29

341 56 5
                                    

Dahyun menekan loceng rumah Jeno itu sekali lagi apabila langsung tiada orang yang membuka pintu hadapan rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahyun menekan loceng rumah Jeno itu sekali lagi apabila langsung tiada orang yang membuka pintu hadapan rumah itu.

"Dahyun cepat." arah Chani. Dia sudah penat menahan Jeno daripada jatuh ini. Lelaki ini bukannya ringan. Sekali lagi dia membetulkan tangan Jeno pada bahunya supaya dia tidak terjatuh.

"Siapa ni?" Dahyun hanya tersenyum apabila wajah Jaehyun yang muncul di pintu hadapan. Dia terkaku. Sebelum ini pun dia hanya pernah berjumpa sekali dengan Jaehyun, sudah pasti lelaki ini tidak terlalu mengingatinya.

"Em... Dahyun kan?" teka Jaehyun.

"Ha kau sebut Dahyun ke tadi?" Haechan pula yang muncul daripada belakang Jaehyun. Dia turut terkejut apabila melihat Dahyun di hadapan pintu rumahnya.

"Ehem, boleh cepat sikit tak." Chani berdehem, mahu menarik perhatian mereka daripada Dahyun. Haechan dan Jaehyun menoleh keaeah lelaki yang berada disebelah Dahyun. Terbuntang mata mereka apabila melihat Jeno yang sudah dalam keadaan separuh sedar itu akibat mabuk.

Jaehyun terus bergerak kearah lelaki itu dan menolong Chani membawa Jeno masuk ke dalam rumah manakala Haechan menyuruh Dahyun untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Berapa banyak dia minum? soal Haechan.

"Mungkin lima botol-"

"Kau seriuslah." Haechan memandang Dahyun terkejut. Tidak pernah-pernah Jeno meminum sebanyak itu. Mereka berdua mengikuti Jaehyun dan Chani daripada belakang.

"Eh jap, asal kau boleh ada dengan Dahyun, Chani?" tanya Haechan pelik. Dia memandang kearah Chani setelah dia meletakkan tubuh Jeno diatas katil. Jaemin yang sudah tertidur itu juga sudah terbangun disebabkan terkejut apabila lampu biliknya dibuka secara tiba-tiba.

"Tanya Dahyun." Chani menjawab malas dan cuba mengambil nafasnya semula. Penat mungkin, dia yang menggendong Jeno daripada tingkat lima rumah Jibeom sehingga ke dalam teksi, dan dia juga yang memapah Jeno sampai ke dalam rumah.

Kakinya terus melangkah keluar daripada bilik itu dan menuruni tangga. Haechan memandang Dahyun, meminta penjelasan daripada Dahyun.

"Esoklah, aku penat." Haechan pasrah mendengar jawapan Dahyun dan hanya mengekori gadis itu turun ke bawah.

"Kitorang pergi dulu." Dahyun meminta izin, sementara itu dia menunggu Chani yang sedang meminum air yang diberikan oleh Jaehyun tadi. Setelah dia memberikan cawannya semula pada Jaehyun, Dahyun terus menarik tangan Chani untuk keluar daripada rumah itu.

Sempat dia melambai pada Haechan. Chani menghulurkan helmet kepada Dahyun.

"Kau pasti nak balik rumah ke?", soal Chani risau. Dahyun mengemamkan bibirnya. Dia risau dan takut pada masa yang sama. Pasti ibu dan ayahnya akan bertanya kepadanya mengapa dia keluar pada lewat malam ini. Dan itu akan membuatkan keadaan bertambah makin teruk.

"Kau balik rumah aku jelah. Eomma aku pun dah lama tak jumpa kau." Chani memberi kata putus lalu memanjat motor itu.

"Boleh ke?" soal Dahyun meminta kepastian. Chani tersenyum dan mengangguk.

--

"Jeno, kau dah okey sikit ke?" tanya Haechan, dia menghulurkan helmetnya pada Jeno semula. Pada hari ini dia yang membawa motor Jeno memandangkan lelaki itu berdegil mahu pergi sendiri. Jadi Haechan terpaksa menjadi pemandu untuk memastikan keselamatan lelaki itu.

"Okey sikit." jawab Jeno acuh tak acuh. Kepalanya memang terasa pening lagi, tetapi dia hanya mengabaikannya.

"Kenapa kau minum banyak semalam?" soalan daripada Haechan itu membuatkan dia tersentak. Dia mengingati hal itu dengan jelas. Perkara itu masih jelas kelihatan di dalam ingatannya.

"Haechan... Heejin ada cakap apa-apa dekat kau ke semalam...?" tanya Jeno ragu-ragu. Dia cuba berhati-hati bertanya padanya. Haechan mengerutkan dahinya dan menggeleng. Dia tahu Haechan pasti marah apabila mendengar tentang perkara ini.

"Aku nampak Heejin pergi rumah Bomin malam semalam. Aku pasti dia tidur sana."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now