"Lee Heejin!" lelaki itu menjerit kuat, memanggil nama kawan baiknya. Gadis yang bernama Heejin itu hanya menjelir lidahnya pada lelaki itu dan meneruskan lariannya tanpa menoleh semula kearahnya.Lelaki itu menggeleng perlahan. Perangainya masih tidak berubah sejak dulu. Masih seperti budak-budak.
"Jeno kau lembaplah." Marah Heejin pula. Kakinya melangkah kearah Jeno dengan perasaan marah apabila dia perasan lelaki itu langsung tidak mengejarnya.
Jeno tersenyum manis sehinggakan matanya tidak kelihatan. Rambut gadis itu diserabaikan sebelum dia pula yang melangkah meninggalkan Heejin di belakang.
"Lee Jeno!" Heejin menjerit kuat, marah dengan tindakan Jeno itu. Habis rambutnya sudsh berserabai! Nasib baik dia hanya berambut pendek.
Heejin mengejar langkah Jeno yang sudah berada di hadapannya. Mereka berdua mendekati meja kafeteria yang sering diduduki oleh mereka.
"Jihyun~" Heejin merungut kecil apabila dia sudah mendekati Jihyun, tangan Jihyun dipeluk olehnya dan kepalanya direhatkan pada bahu Jihyun. Terkejut Jihyun dibuatnya dengan tindakan Heejin itu.
"Kau kenapa?" Jihyun tergelak kecil. Tidak pernah Heejin bermanja seperti ini. Padahal Heejin ini bukannya sukakan skinship. Pasti ada sesuatu yang dia mahu minta ini. Heejin mendekatkan bibirnya pada telinga Jihyun dan membisikkan sesuatu.
Renjun dan Jeno yang duduk berhadapan dengan mereka hanya memandang pelik. Mereka tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Heejin.
"Ouh boleh je." Jihyun mengangguk, setuju dengan kata-kata Heejin itu.
"Setuju apa?" Renjun mencelah, memandang teman wanitanya itu. Jihyun hanya mengangkat bahu, tidak mahu memberitahu kedua-dua lelaki itu tentangnya. Tetapi anak matanya memerhatikan Jeno sayu sebelum dia melarikan pandangannya semula.
"Jihyun, nak keluar tak petang ni?" soal Renjun, matanya tepat memandang anak mata Jihyun. Jihyun memuncungkan bibirnya dan menggeleng perlahan.
"Saya nak keluar dengan Heejin." balasan daripada Jihyun itu membuatkan Renjun memandang Heejin. Panggilan di antara Renjun dan Jihyun sudah bertukar, bagi Renjun 'kau-aku' itu terlalu kasar baginya. Dia tidak suka.
"Kau nak pergi mana?" Jeno pula yang mencelah. Jarang sekali Heejin ini mahu keluar rumah. Kalau boleh nak melekat dalam bilik sepanjang hari.
Heejin meletakkan jari telunjuknya pada bibir, bermakna dia tidak akan memberi tahu Jeno tentangnya.
"Kau nak pergi tengok-" suara Haechan yang muncul daripada belakang itu membuatkan mereka terkejut. Tetapi Heejin masih sempat menghalang abang kembarnya daripada terlepas cakap.
Haechan menepuk-nepuk tangan Heejin yang sedang menekup mulutnya. Hampir sahaja rahsia Heejin terbongkar!
Heejin terus melepaskan tangannya daripada mulut Haechan dan memberikan jelingan padanya supaya tidak membongkarkan rahsianya. Haechan menggulingkan bola matanya pada Heejin.
"Haeyoung kau nak ikut?" Heejin bertanya pada Haeyoung yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah Jeno. Haeyoung memandang Heejin pelik memandangkan dia baru sahaja sampai disana.
Heejin memberikan senyuman nakal kepada Haeyoung, terus gadis itu mengangguk faham dengan isyarat Heejin itu.
"Aku ikut." jawab Haeyoung. Heejin tersenyum gembira. Jeno dan Renjun memandang antara satu sama lain.
"Jap kenapa aku tak boleh tahu?" Renjun bertanya tidak puas hati. Di meja itu sekarang hanya dia dan Jeno tidak mengetahui tentang perkara yang sedang dibualkan oleh mereka.
"Dah nama pun rahsia, jadi rahsia lah." jawab Heejin sarkastik. Heejin berpindah tempatnya dan duduk disebelah Haeyoung. Dia menjeling lelaki yang lebih tua tiga bulan daripadanya itu. Renjun memandang Heejin tidak puas hati.
"Jangan nak gaduh." Haeyoung menghentikan perlawanan renungan mata yang secara tiba-tiba diadakan itu dengan meletakkan buku di hadpaan mata mereka.
Heejin dan Renjun mencebik tidak puas hati dan memeluk tubuh. Mereka berdua ini memang masih lagi mahu berperangai dan bergaduh seperti budak yang berumur lima tahun ke?
"Dahlah, aku dengan Haechan pergi dulu." Jihyun bangun daripada duduknya sambil mengemaskan barang-barangnya yang berada diatas meja.
"Awalnya." Renjun mula merungut sambil memandang kearah teman wanitanya. Jihyun tersenyum kecil dan mengusap lembut rambut lelaki itu.
Yang lain hanya memandang Renjun dengan pandangan menyampah. Nak bermanja jangan di hadapan mereka! Sekeras-kerasnya mereka menentang dan menolak.
"Jom Haechan." Jihyun menarik lengan Haechan untuk beredar daripada kafeteria itu secepat mungkin memandangkan mereka berdua hanya mempunyai masa lima minit sebelum kelas bermula.
"Aku dah habis kelas, siapa nak pergi arcade!" Haeyoung berkata teruja. Ajakan itu disambut oleh Heejin dan Renjun. Memandangkan kelas mereka sudah habis, baik mereka pergi berseronok pula.
"Kau tak nak pergi ke Jeno?" Haeyoung bertanya kepada lelaki berambut blonde itu. Jeno yang daripada tadi hanya bermain dengan telefonnya mengangkat wajah, memandang mereka bertiga.
Matanya menangkap Heejin yang telah mengangkat tangan, tanda yang dia mahu mengikuti Haeyoung ke arcade.
"Aku ikut." Jeno menjawab tenang dan kembali bermain dengan telefonnya . Perlahan-lahan dia mengukirkan senyumannya apabila melihat Heejin yang sudah teruja permainan apakah yang dia mahu main selepas ini.
Hanya disebabkan Lee Heejin, dia menyetujui hal ini.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚