18

338 55 12
                                    

"Jom main game

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom main game. Siapa kalah basuh semua pinggan." cadang Yuta. Mereka semua mengangguk setuju memandangkan mereka baru sahaja habis makan. Kalau boleh selepas makan ini, mereka mahu terus tidur.

"Aku ada bawa kad. Kejap aku ambil." Dahyun bangun daripada duduknya dan berlari masuk ke dalam bilik. Tidak sia-sia dia membawanya.

Dahyun mengeluarkan sekotak kad dan berlari semula ke tengah rumah lama itu. Mereka hanya duduk di meja besar di luar rumah itu memandangkan rumah itu hanya mempunyai bilik tidur dan bilik mandi.

Jadi mereka dapat melihat pemandangan malam itu dengan lebih jelas.

"Kita nak buat permainan ni lebih menarik, siapa kalah kena bagitahu salah satu rahsia terbesar dia." Donghyun tersenyun nakal dan memandang rakan-rakannya.

"Yelah yelah." Mereka semua setuju dengannya.

Setelah setengah jam permainan itu berlangsung, akhirnya Dahyun kalah. Dahyun sudah mencebik bibir tidak puas hati. Dia yang bawak kad, tetapi dia yang kalah. Dasar tak kenang budi punya kad, khianat tuan sendiri!

"Bagitahu rahsia kau." kata Donghyun tidak sabar. Mereka semua serentak memandang kearah Dahyun. Dahyun menelan air liur, tiba-tiba sahaja dia mrnjadi fokus mereka semua.

"Aku... aku..." Dahyun menggarukan kepalanya. Rahsia apa yang mahu dia katakan? Fikirannya terlalu buntu. Dia tidak dapat memikirkan apa-apapun. Hanya satu perkara yang dia terfikirkan. Tentang Jeno.

Tetapi dia ragu-ragu. Hanya Haechan dan dia yang mengetahui tentang hal ini. Itupan Haechan hanya bernasib baik sebab mengetahui hal ini.

"Aku dah kenal Jeno lebih daripada empat tahun."

--

Dahyun duduk diluar itu berseorangan memandangkan dia kalah dan dia perlu mencuci semua pinggan mangkuk. Menyesal pula dia menerima cadangan Donghyun itu.

Fikirannya semakin berserabut apabila memikirkan hal tadi. Walaupun reaksi Donghyun, Yuta dan Min biasa sahaja, tetapi Haesoo dan Jeno sangat terkejut tentang hal itu.

Jeno dan Haesoo tahu Dahyun tidak sama sekolah dengannya. Tiba-tiba pula Dahyun mengaku dia sudah mengenalinya lebih daripada empat tahun. Memanglah lelaki itu terkejut!

Dia masih mengingati raut wajah Jeno yang bingung tadi.

"Dah siap ke?" Dahyun mengangkat wajah memandang suara garau yang menegurnya. Jeno. Dahyun menggeleng perlahan dan terus melarikan pandangannya daripada Jeno. Dia masih malu.

Jeno mengambil tempat duduk di hadapannya, memerhatikan Dahyun yang sedang duduk diatas bangku sambil mencuci pinggan mangkuk diatas simen itu.

"Pergilah masuk. Sejuk ni." tegur Dahyun setelah lelaki itu langsung tidak bersuara dan hanya merenungnya. Jeno tahu tak yang dia akan lebih malu jika dia merenungnya begitu?

"Dah malam ni, bahaya kau duduk sorang-sorang. Aku tunggu sampai kau habis basuh semua ini." kata Jeno, suaranya pada malam ini lebih dalam daripada biasa. Jantungnya bagai nak meletup mendengar suara dalam itu. Dia tak kuat!

"Dahyun... aku nak tanya. Betul ke kau kenal aku dah lama...?" soal Jeno ragu-ragu. Mungkin tidak mahu Dahyun terlalu malu dengannya.

Dahyun terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan, tidak memandang kearah Jeno.

"Kau pernah jumpa aku?" sekali lagi Jeno bertanya. Dahyun mengangguk sebagai jawapan.

"Aku pernah bercakap dengan kau?" sekali lagi Dahyun mengangguk. Sedikit sebanyak, hatinya berada sedikit kecewa apabila Jeno langsung tidak mengingati tentangnya.

Apalah yang dia berharap pada lelaki yang baru sedar akan kewujudannya itu.

"Dekat mana?"

"Latihan olahraga sekolah." Dahyun berkata dan membilas cawan yang terakhir itu sebelum diletakkan di dalam besen. Dahyun bangun daripada duduknya itu setelah dia sudah siap membasuh kesemua pinggan kotor.

Baru sahaja Dahyun mahu melarikan dirinya ke dalam bilik, Jeno terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Dahyun untuk menghalangnya daripada pergi.

"Teman aku, aku tak boleh tidur." Dahyun menunduk ke bawah, memandang tepat ke dalam anak mata Jeno yang sedang duduk itu. Pandangan mata itu cukup membuatkan dia lemah. Dahyun menggigit bibirnya. Seketika kemudian, dia mengangguk perlahan tanda setuju.

Jeno terus bangun daripada duduknya itu dan masuk ke dalam biliknya, meninggalkan Dahyun di luar seketika.

"Jom." Jeno menyarungkan jaket putih pada tubuh kecil itu sebelum menarik tangan gadis itu keluar daripada rumah itu.

"Kita- nak pergi mana?" soal Dahyun cemas apabila Jeno tiba-tiba menariknya keluar daripada kawasan rumah itu.

"Sungai."

Tengah malam macam ni?

Tengah malam macam ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now