyun tersenyum dan membalas semula sapaannya.
"Aku nak bagi air ni dekat Siyeon jap." Min terus melangkah pergi, meninggalkan Dahyun dan Renjun berduaan di kaunter pembayaran itu.
"Jeno mana?" tanya Renjun. Dia memandang Dahyun sekilas sebelum menghulurkan beberapa keping not duit.
Dahyun mengerutkan dahinya. Tak akanlah Renjun tidak tahu dimana Jeno sekarang. Merekakan serumah, jadi dia pasti tahu jika Jeno tidak datang lagi ke kampus.
"Jeno? Dia tak datang lagi." jawab Dahyun. Dia masih memandang Renjun pelik. Tindakan Renjun terhenti apabial mendengar jawapan Dahyun itu.
"Dia dah keluar rumah awal pagi tadi." kata Renjun lagi. Mereka berdua terdiam. Jadi di mana Jeno sekarang kalau bukan di rumah dan di universiti?
"Kau dah tahu kan? Bomin dan Heejin bercinta."
--
Matanya memandang ke hadapan, melihat slide yang sedang dibentangkan oleh Mr. Park. Tetapi fikirannya langsung tidak boleh fokus. Fikirannya asyik memikirkan Jeno. Lelaki itu langsung tidak datang ke universiti pada hari ini!
Jari-jemarinya bermain dengan antara satu sama lain. Pensel yang berada pada pegangannya digigit pada hujung itu, itulah tabiatnya apabila dia berasa gelisah dan risau.
"Okey semua boleh bersurai." Sebaik sahaja Mr. Park mengakhiri kelas itu, dengan sepantas yang boleh, Dahyun mengemaskan barang-barangnya masuk ke dalam beg. Dia tidak senang duduk memikirkan Jeno.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfic﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚