15

363 61 20
                                    

"Hai Dahyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Dahyun." Dahyun memandang Jeno yang baru sahaja menyapanya bersama senyuman pada bibirnya. Dahyun mengangkat tangan, membalas sapaannya semula. Dia meletakkan beg tangannya dan duduk disebelah Jeno.

Mereka berdua kembali fokus ke hadpaan apabila Mr. Park memasuki kelas mereka. Setelah Mr. Park memeriksa perkembangan setiap kumpulan, mereka diberi taklimat tentang lawatan mereka.

"Okey kamu semua jangan lambat, siapa lambat bas tak akan tunggu kamu semua." kata Mr. Park sebelum mereka semua dibenarkan bersurai.

Dahyun yang sudah siap mengemaskan barangnya berpaling kearah Jeno yang masih sedang menyimpan buku-bukunya. Jeno melirikkan matanya pada Dahyun yang sedang merenung kearahnya.

Hujung bibirnya terangkat. Tidak mahu memalukan gadis itu, dia hanya diam dan tidak menegur, dia membiarkan Dahyun merenung kearahnya.

"Jeno!" Dahyun tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja dia mendengar suara jeritan daripada hadapan kelas. Dahyun terus melarikan pandangan matanya apabila dia melihat Heejin yang sedang berjalan masuk ke dalam kawasan kelas.

Tetapi Jeno tidak membalas, dia hanya membalas sapaan gadis itu dengan senyuman kecil. Heejin terus memasamkan wajahnya.

"Jeno aku pun tak tahu yang kau akan datang, jadi aku ajaklah Bomin." Heejin cuba menerangkan semula pada Jeno, tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Dahyun yang berada disana seperti orang ketiga. Dia hanya mendiamkan diri dan membuat hal sendiri, tidak mahu menganggu pasangan itu. Tetapi terselit sedikit rasa cemburu di dalam hatinya.

"Jeno kau tak nak teman aku pergi makan ke?" pujuk Heejin lagi. Susah betul mahu memujuk Lee Jeno kalau dia merajuk!

Sejak kejadian itu, Jeno hanya membalas ringkas pesanan mesej oleh Heejin dan perbualan mereka pun tidak panjang.

Jeno terus mengangkat wajahnya memandang Heejin apabila Heejin mengajaknya untuk pergi makan bersama. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar, tangannya naik mengusap kepala gadis itu.

"Jom." balas Jeno dengan senyuman lebar. Heejin turut tersenyum, jika lelaki itu sudah mengusap kepalanya bermakna dia sudah tidak merajuk dengannya.

Sesekali Dahyun melirikkan matanya kearah Jeno yang sedang mengusap kepala Heejin itu. Hatinya sakit! Sememangnya layanan Jeno kepada Heejin mampu membuatnya cemburu. Dia cemburu kerana Heejin mempunyai Lee Jeno.

Sudah terang bersuluh Jeno menyukai Heejin sejak zaman sekolah lagi. Walaupun lelaki itu tidak pernah mengakuinya, tetapi melalui tindakannya sahaja pada Heejin, semua orang dapat mengetahuinya. Cuma Heejin tidak sedar akan perasaan Jeno padanya.

Bunyi deringan telefon daripada dalam beg tangan Dahyun membuatkan Heejin dan Jeno berpaling kearah Dahyun. Mereka terlupa Dahyun ada di dalam kelas ini juga.

"Ya Haeyoung?" Dahyun menjawab panggilan telefon itu.

"Okey aku pergi sana." Dahyun mengangguk-ngangguk dan terus mematikan panggilannya diantara Haeyoung.

"Kau nak pergi mana lepas ni?" Heejin bertanya pada Dahyun.

"Kafeteria. Haeyoung ajak aku makan sekali." jawab Dahyun sambil tersenyum kecil. Dia menyimpan semula telefonnya dan bangun daripada duduknya.

"Pergi dengan kitorang, aku pun nak pergi kafeteria dengan Jeno." ajak Heejin. Dahyun memandang Jeno dan Heejin bersilih ganti sebelum mengangguk.

Dia berjalan disebelah Heejin dan hanya mendiamkan diri, tidak rasa mahu mencelah dan menganggu perbualan Heejin dengan Jeno. Dahyun dapat mengagak melalui perbualan mereka, Jeno dan Heejin tersangatlah rapat.

Jeno menolak pintu kafeteria itu dan melangkah masuk ke dalam itu. Mereka bertiga pergi kearah kaunter makanan itu sebelum mendekati meja yang sering kawan-kawannya.

"Dahyun duduk sini." Haechan yang sudah perasan dengan kehadiran Dahyun, Jeno dan Heejin itu terus menegur Dahyun. Dahyun mengangguk dan duduk disebelah Haechan.

Dalam diam, Jeno memerhatikan Dahyun yang sedang melangkah kearah Haechan itu. Dia tertanya-tanya, sejak bila mereka menjadi rapat seperti itu. Jeno dan Heejin mengambil tempat disebelah Sicheng.

"Korang nampak rapatlah." Sicheng menegur pada Haechan dan Dahyun yang hanya berbual sesama mereka. Haechan hanya mengangkat bahu dan tersenyum nakal.

"Ha baguslah tu, Dahyun terima kasih tau, kalau tak lelaki ni asyik nak melekat dengan aku. Macam tak ada kawan lain." kata Jihyun sambil memandang kearah Haechan.

"Aku tahu kau suka duduk dengan aku." Haechan menjelirkan lidahnya pada Jihyun. Jihyun menjeling Haechan menyampah.

"Jadi petang ni jom keluar." ajak Renjun pula, dia memegang lengan Jihyun yang berada disebelahnya. Matanya bersinar-sinar mengharap Jihyun menerimanya. Sejak akhir-akhir ini, Jihyun terlalu sibuk. Terakhir kali mereka keluar bersama ialah pada minggu lepas

Jihyun mengangguk, menerima ajakan Renjun itu. Terus tersenyum lebar lelaki itu dibuatnya.

"Mana Jaemin?" tanya Heejin sambil memandang kearah kawan-kawannya. Dia tidak nampak kelibat lelaki itu.

"Macam biasa, dia keluar dengan Chaerin." jawab Haechan, dia mengeluh perlahan. Susah betul mereka mahu melihat wajah Jaemin jika mereka keluar bersama

"Aku rasa dia banyak bergaduh dengan Chaerin baru-baru ni." kata Haechan. Mereka semua memandang kearah Haechan.

"Maksud kau?" Jeno mengangkat kening.

"Aku terdengar pergaduhan diorang hari itu dan aku rasa diorang dah lama bergaduh tentang benda ni."

"Diorang gaduh pasal apa?" Haeyoung terdiam seketika, dia seakan-akan tahu apa yang ingin dikatakan oleh Haechan. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dan memandang kearah Haeyoung.

"Kau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now