25

368 54 18
                                    

"Yah Lee Jeno! Kenapa dengan muka kau ini?" Serentak 22 orang lelaki di dalam kedai itu memandang kearah Jeno yang baru memasuki kedai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah Lee Jeno! Kenapa dengan muka kau ini?" Serentak 22 orang lelaki di dalam kedai itu memandang kearah Jeno yang baru memasuki kedai itu.

Doyoung ialah orang pertama yang mendekatinya. Wajah Jeno ditelek oleh Doyoung dengan perasaan risau.

"Macam mana boleh lebam ini?" tanya Doyoung. Jeno hanya menunduk memandang lantai dan mengusap belakang tengkuknya, tidak membalas pertanyaan Doyoung itu.

Doyoung mengeluh perlahan dan terus menarik tangan lelaki itu kearah tempat duduknya tadi. Dia menyuruh Jeno untuk duduk disebelahnya. Melihat keadaan Jeno itu segera membuatkan dia melupakan pergaduhannya dengan tunangnya.

"Hyung bergaduh ke?" Lelaki yang lebih muda daripadanya itu bertanya dengan risau.

"Jisung, kalau tengok muka dia pun dah jelas yang dia bergaduh." Chenle mencelah sambil menggeleng perlahan.

"Tapi Jeno hyung kan mana pernah gaduh sampai bertumbuk." Chenle mendiamkan diri apabila Sungchan pula yang mencelah dalam perbualan mereka. Jisung mengangguk laju, setuju dengan kata-kata Sungchan itu.

"Patutnya aku suruh kau pergi dengan kitorang tadi." Haechan bersuara.

"Kan aku dah kata, baik aku pergi dengan Sicheng hyung supaya Jeno boleh pergi dengan korang-!" kata-kata Jaemin itu terhenti apabila Haechan menutup mulutnya. Memang tidak ubah seperti kanak-kanak.

"Jeno, kau dah beli ubat? Jangan biar luka ni kering." Jeno mengangkat wajahnya, memandang Taeyong dan Johnny yang berada disebelah Doyoung itu.

"Balik nantilah." jawab Jeno sambil tersengih kearah tiga orang lelaki itu. Dia tidak mahu merisaukan kawan-kawannya yang lain. Taeyong hanya mengangguk. Dia tidak boleh memaksa Jeno jika lelaki itu tidak mahu.

Manakala Jeno, fikirannya masih terganggu dengan Heejin. Hatinya tidak berhenti berasa gelisah dan cemas. Kata-kata Heejin dan Bomin itu tidak berhenti berputar di dalam kepalanya seperti kaset.

--

"Jeno, kau betul ke tak nak aku hantar ni?" Sekali lagi, Mark meminta kepastian daripada Jeno.

"Ya hyung, aku okey je." Jeno mengangguk sekali lagi bagi meyakinkan Mark. Susah betul lelaki ini mahu mempercayainya.

"Kau naik dengan kitorang jelah. Biar Hendery atau Jaemin yang bawa motor kau balik." Sicheng mencelah. Manakala Haechan pula mengangguk-ngangguk setuju kerana namanya tidak disebut.

"Aku mana ada lesen motor hyung!" serentak Jaemin dan Hendery merungut pada Sicheng.

"Sekarang ni, muka dia yang cedera. Bukannya kaki atau tangan Jeno yang patah. Korang jangan nak buat drama. Masuk kereta, lambat tinggal." Jaehyun terus meloloskan dirinya ke dalam kereta, malas mahu melayan drama mereka ini.

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now