34

440 57 48
                                    

Langit malam itu ditenungnya kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langit malam itu ditenungnya kosong. Sudah seminggu berlaku sejak kejadian itu. Tetapi langsung tiada perubahan yang berlaku di antara mereka berdua. Masing-masing hanya melakukan hal sendiri. Apabila mereka bertembung, mereka mengabaikan antara satu sama lain.

Walaupun hatinya kuat memberontak, tetapi egonya terlalu tinggi untuk membaiki hubungan mereka. Dia mulai rindu dengan semua perkara berkaitan dengan Kim Dahyun. Dia langsung tidak pernah memikirkan Heejin sejak pergaduhan mereka itu. Hanya Dahyun sahaja yang muncul difikirannya.

Apa yang Dahyun sedang lakukan? itu baik-baik sahaja ke? Dia sedang gembira ke? Dia okey ke tanpa dirinya?

Berulang-ulang persoalan itu bermain-main difikirannya. Fikirannya menjadi penuh berkaitan dengan gadis itu.

Dia mahu menegur gadis itu. Dia rindu dengan tawanya. Dia rindu dengan senyumannya. Tanpa sedar, harinya menjadi kosong.

Makin membuatkan hatinya menjadi lebih sakit, apabila dia mendekati meja kawan-kawannya di kafeteria. Pasti Dahyun akan terus meminta diri terlebih dahulu. Gadis itu memang mengelakkan dirinya

Haeyoung sudah beberapa kali mengancamnya dengan menyuruh Jeno untuk bercakap dengan Dahyun. Tetapi Jeno degil, keras kepala! Akibatnya, dia sendiri yang tanggung.

Pada hari ini, sekali lagi dia tidak datang ke kelasnya. Sudah dua hari. Dia tidak mahu berjumpa dengan gadis itu sekiranya mereka langsung tidak bertegur sapa. Semua itu hanya membuatkan hatinya menjadi lebih sakit.

"Kim Dahyun, perlu tak aku buat perkara gila lagi sekali nanti..."

--

"Lee Jeno." tiada sahutan. Sekali lagi, Jeno tidak masuk kelas. Termasuk hari ini, sudah tiga hari Jeno tidak datang ke kelas. Dalam diam, Dahyun masih merisaukan keadaan Jeno itu. Mungkin sesuatu yang buruk terjadi padanya?

Dahyun mengeluh perlahan dan menggelengkan laju kepalanya. Dia perlu berhenti memikirkan tentang Jeno. Ya dia perlu melupakan lelaki itu.

"Eh tu Jeno." suara bisikan daripada rakan-rakan sekelasnya membuatkannya mengangkat semula wajahnya. Matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Serentak dengan itu, jantungnya laju mengepam darah kepada seluruh tubuh badan.

Matanya tidak berhenti mengikuti langkah lelaki itu yang baru sahaja melepasi Mr. Park. Yang membuatkannya lebih terkejut, Jeno hanya mengabaikan panggilan Mr.Park padanya dan terus berjalan lurus kearah Dahyun.

Lelaki itu menghentikan langkahnya di hadapannya. Dahyun memandang kearah kiri dan kanannya. Seluruh pandangan mata rakan sekelasnya sedang tertumpu padanya disebabkan Jeno. Jantungnya mula berdegup kencang. Perkara gila apa yang Jeno mahu buat sekarang!

"Kim Dahyun." suara dalam itu bersuara. Laju dia mendongak memandang Jeno yang masih setia berdiri di hadapannya. Berkelip-kelip matanya memandang anak mata lelaki itu.

"Aku sukakan kau."

Dahyun terpana. Otaknya seakan-akan lambat memproses ayat Jeno itu. Rakan sekelasnya yang lain juga turut terkejut dengan luahan perasaan Jeno yang tiba-tiba itu. Mr.Park yang berada di hadapan kelas itu pun sudah ternganga.

Wajahnya terus membahang sebaik sahaja dapat memproses ayat Jeno tadi. Matanya membuntang memandang kearah Jeno. Dia tidak percaya. Tak- semua ini tak betul...

"Aku...?" soal Dahyun semula sambil menunjukkan kearah dirinya sendiri. Wajahnya jelas kelihatan bingung sekarang.

"Ada orang lain lagi ke dekat sini?" balas Jeno, dia mrngukirkan senyuman lebarnya. Senyuman yang sentiasa diberikan pada Heejin itu.

Rakan sekelasnya yang lain sudsh menjerit teruja apabila melihat Jeno yang sedang meluahkan perasaannya itu. Manakala Dahyun makin malu dibuatnya apabila mereka mula menjerit.

"Kim Dahyun ooo!" suara Min kedengaran daripada belakang menjerit namanya teruja apabila melihat pasangan itu.

"Jadi...?" soal Jeno semula, meminta jawapan daripada gadis itu. Mereka kembali mendiamkan diri, mahu mendengar jawapan Dahyun. Dahyun mengigit bibirnya resah. Sekarang dia sedang menjadi perhatian, mestilah dia malu! Kalau boleh dia mahu sorokkan wajahnya di bawah meja sekarang!

Ah sudah! Dirinya sudah menggelabah sekarang. Jeno memang membuatkan fikirannya menjadi tidak waras sekarang. Setelah tidak bertegur sapa selama seminggu dan menghilangkan diri selama tiga hari, tiba-tiba dia meluahkan perasaannya. Lee Jeno gila!

Setelah beberapa saat mendiamkan diri, Dahyun mengangguk perlahan sambil menahan senyuman pada bibirnya. Hatinya melonjak keriangan sekarang.

Jeno membuntangkan matanya apabila mendapat anggukan daripada Dahyun. Dahyun mengangguk, bermaksud dia setuju!

Rakan sekelasnya kembali menjerit teruja. Pasangan baru di dalam kelas mereka!

"Okey dah! Lee Jeno terima kasih atas luahan perasaan tu. Balik ini sila jumpa saya untuk denda ya."

--

"Tahniah Dahyun, Jeno!" beberapa rakan sekelasnya menegurnya sambil tersenyum nakal. Dahyun hanya tersenyum dan menunduk malu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan malunya dirinya sekarang!

Dahyun menoleh sekilas kearah Jeno yang berdiri disebelahnya. Lelaki itu sedang berbual dengan Yuta sambil tersenyum lebar.

Salah satu perkara yang dia sangat sukakan pada Jeno, senyumannya! Senyumannya sahaja mampu membuatkan hatinya berdegup kencang.  Matanya turut tersenyum apabila lelaki itu mengukirkan senyuman.

"Kau dalam diam ada taman." Dahyun memandang Haesoo, Min dan Siyeon yang berada di hadapannya.

"Mana ada." Dahyun melarikan pandangan matanya. Setiap kali dia teringat tentang luahan perasaan Jeno itu, automatik dia menjadi malu.

"Kau pun Haesoo. Kau ingat aku tak tahu? Kau ada hubungan dengan Yuta kan." Dahyun dan Siyeon serentak memandang kearah Min dan Haesoo bersilih ganti. Biar betul?

"Eh kau jangan merepek." laju tangan Haesoo menepuk kuat bahu Min menyebabkan gadis itu mengadu kesakitan.

"Aku rapat dengan Yuta sebab aku rapat dengan kawan dia je." jawab Haesoo tenang. Dahyun mengangkat keningnya.

"Siapa?" tanya Dahyun semula. Mana tahu tiba-tiba dia kenal. Kalau kawan Yuta, mesti orang itu merupakan kawan Jeno juga.

"Taeyong."

alhamdulillah jeno :D

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

alhamdulillah jeno :D

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now