Pintu pagar rumah itu dibuka, sedaya-upaya mereka cuba membuka pagar itu perlahan-lahan agar tidak membangunkan yang lain.
Sekarang sudah hampir pukul 12 tengah malam. Mereka terlalu lama duduk di sungai itu tadi. Udara segar disitu terlalu menyamankan.
"Korang pergi mana?" teguran suara garau itu membuatkan Jeno dan Dahyun tersentak. Dahyun mengurut dadanya dan mengeluh perlahan sebaik sahaja melihat Yuta yang sedang duduk di luar bilik, nampaknya dia sedang melukis.
Jika difikirkan semula, hanya Yuta merupakan senior di antara mereka. Tidak sangka dia akan menawarkan dirinya sendiri walaupun tiada kawan-kawannya disini.
"Ambil angin kejap." jawab Jeno. Yuta mengangguk kecil. Kemudian matanya terhenti pada tangan Jeno yang masih memegang tangan Dahyun itu. Lelaki itu tersenyum kecil.
"Jangan risau, aku rahsiakan hubungan korang nanti." kata Yuta sambil menahan sengihannya. Dahyun dan Jeno memandang Yuta pelik. Dahyun yang tersedar apa yang dimaksudkan oleh Yuta itu terus menarik semula tangannya daripada pegangan Jeno.
"Tak- yang ni salah faham-"
"Tak apa, saya pandai simpan rahsia." Yuta mengelipkan sebelah matanya pada mereka berdua dan terus masuk ke dalam bilik, meninggalkan Jeno dan Dahyun yang masih terkejut di luar.
Mereka berdua memandang antara satu sama lain kekok.
"Aku- aku masuk bilik dulu." Dahyun terus melarikan diri untuk masuk ke dalam bilik secepat mungkin. Dia sudah tidak tahan untuk duduk berduaan dengan Jeno.
Dia sudah tidak kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu. Setiap kali pegangan mereka terlepas, pasti Jeno akan memegangnya semula. Kalau boleh jantungnya mahu luluh disitu!
Dahyun melepaskan nafas lega sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
--
"Hyung tak tidur lagi?" Jeno yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu menegur Yuta yang sedang duduk bersandar sambil bermain dengan telefonnya.
Yuta mengangkat wajahnya sekilas dan kembali memandang telefonnya. Dia menggeleng.
"Kau buat apa dengan Dahyun?" soal Yuta, tetapi pada kali ini kedengaran lebih serius. Jeno terdiam, dia pun merasakan fikirannya sememangnya tidak waras tadi.
"Kau sukakan Heejin. Mengaku jelah Jeno." kata Yuta. Dia meletakkan telefonnya dan memandang kearah Jeno. Pada kali ini, dia tidak menafikannya.
Dia memang sudah cintakan Lee Heejin tetapi dia tidak berani untuk meluahkannya. Dia menjadi semakin takut selepas mengetahui kewujudan Choi Bomin dalam hidup Heejin. Dia terlalu terkesan dengan apa yang dilakulan oleh Ahreum dulu padanya.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚