14

347 61 7
                                        

"Siapa yang hantar kau balik tadi?" Dahyun mengangkat wajahnya, memandang lelaki yang sedang terbaring diatas kerusi sambil bermain dengan telefonnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Siapa yang hantar kau balik tadi?" Dahyun mengangkat wajahnya, memandang lelaki yang sedang terbaring diatas kerusi sambil bermain dengan telefonnya.

"Kawan." Dahyun menjawab ringkas. Dia hanya mahu masuk ke biliknya secepat mungkin sekarang.

"Jaket tu." lelaki itu mengangkat kening dan memandang kearah Dahyun.

Dahyun menghentikan langkahnya. Dia menunduk memandang tubuhnya yang masih elok tersarung jaket hitam itu. Dahyun mengeluh. Dia terlupa mahu memulangkan jaket itu semula kepada Jeno.

"Kita cakap nanti jelah Daehyun. Aku letih." Baru sahaja kakinya melangkah pada anak tangga pertama. Tetapi suara yang muncul daripada dapur itu menghalangnya.

"Kau menggatal dengan lelaki mana pula ni?" Dahyun memejamkan matanya dan menarik nafas dalam sebelum berpaling menghadap ibunya, atau lebih tepat ibu angkatnya.

Dahyun hanya mengukirkan senyuman paksanya. Dia tiada hak untuk melawan.

"Sampai malam baru reti nak balik." Suara ayah angkatnya pula muncul daripada atas, sedang menuruni tangga. Dahyun menunduk ke bawah. Tangannya digenggam erat antara satu sama lain.

"Lain kali jangan balik dengan lelaki boleh tak? Sebelum ni pun lelaki lain yang hantar kau balik. Aku tak nak anak aku jadi perempuan murah." kata ayahnya sarkastik. Dahyun tersentak. Seperti ada pisau yang sedang menoreh-noreh hatinya sekarang.

Walaupun pada setiap hari kata-kata makian itu dilontarkan padanya, tetapi dia masih terasa. Kata-kata itu membuatkannya seperti langsung tiada harga diri dan maruah.

"Appa, cukuplah tu." Daehyun mencelah. Dia bangun daripada posisi baringnya dan duduk sambil memandang tajam kearah ayahnya.

"Kamu diam je Daehyun." ibunya bersuara semula, tetapi dengan nada yang lebih lembut. Dahyun sudah biasa dengan semua ini. Memandangkan Daehyun merupakan darah daging mereka sendiri, dan dia hanyalah anak angkat. Dia tahu kedudukannya dimana.

"Dahyun kau pergi masuk bilik." arah Daehyun dingin, mengabaikan kata-kata ibunya tadi. Walaupun dia sering berkata kasar dengan Dahyun, tetapi gadis itu masih adiknya. Dia tetap menganggap Dahyun sebagai adik kandungnya. Ibu dan ayahnya sudah melampau.

Dahyun mengangguk perlahan dan menaiki anak tangga itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya, pintu itu dikunci. Badannya disandarkan pada pintu bilik.

Pandangannya ditundukkan ke bawah dan mengeluh. Wajahnya diraup kasar. Dia terlalu letih mahu menghadap semua ini, walaupun perkara itu telah menjadi rutin hariannya, menghadap kata-kata makian itu setiap hari.

Jaket yang tersarung pada tubuhnya ini dipandang lama. Sedikit sebanyak dia mula memikirkan tentang Jeno. Dengan membayangkan senyuman lembut daripada lelaki itupun sudah membuatkannya tersenyum kecil semula.

Segala kelakuan serta layanan baik dan lembutnya terhadap semua orang sangat menarik perhatiannya. Lebih-lebih lagi kepada Heejin. Dahyun menganggap Heejin itu sangat bertuah kerana mempunyai Jeno disisinya.

Lelaki itu telah menyangkal fikirannya tentang semua lelaki hanya berkelakuan dan berkata kasar pada semua orang, suka merendahkan orang lain dan mementingkan diri sendiri.

Pemikirannya ini terjadi disebabkan persekitarannya. Rumah yang dia sedang menetap dan rakan sekelasnya. Ibu bapanya tidak pernah melayannya dengan baik, pasti ada sahaja rasa tidak puas hati mereka pada Dahyun.

Abang angkatnya pula, Daehyun melayannya seperti biasa. Dia tahu perwatakan Daehyun memang kasar dan dingin, tetapi Daehyun sering membantunya.  Dia cuma tidak tahu menunjukkan rasa sayangnya pada orang lain.

Rakan-rakan sekelasnya? Kejadian buli sering sahaja berlaku di hadapan matanya. Pelajar lelaki disana sama sahaja. Suka menindas orang yang lemah. Meremehkan orang perempuan, dengan mengatakan perempuan lemah.

Daripada situ, dia tidak mempercayai lelaki yang baik itu wujud kerana hidupnya penuh dengan kata-kata makian dan sering dilayan kasar.

Semuanya berubah apabila dia pergi ke Seoul Highschool. Dia pernah bertembung dengan Jeno dan secara tidak sengaja. Jeno menjatuhkan air tin epal itu pada pegangannya semasa Jeno melanggarnya.

Dahyun hanya mendiamkan diri, menunggu lelaki itu menghamburkan kata-kata kasar padanya. Tetapi sangkaannya meleset. Suara dalam itu meminta maaf dan bertanya tentang keadaan dia. Dia juga membelikan semula air tin itu kepadanya.

Daripada situ, suara Jeno yang sedang bertanya tentang keadaannya itu sering bermain-main dalam fikirannya. Matanya tidak lari daripada Heejin dan Jeno yang sedang bergelak ketawa.

Personaliti Jeno itu menarik perhatiannya. Bukan sedikit tetapi banyak.

Sekarang dia semakin mahu mengenali Jeno setelah berjumpanya secara berdepan pada hari ini. Tetapi dia tidak yakin jika lelaki itu mahu berkawan dengannya.

Tengoklah layanan Jeno terhadapnya tadi. Dia seperti sedang menjaga seorang puteri dengan seikhlas hatinya. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan lelaki yang sempurna macam Lee Jeno itu?

"Aku cemburukan kau Lee Heejin..."

"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] I Don't Need You | LJNTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang