27

354 58 19
                                    

"Dah tak banyak kan kita kena buat?" Dahyun memandang Jeno yang berada di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah tak banyak kan kita kena buat?" Dahyun memandang Jeno yang berada di sebelahnya.

"Rasanya boleh siap esok." Jeno mengangguk yakin.

"Esok aku ada hal, jadi mungkin aku tak masuk kelas. Jadi boleh tak kita buat dekat tempat lain?" Jeno memandang Dahyun semula. Dahyun terdiam, memikirkan tempat yang patut mereka pergi.

"Rumah kau jelah." kata Dahyun. Jika difikirkan semula, mana ada tempat yang selesa untuk mereka membuat model rumah itu. Jika melakukannya di perpustakaan, pasti bising. Jeno mengangguk setuju dengan jawapan Dahyun.

"Jadi esok kau balik dengan Jaemin. Aku bagitahu dia nanti." kata Jeno. Dahyun menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Jaemin? Dia masih kekok dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi dia memang tidak rapat dengan kawan-kawan Jeno kecuali Haeyoung, Haechan dan Jihyun.

"Kau jangan risau. Aku pasti Jaemin tak kisah." kata Jeno lagi apabila dia perasan tiada balasan daripada Dahyun. Dia cuba meyakinkan gadis itu. Dahyun akhirnya mengangguk setuju.

Mereka berdua baru sahaja keluar daripada bilik kerja itu, dan sekarang sedang melangkah keluar daripada banggunan itu.

"Kau yakin tak nak aku hantar?" soal Jeno sekali lagi, meminta kepastian daripada gadis itu. Dahyun menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil.

Dia tidak mahu ibu dan ayahnya marah dengannya lagi. Ibu dan ayahnya tidak boleh nampak Jeno atau Haechan lagi. Jadi dia sedaya upaya menolak tawaran mereka berdua apabila mereka menawarkannya untuk menghantarnya pulang. Jeno hanya mengangguk melihat jawapan gadis itu.

"Jeno-" panggilannya terhenti apabila matanya menangkap figura seorang lelaki bersama seorang gadis yang berada di taman pada tepi banggunan fakulti mereka.

"Kenapa Dahyun?" Jeno menyoalnya kembali. Dia pelik apabila Dahyun langsung tidak menghabiskan ayatnya tadi.

Tetapi pertanyaannya tidak dibalas. Jeno mengerutkan dahinya. Anak matanya memandang kearah tempat yang dipandang oleh Dahyun.

Dia tersentak. Jantungnya mulai berdegup kencang melihat dua figura yang berada di taman itu.

Heejin dan Bomin.

Hatinya terasa bagai diremuk-remuk apabila Heejin tiba-tiba memeluk tubuh Bomin itu erat. Kenapa dia terasa dikhianati?

Padahal sudah jelas sekali, Heejin memang tidak mempunyai perasaan padanya. Tetapi kenapa dia merasai perasaan ini?

Perasaan ini muncul sekali lagi. Perasaan dimana hatinya kecewa apabila melihat Ahreum memeluk lelaki lain dk hadapan matanya sendiri.

Dan sekarang, dia melihat Heejin memeluk Bomin di hadapan matanya juga untuk kali kedua.

Sungguh bodohnya dia masih menyimpan perasaan pada gadis itu sedangkan dia tahu Heejin menyukai Bomin. Memang jelas Heejin menyukai Bomin tetapi dia mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Cara Heejin mendekati Bomin dan berbual dengannya. Sebelum ini, Heejin jarang dapat berbual dengan orang lain dengan selesa. Tetapi jika dia bersama Bomin gadis itu kelihatan sangat selesa.

"Jangan tengok." perlahan suara itu berkata. Dahyun menarik pergelangan tangan Jeno supaya menghadapnya. Menghalang Jeno daripada terus memerhati pasangan itu.

Dahyun mendongak memandang anak mata Jeno. Lelaki itu benar-benar kelihatan cuba menahan tangisannya. Dahyun mengeluh perlahan sebelum tangannya menarik lembut Jeno masuk ke dalam pelukannya.

Tangannya naik menepuk belakang badan Jeno perlahan bagi menenangkan lelaki itu.

"Kalau sakit, jangan tengok." ucap Dahyun perlahan. Mendengar esakan kecil daripada lelaki itu membuatkan hatinya hancur. Tidak pernah dia melihat Jeno seperti ini. Lelaki yang sentiasa tersenyum ini menangis di hadapannya.

Dahyun dapat merasakan kepala Jeno jatuh pada bahunya dengan esakan kecil yang masih kedengaran. Walaupun sedaya upaya dia cuba menghalang dirinya untuk menangis, tetapi dia gagal. Kejadian empat tahun lepas dan sekarang seakan-akan dejavu baginya.

Tangannya memeluk erat tubuh Dahyun yang sedang menenangkannya itu.

"Aku nak lupakan dia..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jeno hensem sangat ;-;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jeno hensem sangat ;-;

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now