Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Dahyun tunggulah." Dia tertawa kecil melihat Dahyun yang sudah berlari ke hadapan akibat terlalu teruja. Gadis itu tersenyum lebar melihat kanak-kanak yang sedang berlari-lari di hadapannya
"Sini cepat Jeno." Dahyun memanggil-manggil nama teman lelakinya supaya datang mendekatinya.
Dia mengeluarkan kameranya dan menangkap beberapa keping gambar. Dia masih tidak melupakan rumah anak yatim ini. Rumah anak yatim yang pernah menjaganya pada suata ketika dahulu.
"Jom masuk." kata Jeno. Dia mengenggam erat tangan kecil Dahyun itu sebelum menolak pintu pagar itu. Jeno hanya mendiamkan diri, dia membiarkan gadis itu mengambil masanya sendiri. Pasti dia sedang berfikir tentang kenangannya disini dahulu.
"Dahyun?" Serentak mereka berdua menoleh kearah suara manis yang memanggil namanya itu. Dahyun tersenyum lebar apabila dia dapat menangkap susuk tubuh wanita separuh abad itu. Kakinya melangkah ke hadapan dan mendakap tubuh wanita tua itu.
"Lama tak jumpa kamu Hyun..." wanita itu membalas kembali pelukan Dahyun. Rambut panjang gadis itu diusap lembut sebelum dia melepaskan pelukan mereka.
"Hyun pun rindu eomma." ucap Dahyun sambil tersenyum kecil. Semua anak yatim di rumah ini sudah menganggap Puan Im Youngran sebagai ibu kandung mereka disebabkan itu mereka telah terbiasa memanggil dia dengan panggilan eomma.
Puan Youngran tersenyum lebar sebelum matanya terhenti pada Jeno hang masih lagi setia berdiri di hadapannya. Lelaki itu tersenyum manis dan menunduk sedikit tanda hormat apabila matanya bertemu dengan wanita itu.
"Saya Lee Jeno." Jeno melangkah ke hadapan mendekati mereka berdua dan menghulurkan tangannya. Huluran tangan itu disambut mesra oleh Puan Youngran.
"Ah~ siapa dia Dahyun? Sebelum ni kamu selalu datang dengan Daehyun je." Puan Youngran kembali memandang kearah Dahyun. Wanita itu juga sudah cukup rapat dengan Daehyun kerana sering menemaninya datang ke sini.
Dahyun tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal Tiba-tiba dia berasa malu untuk memberitahu Puan Youngran tentang Jeno.
"Saya teman lelaki dia." Jeno mencelah apabila Dahyun tidak bersuara membalas soalan Puan Youngran itu. Puan Youngran menekup mulutnua terkejut dan tersenyum nakal pada Dahyun.
"Boleh jadi menantu dahla lepasni kan?" usik Puan Youngran. Jeno tertawa mendengar kata-kata itu.
"Eomma!" Dahyun terkejut mendengar usikan Puan Youngran itu, wajahnya terus membahang kemerahan. Dia baru sahaja bercinta dengan Jeno dan tiba-tiba bercakap tentang kahwin-
--
"Aku tak sukalah Chani asyik hantar dan ambil kau." kata Jeno tidak puas hati, dia mencebik bibir memandang kearah Dahyun yang berada di hadapannya.
"Nak buat macam mana... ibu dan ayah saya percayakan dia je." Dahyun mengangkat bahu. Ibu dan ayahnya memang anti dan langsung tidak membenarkannya keluar dengan lelaki lain.