"Kim Dahyun...?" mereka semua berpaling kearah Jeno dan gadis yang bernama Dahyun itu. Dahyun membuntang matanya apabila Jeno memanggil namanya.
"Kau kenal Dahyun?" Haeyoung mencelah. Jeno mengangguk perlahan.
"Dia partner untuk assignment aku kali ini." Jeno menjawab. Matanya tidak lari daripada memandang Dahyun. Renungan mata daripada Jeno itu membuatkan Dahyun berasa tidak senang duduk. Dia seakan-akan diperhatikan pula.
"Kau kenal dia?" Jeno bertanya, berpaling kearah Jihyun, Heejin dan Haeyoung.
"Dia kawan aku." jawab Haeyoung.
"Jadi korang nak main tak?" Bomin mencelah perbualan mereka. Rasanya sudah lama dia menunggu untuk mencelah perbualan itu. Kawan-kawannya yang lain sudah menunggu dia untuk bermain.
Mereka memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum dan mengangguk yakin. Manakala mereka tidak sedar akan Heejin yang sedang memandang rakan-rakannya dengan gelisah.
Tetapi Jeno masih tidak boleh berhenti memikirkan Heejin dan Bomin. Semasa Heejin memanggil Bomin tadi, mereka nampak rapat atau hanya dia sahaja yang memikirkan hal itu?
"Siapa kalah belanja makan lepasni, deal?" salah seorang lelaki yang lebih tua setahun daripadanya bersuara, Kim Jibeom.
"Okey." Haechan menjawab yakin. Hendery pula sudah mengeluh perlahan. Belum sempat dia mahu menjawab apa-apa. Haechan ini memang pantang betul dicabar.
"Kau yakin ke Haechan? Kau jangan pandang rendah dekat diorang." Jihyun mendekatkan dirinya dengan Haechan dan membisik perlahan padanya. Haechan tersenyum sinis dan memandang Jihyun.
"Kau pun jangan pandang rendah dekat kitorang." Haechan memegang kepala Jihyun dengan senyuman sinisnya. Laju sahaja Renjun menarik semula tangan Haechan daripada kepala Jihyun itu dan menarik lengan gadis itu supaya mendekatinya.
Haechan memandang Jeno, Renjun dan Hendery bersilih ganti dan memberi isyarat mata kepada mereka sebelum memandang kearah Bomin semula.
"Jadi kita mula sekarang kan?"
--
"Yes!" Haechan menjerit kuat setelah Jeno dapat membuat balingan yang tepat dan masuk ke dalam jaring. Haechan memandang Bomin dengan senyuman nakalnya sebelum dia memeluk Jeno.
"Lagi sekali." kata Sunwoo mendatar dan mengambil bola daripada pegangan Chani kasar.
"Dah cukuplah tu, korang dah main lebih tiga puluh minit ni." Haeyoung mencelah perbualan mereka. Dahyun, Heejin, Haeyoung dan Jihyun melihat mereka semua dengan pandangan risau. Daripada awal permainan tadi langsung tiada yang berehat daripada permainan.
"Ni last-"
"Dah Bomin. Korang seri. Cukuplah untuk hari ini." Heejin bersuara dan bangun daripada duduknya. Dia melangkah kearah tengah gelanggang dan merampas bola daripada pegangan Sunwoo.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚