"Nah." Dahyun mengangkat wajahnya dan memandang Haechan yang sedang menghulurkan air coklat panas padanya.
"Terima kasih." ucap Dahyun sambil mengambil huluran Haechan itu. Haechan melabuhkan punggung disebelahnya.
Pada mulanya, dia mahu sahaja melarikan diri daripada Haechan tadi. Sebolehnya dia tidak mahu langsung bertembung dengan lelaki ini. Tetapi jika difikirkan semula, lebih baik dia terus membincangkan hal ini dengan Haechan.
"Apa yang kau tahu?" soal Dahyun, dia mensisip air coklat itu dan menoleh kearah Haechan.
"Kau nak tahu tentang apa?" Haechan mengangkat kening. Dahyun mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Haechan itu.
"Bagitahu semua yang kau tahu tentang aku." kata Dahyun mendatar. Haechan mengangguk perlahan.
"Pertama kali aku jumpa kau, dekat sekolah aku. Pertandingan olahraga tu. Kau mesti ingat kan." Dahyun mengangguk laju.
"Setiap tahun aku nampak kau, cuma kau je tak kenal aku." Haechan tertawa kecil di hujung ayatnya. Dahyun tersentak. Jadi selama ini Haechan sudah mengenalinya?
"Aku perasan yang kau selalu perhatikan Jeno dan Heejin masa latihan dekat sekolah aku." Membuntang mata Dahyun dibuatnya. Serentak dengan itu dia memukul kuat bahu Haechan dan menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Kau stalk aku?" Matanya mencerlung tajam dan menunjuk kearah Haechan. Haechan memandang Dahyun kosong dan memegang kepala gadis itu.
"Aku ada banyak lagi kerja lain. Jadi buat apa aku nak perhatikan kau." jawab Haechan sambil tersenyum paksa. Dahyun yang sedar akan tangan Haechan yang berada diatas kepalanya itu terus ditarik.
"Kau memang simpan perasaan dekat Jeno ke?" Haechan menyengetkan kepalanya dan tersengih nakal pada Dahyun.
"Ma-mana ada!" Dahyun terus melarikan pandangan matanya laju, tidak mahu memandang Haechan. Wajahnya yang hampir kemerahan ini cuba disorok.
"Jadi kenapa kau selalu perhatikan diorang?" Dahyun terdiam seketika. Dia merenung ke hadapannya dan mengemamkan bibirnya.
"Aku suka tengok Jeno layan Heejin. Dia memang layan Heejin dengan lembut. Sepanjang latihan aku tak pernah tengok dia bercakap kasar dengan Heejin dan aku suka tengok bila dia senyum..."
"Aku tak percaya masih wujud lelaki yang masih layan perempuan tu dengan lembut dan baik walaupun mereka hanya kawan." Perlahan-lahan Dahyun tersenyum kecil. Dia kembali mengingati kenangan zaman sekolahnya.
Setiap kali dia pergi ke Seoul Highschool, pasti Jeno akan menarik perhatian dirinya untuk memerhatikannya. Dia seperti mempunyai aura istimewa padanya. Sejak daripada itu, dia akan memerhatikan Jeno dan Heejin daripada jauh kerana dia suka.
Haechan mendiamkan diri mendengar luahan gadis itu. Sedikit sebanyak kata-kata Dahyun itu membuatkan dia tersentak. Wajahnya menunduk memandang lantai.
Dahyun yang perasan apabila tiada respon daripada Haechan itu terus memandang kearahnya.
"Tak- bukan maksud aku kau ni kasar-" kata-katanya dipotong apabila Haechan menggeleng perlahan padanya sambil tersenyum.
"Aku faham." jawab Haechan. Dahyun melepaskan nafas lega. Dia risau kata-katanya tadi akan mengguriskan hati lelaki itu.
"Kau nak balik? Aku hantar." Haechan cuba menukar topik untuk menaikkan semula suasana ceria diantara mereka. Dahyun tertawa kecil dan mengangguk.
"Boleh juga." Dahyun bangun daripada duduknya dan mencapai beg tangannya. Jimat juga duitnya daripada menaiki teksi. Dia berjalan bersama Haechan ke tempat parkir kereta.
Tanpa mereka berdua sedar, Jeno yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan universiti itu terhenti. Dia mencabut helmetnya dan memandang kearah Haechan dan Dahyun yang sedang berjalan bersama daripada jauh. Dahyun sedang ketawa sambil berborak dengan lelaki itu.
Jeno mengeluh perlahan. Dia menyerabutkan rambutnya kasar dan menunduk ke bawah. Dia datang semula ke universiti kerana perasaan bersalahnya kepada Dahyun semakin menguasainya. Semuanya disebabkan kelakuannya tadi untuk pergi kepada Heejin.
Namun dia terlambat. Haechan terlebih dahulu sudah pergi bersama gadis itu. Semua yang berlaku padanya menjadi tidak kena.
Dia kembali memakai helmetnya dan kembali menghidupkan enjin motornya dan memecut laju keluar daripada kawasan universiti.
mood nak menulis makin ke laut sebab banyak homework dan class online makin padat :D
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚