35

415 57 21
                                    

"Korang betul-betul bercinta ke?" Haechan memandang Dahyun dan Jeno yang duduk bersebelahan itu bersilih ganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang betul-betul bercinta ke?" Haechan memandang Dahyun dan Jeno yang duduk bersebelahan itu bersilih ganti. Dia terkejut mendengar kenyataan itu, padahal bukan ke mereka sudah mengabaikan antara satu sama lain?

Sekarang mereka sedang berjumpa di luar universiti. Mereka duduk di dalam sebuah kafe. Jeno terus mengajaknya untuk keluar sekali bersamanya sebaik kelas mereka habis untuk berjumpa dengan mereka.

Tetapi pastilah selepas Jeno berjumpa dengan Mr.Park untuk dendanya tadi. Mr.Park memberikan kerjanya yang tertangguh selama tiga hari itu termasuklah kerja tambahan untuknya.

Jeno pasti, Dahyun sudah lama tidak meluangkan masanya bersama kawan-kawannya sebab mahu mengelakkan dirinya daripada Jeno dahulu.

"Aku dah agak akhirnya diorang akan jadi macam ni." Jihyun menyampuk perbualan mereka.. Dia mensisip coklat panas itu sebelum memandang Dahyun.

"Cuma Jeno terlalu fokuskan perasaan dia pada Heejin masa tu." Jihyun tersenyum nipis. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku di antara Heejin dan Jeno selama ini.

"Korang ingat masa kita tengok movie ramai-ramai tu?" Mereka semua mengangguk laju, mula berminat dengan perkara yang mahu diberitahu oleh Jihyun.

"Kau ingat aku tak nampak kau selalu curi-curi pandang Dahyun?" kata Jihyun selamba, tawanya terselit pada hujung ayatnya. Membuntang mata Jeno mendengar kata-kata Jihyun itu.

"Kang Jihyun, kenapa kau tak rahsiakan je." Jeno menjeling Jihyun yang duduk di hadapannya. Manakala yang lain turut tertawa.

Hanya ada Renjun, Jihyun, Haechan, Yangyang dan Haeyoung. Jaemin seperti biasa, dia pasti keluar bersama Chaerin. Manakala Heejin memang sudah tidak bertegur sapa dengan Jeno, seolah-olah mereka langsung tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Jadi pasti Heejin tidak akan datang apabila tahu Jeno akan datang sekali.

"Kau patut berterima kasih dekat aku Jeno. Aku yang bagi idea gila tu dekat kau." kata Yangyang sambil tergelak melihat video di dlaam telefonnya. Telefonnya terus dirampas oleh Jeno.

Video luahan perasaannya pada Dahyun.

Macam mana video ini boleh tersebar? Dahyun mendekatkan dirinya dengan Jeno dan melihat video yang terpapar pada telefon Yangyang.

Dahyun ternganga. Sekarang satu kampusnya sudah melihat video itu. Sekarang mana dia nak sorok muka? Malunya di dalam kelas tadi pun masih tidak surut!

"Wah, kau memang gila Jeno." kata Renjun terkejut. Haechan yang sedang melihat video itu terus menekup mulut akibat terkejut melihat tindakan berani Jeno itu. Semua disebabkan Yangyang, lelaki itu pernah bergurau dengannya untuk menyuruh dia melamar Heejin seperti yang dia lakukan pada Dahyun itu.

"Dahyun kalau aku ada dekat tempat kau, aku dah sepak Jeno ni." kata Haeyoung, dia menggeleng perlahan. Dia pula tiba-tiba berasa malu melihat video itu.

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now