"Aku tak pernah tahu Renjun pandai main bola keranjang." kata Haechan yang masih terkejut, dia memandang Renjun tidak percaya. Boleh dikatakan kawan-kawannya tadi semua terkejut melihat cara Renjun bermain. Mereka ingatkan Renjun ini memang teruk dalam sukan.
"Kau taknak main dengan kitorang ke nanti?" tanya Sunwoo. Dia berharap mereka akan menerima ajakannya itu. Walaupun perlawanan mereka yang sengit tadi, tetapi tanpa sedar mereka boleh ada disini sekarang untuk makan bersama.
"Badan aku tak suka bersukan." Renjun terus menolak ajakan Sunwoo itu sambik menggeleng laju. Cukuplah dia bersukan untuk hari ini sahaja. Lebih baik dia keluar pergi berjalan sahaja daripada bersukan.
"Tengoklah kalau aku rajin, aku datang dengan Hendery hyung." kata Haechan. Tidak pasal-pasal Hendery juga terlibat. Hendery mencubit peha Haechan dan membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan sebelum tersengih padanya.
"Tapi- aku terkejut tengok Jeno. Banyak skill yang dia ada, sama dengan Bomin. Kau pernah main bola keranjang ke sebelum ni Jeno?" tanya Jibeom. Serentak dengan itu mereka semua memandang kearah Jeno yang berada di hujung meja.
Jeno mengangkat wajahnya perlahan dan mengangguk perlahan. Dia sedikit kekok dengan orang yang baru dikenalinya, disebabkan oleh itu dia hanya mendiamkan diri.
Dalam diam, anak matanya sesekali melirik pada Heejin yang sedang berbual bersama Bomin. Mereka hanya berbual berdua tanpa gangguan orang lain. Perkara itu sedikit menganggunya.
Heejin tertawa semasa berbual dengan lelaki itu. Heejin nampak selesa dengan Bomin, seakan-akan mereka memang rapat.
"Kau okey?" lamunannya terhenti apabila mendengar suara yang menegurnya. Dia berpaling kearah Dahyun yang berada disebelahnya. Jeno hanya mengangguk perlahan.
Dahyun memerhatikan Jeno risau. Perubahan Jeno secara tiba-tiba itu membuatkan dia tidak senang duduk. Seperti lelaki itu sedang menahan marah.
"Aku nak pergi kedai jap, sesiapa nak ikut?" Haechan bertanya, dia bangun daripada duduknya dan memandang mereka semua. Tetapi tiada siapa yang mengangkat tangan untuk mengikutinya.
"Dahyun jom ikut aku." kata Haechan tiba-tiba. Tersentak Dahyun dibuatnya apabila namanya dipanggil oleh Haechan.
Dia memandang Haechan dengan terkejut sambil menunjukkan kearah dirinya. Haechan hanya mengangguk dengan perasaan tidak bersalah.
"Ke-kejap." Dahyun bangun daripada duduknya kalut sambil mencapai beg tangannya sebelum mengikuti langkah Haechan keluar daripada kedai makan itu.
--
Dahyun hanya mendiamkan diri sambil berjalan disisi Haechan. Dia mengeratkan lagi genggaman tangan pada telefonnya. Sungguh kekok keadaan sekarang ini!
"Kau nak beli apa-apa? Aku nak belanja ini." Haechan bersuara dan menoleh kearah Dahyun. Dengan laju Dahyun menggeleng, menolak tawaran Haechan itu.
Dia baru sahaja pertama kali berjumpa dengan Haechan dan tiba-tiba dia membeli barang disebabkan Haechan menawarkan diri untul belanja? Ouh memang tidak. Dia akan berasa tidak selesa nanti.
"Kau ambil jela apa-apa. Aku dah minta kau teman aku, jadi aku kenalah balas kan." Haechan bersuara tenang, matanya tidak lari daripada aiskrim-aiskrim itu. Ragu-ragu dia mahu menerima pelawaan Haechan itu.
"Kalau macam tu... aku ambil yang ni." Dahyun mencapai sebekas aiskrim oreo itu dan diletakkan di dalam troli.
"Terima kasih." ucap Dahyun. Haechan memandang Dahyun sekilas dan hujung bibirnya terangkat. Dia mencapai satu bekas aiskrim untuk dirinya dan diletakkan di dalam troli. Sekarang dia hanya perlu mencari aiskrim untuk Yangyang.
Sedang ralit Dahyun memerhatikan kawasan sekelilingnya, soalan yang keluar daripada mulut Haechan itu membuatkan Dahyun tersentak.
"Kau sukakan Jeno ke?" Haechan mengangkat wajahnya dan memandang Dahyun yang berada disebelahnya. Membuntang matanya memandang kearah Haechan. Tetapi memang betul, dia tidak sukakan Jeno.
"Tak-"
"Kau Kim Dahyun. Atlet olahraga daripada sekolah Hanlim kan." Haechan mencelah percakapan Dahyun itu. Haechan masih tenang sambil tangannya mencapai dua bekas aiskrim dan diletakkan di dalam troli. Dahyun terdiam. Bibirnya digigit gelisah.
Bagaimana Haechan boleh tahu tentangnya? Lebih penting sekali, Haechan tahu dirinya merupakan atlet olahraga sekolah padahal dia tidak pernah memberitahu sesiapa walaupun pada Haeyoung.
aku tak tahu kenapa aku suka jadikan watak Haechan sebagai orang tengah ;-;
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚