"Kenapa Heejin macam sorok sesuatu daripada aku?" tanya Jeno tidak puas hati. Perbualan mereka bersama Heejin itu asyik bermain di fikirannya. Ditambah lagi dengan pandangan Jihyun padanya waktu itu. Pandangan sayu.
"Janganlah fikir sangat." Jaemin yang berada disebelahnya menepuk-nepuk bahu Jeno, tidak mahu Jeno asyik memikirkan hal itu.
"Mesti girls talk." Renjun mengikuti intonasi suara Heejin dalam nada menyampah. Jaemin tergelak melihat Renjun manakala Jeno masih terdiam. Dia masih memikirkan tentang Heejin. Dia berasa tidak sedap hati.
"Kau habis kelas pukul berapa?" Jaemin bertanya dan menoleh kearah Jeno. Tetapi lelaki hanya mendiamkan diri. Renjun turut memandang kearah Jeno.
"Woi kau okey tak?" Renjun memukul bahu Jeno. Jeno terus memandang kearah Jaemin dan Renjun dengan terpinga-pinga.
"Haih, jomlah kita ikut diorang petang nanti." Renjun berkata pasrah. Terus Jeno tersenyum mendengar kata-kata Renjun itu, dia seakan menunggu Renjun menawarkan perkara itu padanya.
Renjun menjeling Jeno apabila dia melihat kearah Jeno yang sudah tersenyum kepadanya. Renjun hanyalah satu alasan yang boleh diberi jika mereka terkantoi mengikuti mereka.
Katanya Renjun yang suruh ikut Jihyun. Padahal hal yang disebaliknya berlainan.
"Aku dengan Chaerin nak date la petang ni." kata Jaemin pula. Mereka berdua memandang Jaemin tajam. Jarang sekali Jaemin ingin keluar dengan mereka sekarang. Semuanya disebabkan oleh Chaerin. Katanya hari-hari dia akan keluar dengan Chaerin.
Mereka berdua mahu saja menegur tentang perkara itu kepadanya. Tetapi mereka menahan diri. Jeno dan Renjun hanya mengangguk lemah.
Melihat raut wajah kawan-kawannya itu menimbulkan rasa serba salah di dalam hatinya. Dia juga sedar, sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan kawan-kawannya. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak pasti Chaerin akan marah dengannya.
"Nanti aku ajak Haechan, Yangyang dengan Hendery hyung." Renjun kembali bersuara dan Jeno hanya mengangguk. Lebih ramai lebik baik kan.
"Taknak ajak Sicheng hyung ke?" Jeno bertanya. Dia menoleh kearah Renjun. Renjun terus menggeleng.
"Sicheng hyung dia ada study group petang ni."
"Aku dah lambat, aku pergi dulu." Jeno melihat jam tangannya sekilas dan menepuk bahu Jaemin dan Renjun terlebih dahulu sebelum dia berlari meninggalkan mereka berdua di belakang.
Setelah dia berada di hadapan kelasnya, kakinya berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia cuba mencari nafasnya semula untuk menenangkan diri sebelum dia melangkah masuk ke dalam kelas itu.
Jeno bergerak pada tempat duduk yang berada di tengah-tengah. Tempat duduk paling selamat baginya.
Beberapa minit kemudian, Mr. Park masuk ke dalam kelas sambil menegur ramah pelajar-pelajarnya. Matanya fokus melihat kearah Mr.Park yang berada dihadapan.
"Kerja ini akan dilakukan secara berpasangan dan semestinya kamu semua tidak boleh memilih. Saya akan membuat cabutan secara random." Serentak mereka semua mengeluh apabila mendengar kata-kata Mr.Jung.
Mereka melihat Mr.Jung yang sedang mengeluarkan kotak daripada bawah mejanya dan diletakkan diatas meja.
"Bermula daripada Kim Haesoo." Pelajar wanita itu berdiri apabila namanya dipanggil dan dia terus melangkah ke hadapan. Dia memasukkan tangannya ke dalam kotak hitam itu dan mengambil salah satu bola yang sudah siap sedia mempunyai nama padanya.
"Nakamoto Yuta."
Jeno berpaling kearah Yuta yang berada tidak jauh daripadanya. Yuta mengangkat tangannya rendah dan tersenyum kecil pada Haesoo.
Jeno mulai bosan menunggu gilirannya untuk tiba pada pemilihan itu. Badannya disandar pada kerusi dan dia mula bermain-main dengan telefonnya. Membalas segala mesej kawan-kawannya.
Mesej-mesej di dalam group kawan-kawannya semua tidak pernah normal. Kadang-kadang dia pun tidak memahami apa yang mereka bualkan.
"Kim Dahyun." Seorang gadis berambut berwarna separa kelabu dan separa coklat itu bangun daripada duduknya dan berjalan tenang ke hadapan. Dia memasukkan tangannya di dalam kotak itu.
Salah satu bola pingpong itu dipilih dan ditarik keluar. Tangannya mengenggam erat bola kecil itu. Dia berharap nama itu akan keluar. Nama itu perlu muncul.
"Lee Jeno."
'Aku dapat kau.'
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚