"Na Jaemin keluar." kata Jeno sebaik sahaja dia menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia baru sahaja pulang ke rumah dan masih tidak sempat mandi dan menukar bajunya.
"Ambil baju kau dan mandi dalam bilik Sicheng hyung." Jeno tersenyum paksa dan menolak tubuh Jaemin keluar daripada biliknya. Dahyun yang menunggu di luar bilik mereka terkejut apabila Jaemin tiba-tiba ditolak keluar.
"Jangan masuk, aku nak siapkan kerja ni hari ini juga." Jeno mengingatkan Jaemin buat kali terakhir sebelum dia mengajak Dahyun masuk ke dalam biliknya. Dia perlu mengingatkan Jaemin agar lelaki itu tidak menerjah masuk seperti hari itu.
Baru sahaja Jaemin mahu membuka mulut untuk membebel pada Jeno, lelaki itu terlebih dahulu menutup pintu bilik itu. Sabar Na Jaemin.
"Kau duduklah dulu. Aku nak ambil barang jap." kata Jeno. Dahyun mengangguk dan melabuhkan punggungnya pada kerusi di meja belajar Jeno. Matanya kembali memerhati segenap ruang bilik itu.
Matanya terhenti semula pada bingkai gambar yang berada diatas meja disebelah katilnya. Bibirnya dikemam dan memandang Jeno bersilih ganti dengan bingkai gambar itu.
Bingkai gambar itu telah dibaringkan pada meja, membuatkan gambar itu tidak kelihatan. Nampaknya Jeno betul-betul mahu melupakan Heejin.
"Kau pandang apa?" Jeno muncul disebelahnya. Laju Dahyun kembali mengalihkan perhatiannya pada Jeno. Jeno memandang kearah pandangan Dahyun tadi.
Jeno tersenyum sayu melihat bingkai gambar itu, dia kembali bangun dan mencapai bingkai gambar itu lalu disimpan di dalam lacinya.
"Mesti muka aku buruk kan masa menangis semalam." kata Jeno sambil tertawa kecil. Dahyun memandangnya pelik. Boleh lagi dia bergurau?
"Kau menangis pun, muka tetap handsome." Dahyun mengomel perlahan, menyampah pula dia dibuatnya. Lelaki ini sendiri tahu yang dia memang kacak. Mengaku jelah.
Jeno mengangkat sebelah keningnya dan memandang Dahyun dengan senyuman nakal. Dia masih dapat mendengar bebelan perlahan Dahyun itu.
"Aku handsome sangat ke?" soal Jeno, matanya sengaja merenung Dahyun lama. Dia mahu mengusik gadis itu.
Dahyun tersentak. Bibirnya perlahan memberi kutukan kepada diri sendiri. Memang sekarang dia suka malukan diri sendiri depan Jeno.
"Dah tukar topik. Ambil rumah tu cepat." arah Dahyun mendatar, wajahnya yang membahang itu cuba disorokkan menggunakan rambut panjangnya. Jeno tertawa kecil apabila gadis itu menukar topik dan langsung tidak menafikannya.
Haih Dahyun.
--
"Hyung, aku dah sampai dekat bawah ni."
"Rumah aku 301. Naik, aku malas turun." arah Jibeom melalui panggilan telefon itu selamba. Jeno hanya menurut, walaupun dia sendiri juga malas mahu menaiki rumah appartment itu sekarang.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚