13

365 63 17
                                    

Dahyun menggeliatkan badannya setelah drama yang ditonton tadi sudah habis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahyun menggeliatkan badannya setelah drama yang ditonton tadi sudah habis. Mereka sudah marathon drama itu untuk tiga episode tanpa rehat. Jadi memang terasa sengal urat-urat pada lehernya.

"Aku nak duduk sekejap je dekat sini. Tiba-tiba tersekat sampai empat jam." Haeyoung menyandarkan badannya pada kerusi. Jaemin menghulurkan bantal padanya untuk diletakkan dibawah kepala.

"Kitorang balik dulu lah." Jihyun bangun daripada duduknya dan menghulurkan tangannya pada Renjun untuk menolong lelaki bangun.

"Aku pun nak hantar Yulhee dulu." Doyoung terus berlalu kearah tempat yang menyangkut kunci kereta dan keluar daripada rumah untuk menghidupkan enjin kereta. Yulhee dan Doyoung menjadi orang pertama yang keluar daripada rumah.

"Dahyun jomlah, aku hantar. Aku nak ambil barang jap." kata Haechan. Dia bangun setelah mendapat anggukan daripada Dahyun dan terus masuk ke dalam biliknya yang berada dibawah. Hanya biliknya bersama dengan Yangyang yang berada di tingkat pertama.

Masing-masing sudah masuk ke bilik tidur mereka. Sehingga tinggallah Jihyun, Haeyoung, Renjun dan Jeno di ruang tamu.

"Dahyun." Jeno bersuara memanggil nama gadis itu. Dahyun tersentak apabila suara garau itu memanggilnya. Dia terus mendongak kearah Jeno yang sudah berdiri itu.

"Aku rasa kita kena bincang tentang assignment tu hari ini juga. Hari esok aku ada hal lain. Jadi kita takkan sempat nak bincang sebab Mr.Park nak tahu tentang perkembangan kita hari Selasa nanti." Mereka semua memandang kearah Jeno yang kelihatan serius itu. Dahyun terdiam seketika. Tiba-tiba fikirannya menjadi buntu.

"Sekarang ke...?" soal Dahyun semula meminta kepastian. Jeno mengangguk dengan soalan Dahyun itu. Dahyun mengemam bibirnya. Jadi dia akan bincang di mana? Di dalam bilik lelaki itu ke?

"Aku ada hal kejap lagi, aku tak boleh nak hantar dia." Haechan yang baru keluar daripada bilik itu mencelah perbualan mereka. Sedikit sebanyak dia berasa lega apabila Haechan menolongnya sekarang.

Dia bukannya tidak mahu bersemuka dengan Jeno, tetapi dia masih terganggu dengan kejadian hari itu dan hatinya tidak berhenti berdegup kencang setiap kali dia berada dekat dengan lelaki itu. Cukup sahaja dia melihat senyuman lelaki itu, dia tidak kuat.

"Biar aku hantar dia." Membuntang mata Dahyun memandang kearah Jeno yang masih dengan raut wajah seriusnya.

Dia tidak main-main kan?

--

"Kau pandai dalam warna, hasil kerja tangan dan distribution. Jadi kau uruskan yang tu. Boleh kan?" Jeno menoleh kearah Dahyun yang berada disebelahnya. Dahyun mengangguk laju.

Sekarang mereka sedang berada di dalam bilik tidur Jeno dan Jaemin. Sebelum itu, Jeno sudah awal-awal menghalau Jaemin daripada biliknya. Mereka duduk berbincang di meja belajar Jeno.

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now