26

350 54 18
                                    

"Kim Dahyun!" Haeyoung menjerit kuat memanggil nama Dahyun membuatkan pelajar lain yang berada di kafeteria itu turut memandang kearah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kim Dahyun!" Haeyoung menjerit kuat memanggil nama Dahyun membuatkan pelajar lain yang berada di kafeteria itu turut memandang kearah mereka.

Dahyun terkejut apabila namanya dipanggil kuat, dia menoleh kearah Haeyoung yang sudah tersengih kearahnya. Kakinya melangkah mendekati mereka.

"Kalau boleh pakai mikrofon lepas ni." perli Haechan. Haeyoung menjeling lelaki yang berada  di hadapannya itu dan menyuruh Dahyun untuk duduk disebelahnya.

"Kau dah makan belum?" soal Renjun. Dia memandang Renjun yang berada disebelah Haechan itu dan menggeleng. Hanya ada Haeyoung, Haechan, Renjun dan Heejin di meja ini.

"Aku pun nak pergi beli makanan, kita tunggu Jihyun dulu. Kelas dia pun dah nak habis." cadang Haeyoung. Dahyun mengangguk setuju.

Sesekali dia menoleh kearah Heejin yang berada di hujung meja itu. Gadis itu langsung tidak berbicara dengan sesiapa. Dia hanya mendiamkan diri dan fokus pada makanannya. Haechan yang perasan akan renungan Dahyun pada Heejin itu menggeleng perlahan.

Menandakan dia tidak perlu bertanya pada Heejin.

"Jeno, macam mana mesyuarat tadi?" Renjun menegur Jeno yang baru sahaja datang mendekati meja mereka. Dahyun mengangkat wajahnya apabila mendengar nama Jeno disebut.

Dia tersenyum pada Jeno dan lelaki itu membalas senyumannya. Sebelum itu, Dahyun perasan akan raut wajah Heejin. Gadis itu seakan terkejut dan memandang Jeno sekilas apabila Renjun menyebut nama Jeno.

Jeno tersenyum sehinggalah pandangan matanya jatuh pada Heejin yang berada di hujung meja itu. Senyumannya kembali pudar. Kata-kata Heejin padanya semalam kembali bermain di fikirannya.

"Dahyun jom." kata Jeno mendatar, terus lelaki itu memegang pergelangan tangan Dahyun untuk bangun dan menarik tangan gadis itu keluar daripada kawasan kafeteria.

"Jeno- Dia tak makan lagi tu!" Haeyoung menjerit kuat apabila dia langsung tidak sempat menghalang perbuatan Jeno tadi. Perubahan yang sangat mendadak. Elok sahaja dia tersenyum tadi, dan tiba-tiba wajahnya kembali mendatar. Dia perempuan ke?

"Heejin... kau gaduh dengan Jeno ke?" Haechan melirikkan matanya pada adik kembarnya yang masih mendiamkan diri. Serentak dengan itu, mereka bertiga memandang kearah Heejin. Heejin terkaku seketika.

Dia tertekan. Dia tidak sangka kata-kata itu akan meluncur keluar daripada mulutnya pada malam itu. Pasti Jeno akan terasa hati dengannya. Tengoklah tadi. Jeno langsung tidak menegur dirinya.

"Aku pergi dulu." Heejin bangun daripada duduknya, dia mengangkat tray makanannya dan terus berlalu pergi menjauhi meja mereka.

--

"Maaf sebab tarik kau tiba-tiba macam tu." Jeno menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dahyun menggeleng perlahan dan duduk pada kerusi itu semula. Sekarang mereka berdua berada di dalam bilik kerja. Langsung tiada pelajar di dalamnya sekarang.

"Nak aku tolong ke?" tawar Dahyun. Dia memandang Jeno yang sedang membaiki semula model rumah mereka yang sudah hancur itu. Mereka hanya mempunyai masa lagi dua hari sebelum perbentangan sebenar.

"Tak payah. Kalau ada apa-apa aku minta tolong kau." Jeno menggeleng perlahan.

"Dekat atas meja aku ada makanan, kau makanlah. Aku tarik kau tadi sampai kau tak sempat makan." Jeno tertawa kecil, dia masih sempat mendengar jeritan Haeyoung padanya tadi.

Dahyun mencapai bungkusan plastik yang berada di atas meja itu dan membukanya. Terdapat beberapa makanan goreng dan tteokbokki.

"Tak apa ke makan dalam ni?" tanya Dahyun ragu-ragu. Tidak silap mereka tidak dibenarkan makan di dalam bilik ini.

"Tak apa. Tiada orang dalam ni." jawab Jeno selamba. Dahyun tercengang dan tertawa kecil mendengar jawapan selamba lelaki itu.

Dia hanya meneruskan makannya dan memerhatikan Jeno yang sedang fokus pada binaan model itu. Matanya terhenti pada luka yang berada pada hujung bibirnya. Dia mula tertanya-tanya, sebab apa pada malam itu Jeno datang padanya dengan muks yang lebam?

"Kau gaduh dengan Heejin ke?" soalan daripada Dahyun itu membuatkan perbuatannya terhenti. Matanya terkaku. Bingo.

Hanya dengan melihat reaksi daripada Jeno itu, sudah pasti tekaannya tepat. Jeno hanya mendiamkan diri, tidak menjawab soalannya. Dahyun mengeluh perlahan.

"Kau okey?" tanya Dahyun lembut. Dia memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Sekelip mata Jeno kembali mengukirkan senyumannya dan mengangguk.

"Aku okey."

"Kau tipu Jeno..."

chanyeol banyak update harini, jadi nah HAHAHAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

chanyeol banyak update harini, jadi nah HAHAHAHA

[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now