"Apa yang kau nak cakap." Jeno berdiri di hadapan Heejin. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Aku tahu." kata Heejin ringkas. Jeno mengerutkan dahinya, dia langsung tidak faham apa yang Heejin cuba sampaikan sekarang ini. Melihat daripada reaksi Jeno itu, Heejin menyambung semula ayatnya.
"Kau sukakan aku."
Dang!
Bagaikan kaca yang terjatuh, bunyi pecah dapat kedengaran daripada telinganya. Jeno memandang Heejin terkejut, tetapi raut wajah gadis itu masih biasa. Perlahan-lahan dia mengeluarkan semula tangannya daripada poket seluarnya.
"Apa. Betullah selama ini kau sukakan aku?" soal Heejin lagi. Jeno terdiam. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa lagi sekarang. Siapa yang memberitahu Heejin tentang hal ini?
"Dan sebab itu kau cuba buat aku jauhkan diri dengan Bomin." kata Heejin sambil tertawa sinis. Jeno bingung. Apa yang dikatakan oleh Heejin ini? Gadis ini memang selalu membuat konklusinya sendiri.
"Heejin jangan merepek." Jeno cuba membantah. Suaranya lemah, dia sudah penat mahu berlawan mulut dengan Heejin. Tetapi gadis itu tidak mengalah.
"Jeno."
"Kau gunakan cara murah ni untuk buatkan aku jauh dari Bomin? Jangan jadi gila Jeno." Jeno tergamam. Sudah kenapa dengan Heejin ini?
"Aku minta maaf sebab tak sedar perasaan kau selama ini. Tapi aku tak suka bila kau buat aku macam ini."
"Sekarang aku faham kenapa kau selalu ikut aku pergi mana-mana. Kau tak nak aku dekat dengan orang lain." balas Heejin sinis. Jeno menggepal tangannya erat bagi menahan geram. Sedaya-upaya dia cuba menahan amarahnya sekarang. Heejin benar-benar melampau.
"Heejin, kau jangan melampau." kata Jeno dingin, suaranya makin dalam membuatkan ia kedengaran lebih menakutkan.
"Dan sebab itu juga kau mengadu pada Donghyuck? untuk pisahkan aku dengan Bomin?" Heejin tertawa besar sebelum dia mencerlung tajam semula kearah Jeno.
"Sudahlah Lee Heejin!" jerit Jeno, amarahnya sudah terlepas. Tiada lagi Jeno yang sentiasa berkata lembut dengannya. Tiada lagi tatapan lembut itu padanya. Urat-urat pada lehernya sudah timbul akibat amarah yang bergelora di dadanya.
"Tak Jeno!" suara Heejin juga naik seoktaf.
"Aku tetap tak sukakan kau kalau kau buat macam ni!"
"Lee Heejin, aku tak minta kau untuk balas perasaan aku. Aku tak pernah ekori kau. Aku tak pernah cuba pisahkan kau dengan Bomin. Aku tak sebodoh tu untuk buat kawan baik aku macam tu. Aku cuma risaukan keselamatan kau, disebabkan itu aku bagitahu Haechan." keras suara Jeno kedengaran. Matanya memandang tajam gadis yang berada di hadapannya ini.
"Tch. Risau keadaan aku? Kau jangan berlakon risaukan aku. Persahabatan kita dah lama putus." Heejin menjeling tajam lelaki itu sebelum dia melangkah pergi daripada situ, meninggalkan Jeno berseorangan di situ.
Jeno menolak rambutnya kebelakang kasar dan diserabaikan. Semuanya menjadi kacau-bilau. Masalahnya dengan Heejin menjadi semakin teruk.
Genggaman tangannya dikepal erat sebelum ia dilepaskan pada tiang yang berdekatan dengannya. Segala kesakitan langsung tidak dirasainya.
Dia kesal. Kesal dengan semua yang terjadi. Dia mula membencikan dirinya sendiri disebabkan semua perkara yang terjadi ini.
Dia meraup wajahnya kasar sebelum melangkah semula kearah kelasnya. Tangannya yang sudah sedikit berdarah dan lebam itu langsung diabaikannya. Itu semua sudah tidak penting baginya. Dia hanga mahu melarikan diri sekarang.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, dia menuju kearah tempat duduknya dengan Dahyun memandangkan Dahyun menolong membawa begnya tadi sementara dia menolong Mr. Park.
Beg galasnya pada kerusi kosong disebelah Dahyun itu dicapai kasar dan dia terus berlalu melangkah keluar daripada kelas. Fikirannya terlalu berserabut dengan pelbagai masalah yang terjadi. Dia hanya inginkan ketenangan sekarang.
Rakan-rakan sekelasnya memerhatikan Jeno dengan terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba masuk ke dalam kelas dalam keadaan marah. Termasuklah Dahyun. Dia terkejut melihat wajah Jeno yang sudah berwarna kemerahan itu.
Tanpa berkata apa-apa dia terus mengejar langkah Jeno daripada belakang.
"Jeno!" Dahyun berlari anak mengejar langkah lelaki itu. Pergelangan Jeno berjaya dicapai olehnya dan membuatkan dia tersenyum kecil. Dia menarik tangan Jeno supaya menghadapnya.
"Kau okey? Ada apa-apa jadi ke?" soal Dahyun prihatin. Dia menjadi risau melihat keadaan Jeno sekarang. Tetapi lelaki itu langsung tidak membalas.
"Jeno kalau kau perlukan-"
"Tak Dahyun. Lepaskan aku..." Jeno berkata perlahan, tetapi masih mampu didengarinya. Lelaki itu sedang menahan amarahnya supaya tidak terlepas.
"Nak aku tolong-"
"I Don't Need You Kim Dahyun!" jerit Jeno kuat. Badan Dahyun terhincut dan terdorong sedikit ke belakang. Matanya mula menggeletar memandang kearah Jeno. Hatinya seakan hancur berkecai apabila lelaki itu memarahinya.
Pelajar-pelajar yang lalu-lalang disitu juga turut terkejut mendengar jeritan daripada Jeno. Mereka semua memandang kearah mereka berdua. Dahyun menundukkan pandangannya.
"Just tinggalkan aku sekarang..." ucap Jeno perlahan.
"Kalau itu yang kau rasa selama ini. Sekurang-kurangnya kau tak payah cakap depan orang ramai untuk aku tahu benda tu..." Perlahan-lahan Dahyun mula melepaskan pegangan tangannya daripada Jeno. Jeno hanya mendiamkan diri, masih memandang gadis itu kosong.
Sebaik sahaja Dahyun melepaskan pegangan tangannya, Jeno terus melangkah pergi meninggalkan tempat itu.
Dahyun mengangkat sedikit wajahnya untuk memandang figura Jeno yang semakin hilang disebalik banggunan itu. Hatinya terasa seperti dicucuk-cucuk. Segala harapannya pada Jeno musnah sekelip mata. Harapan yang diberikan oleh lelaki itu sudah menjadi tidak bermakna.
Semuanya sudah tamat.
sila maki jeno :D
aku update awal sebab nak buat hw agagagaga bai
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚