"Heejin."
"Lee Heejin." sekali lagi Jeno memanggil gadis yang berada di hadapannya itu. Namun masih tiada balasan daripada Heejin.
Jeno mulai pelik. Daripada tadi Heejin bermain dengan telefonnya dan tersenyum seorang diri. Makanan di hadapannya langsung tidak diusik lagi.
"Lee Heejin, fokus pada makanan." kata Jeno lagi, dia mengetuk meja perlahan di hadapan Heejin.
"Kejaplah Jeno." Heejin merungut tidak puas hati. Jeno hanya mengeluh perlahan. Dia tidak boleh menghalang gadis itu.
Jadi dia hanya meneruskan makannya sambil melihat Heejin yang sedang tersenyum dan sesekali tertawa itu.
"Kau chat dengan siapa?" tanya Jeno. Matanya memandang kearah Heejin.
"Bomin." jawapan ringkas daripada Heejin itu membuatkan Jeno tersentak. Perasaan kecewa mula menguasai dirinya. Sebaik sahaja Heejin menyebut nama Bomin, moodnya terus menjadi tidak baik.
"Ouh..." Jeno melarikan pandangan matanya daripada Heejin. Dia terus mendiamkan diri, langsung tidak cuba berbual dengan Heejin seperti biasa.
Heejin yang sedar akan perubahan Jeno yang tiba-tiba menjadi diam itu mulai pelik. Dia meletakkan telefonnya pada sisi meja dan memandang Jeno.
"Macam mana dengan lawatan kau semalam?" tanya Heejin, cuba memecahkan kesunyian antara mereka.
"Okey." Jeno hanya menjawab ringkas dan mengangguk. Heejin mengemamkan bibirnya. Tidak tahu mengapa tiba-tiba Jeno bertindak seperti ini. Dia ada membuat apa-apa kesalahan ke?
"Kau nampak rapat dengan Dahyun." Heejin mencuba lagi untuk berbual dengan lelaki itu. Jeno mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.
"Haah, rapat. Rapat sangat." jawab Jeno dingin.
--
Jeno berbaring diatas katilnya dan merenung kearah siling putih bilik itu. Rambutnya diramas kasar.
'Haah, rapat. Rapat sangat.'
Agaknya dia memang dah gila. Tak- kau memang sudah gila Lee Jeno!
Disebabkan perasaan cemburu telah menguasai dirinya tadi, dia sengaja berkata seperti itu untuk membuat Heejin cemburu padanya.
Namun sebaliknya tidak. Gadis itu kelihatan seperti gembira mendengar kata-katanya tadi. Walaupun Heejin tidak menunjukkan reaksi gembira, tetapi melalui senyumannya pun Jeno sudah tahu. Heejin memang mahu Jeno menjadi rapat dengan Dahyun.
Melihat reaksi itu membuatkan dia lebih kecewa. Heejin memang tidak cemburu. Atau lebih tepat, Heejin memang tidak menyukainya. Dia sudah tahu. Dia memang bertepuk sebelah tangan. Tetapi dia tidak pernah untuk mencuba membuang perasaan ini.
Dia hanya mengharapkan Heejin akan membalas perasaannya suatu hari nanti. Tetapi dia terlalu takut untuk meluahkannya. Jadi dia hanya berada disisi Heejin dengan setia. Dia sudah cukup gembira apabila dia dapat menjadi rapat dengan gadis itu.
Jeno bangun daripada pembaringannya dan duduk bersila diatas katilnya. Dia memandang Jaemin yang sedang duduk di meja belajarnya. Mukanya kelihatan benar-benar tertekan.
"Kau gaduh dengan Chaerin lagi ke?" soal Jeno, dia berdiri dan berjalan mendekati Jaemin. Jeno mengambil tempat duduk di birai katil lelaki itu.
Jaemin memandang Jeno sekilas dan mengangguk. Jaemin menyerabaikan rambutnya kasar. Dia perlu menyiapkan video untuk tugasannya tetapi dia tidak mampu fokus.
"Pasal Haeyoung lagi ke?" tanya Jeno ragu-ragu. Jaemin terdiam. Dia merenung komputer yang berada di hadapannya lama sebelum menggeleng.
"Tak ada apa-apa." kata Jaemin mendatar. Dia bangun daripada duduknya dan berlalu keluar daripada bilik. Jeno hanya memerhatikan Jaemin yang melangkah ke luar bilik itu.
Jeno tidak tahu dengan lebih terperinci. Tetapi dia tahu, Jaemin sering bergaduh dengan Chaerin tentang Haeyoung. Setiap kali dia mahu bertanya pada Jaemin apa yang berlaku antara dia dan Haeyoung. Pasti lelaki itu akan mengelakkan diri.
Dia memang tidak merancang untuk memberitahu pada sesiapa pun. Haeyoung pun tidak pernah berkata apa-apa padanya walaupun dia merupakan kawan yang rapat dengannya selain Jaemin dan Jihyun.
"Makan! Aku ada beli pizza ni. Siapa lambat habis!"
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚