Matanya memandang kelibat Ahreum yang keluar daripada kelasnya. Dia melepaskan keluhan kasar dan meletakkan begnya ditepi meja dan melabuhkan punggung diatas kerusi.
Fikirannya masih terbayang wajah Ahreum yang terkejut dengan sepakan pada kerusinya dan kehadirannya tadi.
"Jihyun, ikut aku jap." Renjun memanggil gadis itu mendatar. Jeno hanya mengabaikan Renjun yang sudah berada di hadapan mejanya. Jihyun hanya mengangguk dan bangun daripada tempatnya untuk mengikuti Renjun.
Kepalanya berserabut, pertemuannya dengan Hyungwon tadi benar-benar menyeksanya. Hampir saja dia menumbuk wajah lelaki itu. Dia kembali teringat tentang kata-kata Hyungwon padanya.
"Tch, dengan lelaki macam kau ini, semua orang akan tinggalkan dan sebab itu Ahreum pilih aku "
Tanpa dirinya sedar, dia sudah menendang kayu pada bawah mejanya kuat menyebabkan semua orang memandangnya dengan terkejut.
Mereka semua terkaku, tidak pernah melihat Jeno marah sebegini. Jeno kebiasaannya selalu tersenyum.
Pagi-pagi lagi harinya sudah menjadi kacau-bilau. Berjumpa dengan Hyungwon, teman lelaki Ahreum sekarang dan berjumpa dengan Ahreum di dalam kelasnya.
"Weh kau okey tak?" Haechan datang mendekati Jeno dan duduk di tempat duduk Jihyun. Dia memegang bahu Jeno. Jeno hanya mengabaikan pertanyaan Haechan itu dan membaringkan wajah diatas meja beralaskan tangan. Dia mahu lari daripada semua ini sekarang.
--
Sebaik sahaja bunyi loceng berbunyi, kakinya terus melangkah keluar melalui pintu belakang. Dia perlu menenangkan dirinya. Dia hanya mrngikuti langkah kakinya, dia tidak tahu apakah tujuannya sekarang.
Kakinya terhenti pada pondok di tepi padang. Jeno memejamkan matanya rapat dan cuba mengawal pernafasannya. Dia menarik nafas dalam dan menyerabutkan rambutnya kasar.
Kenapa dia boleh berada disini? Tempat dimana Ahreum sering bertemu dengannya semasa bercinta.
Jeno menggeleng laju. Dia perlu menyedarkan fikirannya sekarang. Dia perlu sedar. Jeno melangkah meninggalkan tempat itu dan menuju ke tempat yang selalu didudukinya dengan Jaemin semasa waktu rehat.
Memandangkan Jaemin merupakan pelajar di kelas yang lain, mereka hanya boleh berjumpa semasa rehat dan semasa mata pelajaran PJ.
Jaemin tiada disana. Jeno terus mengambil tempat di bawah pokok itu dan cuba mengambil udara segar. Dadanya terasa terlalu sesak. Walaupun sudah sebulan berlalu, bukan mudah dia mahu melupakan Ahreum.
"Haih penat aku cari kau Jeno." Jeno mengangkat wajahnya, memandang seorang gadis yang sedang tersenyum padanya. Heejin berjalan mendekatinya dan duduk disebelahnya.
Dia menghulurkan air tin minuman berperisa epal itu kepada Jeno. Jeno memandang lama air tin itu sebelum mengambilnya.
Sejak dia sudah putus dengan Ahreum, dia sudah menjadi semakin rapat dengan Heejin. Lebih-lebih lagi mereka berdua merupakan atlet olahraga dan sering pergi ke latihan bersama. Gadis itu sentiasa berusaha membuatkannya tersenyum, dan dia berjaya.
Hal lain yang dia berfikir tentang Heejin ialah adakah Heejin yang meninggalkan air tin ini padanya semasa di tasik pada hari itu? Dia tidak pernah bertanya pada Heejin.
"Kau buat apa dekat sini? Tak rehat dengan diorang ke?" Heejin bertanya. Soalan Heejin itu hanya mendapat gelengan daripada Jeno. Dia tidak terasa mahu membuka mulutnya sekarang. Dia terlalu malas. Heejin mengangguk faham.
"Kau dapat rasa tak yang Renjun itu sukakan Jihyun? Tadi aku nampak Renjun kejar Jihyun dan diorang berpeluk tangan. Aw comelnya~" bersemangat Heejin menceritakan hal itu kepada Jeno. Jeno tertawa kecil melihat Heejin yang ceria bercerita padanya.
Mendengar gadis itu bercerita pun sudah membuatkan harinya lengkap. Heejin comel padanya. Perlahan-lahan, perasaannya mula terpaut pada Lee Heejin. Perempuan yang sering bersamanya dalam kesusahan.
ramai kena fakehope pasal heejin AHAHAHAHA maapkan gue 🤣
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚