"Kau tak sejuk ke?" soal Dahyun risau. Lelaki ini langsung tidak memakai baju sejuk, hanya mengenakan baju tshirt hitam berlengan panjang pada tubuhnya.
Jeno menggeleng dan menoleh kearah Dahyun yang masih lagi memandang risau kepadanya.
"Aku okey." Jeno tersenyum padanya. Secsra automatik, jantungnya berdegup kencang. Wajahnya tiba-tiba membahang.
Dia dapat merasakan diri dia bukan lagi diri dia yang sebenar. Dia bukannya mudah malu pada orang lain, tetapi kenapa apabila dia duduk bersama Jeno, mudah sekali wajahnya membahang dan menjadi malu secara tiba-tiba?
Mereka duduk dalam keadaan diam dalam beberapa minit. Jeno kelihatan seperti sudah tenggelam dalam dunia sendiri. Wajahnya juga sayu sahaja, dia terlalu banyak masalah ke yang terjadi baru-baru ini?
"Jeno." panggil Dahyun. Lelaki itu tersedar daripada lamunannya dan menoleh kearah Dahyun.
"Kau suka Heejin kan?" soal Dahyun tanpa ragu-ragu. Dia perlu memastikan juga perkara ini daripada mulut Jeno sendiri.
Jeno terkejut dengan soalan yang dilontarkan kepadanya. Dahinya berkerut sambil memandang Dahyun.
"Mana ada." jawab Jeno yakin. Jeno kembali melarikan pandangan matanya daripada Dahyun. Tidak mungkin Jeno akan mengaku padanya, padahal mereka baru sahaja bertemu.
Pada kawan-kawannya pun Jeno tidak mengaku, apatah lagi dia yang baru berjumpa dengannya selama setengah tahun ini.
"Aku nampak kau selalu jaga Heejin." sambung Dahyun lagi, dia tidak mahu mengalah. Jeno tetap mendiamkan dirinya.
"Kau layan Heejin lain. Cara kau pandang dia pun lain." Dahyun melirikkan matanya pada Jeno untuk melihat reaksinya. Raut wajah lelaki itu mendatar.
Kenapa tiba-tiba dia melihat aura seram yang keluar disekeliling Jeno? Meremang pula bulu romanya. Sudahlah dia hanya berdua dengan Jeno sekarang ini.
Tiba-tiba Jeno menoleh kearahnya dengan pandangan mata yang tajam. Terhincut bahunya apabila Jeno memandangnya seperti itu, hilang tatapan lembut yang sering dilihatnya itu.
"Aku dah cakap aku tak suka dia." Jeno menafikan sekali lagi. Dahyun menggeleng perlahan. Sekuat mana pun Jeno menafikan hal itu, perbuatannya sudah menjelaskan segalanya. Kenapa Jeno terlalu beria untuk menafikannya? Apa yang susah, mengaku jelah.
"Jeno, kau layan dia lain-"
"Kim Dahyun, nak aku buktikan ke?" Jeno memandang tepat ke dalam anak matanya. Dahyun meneguk air liurnya. Dia berasa gugup dengan pandangan mata itu.
"Aku akan layan kau sama macam aku layan Heejin nanti." kata Jeno mendatar. Perkataan 'sama' itu sengaja ditekankan olehnya. Dahyun berkelip-kelip memandang Jeno. Tetapi hatinya tetap berdegup pantas dan berasa tidak tenang dalam keadaan ini. Lelaki ini seakan-akan tercabar dengannya.
Layanan yang sama seperti Heejin? Apa maksud dia? Apa yang Lee Jeno cuba sampaikan ini!
Wajah yang mendatar itu sekelip mata bertukar menjadi senyuman yang paling manis dia pernah nampak daripada Lee Jeno. Dahyun terkejut. Dia pasti, senyuman ini hanya muncul apabila Jeno bersama dengan Heejin, dan sekarang senyuman ini muncul apabila Jeno bersama dengannya.
"Dahyun." panggil Jeno lembut, dia bangun daripada duduknya dan menghulurkan tangannya pada Dahyun.
Dahyun memandang huluran tangan itu pelik. Kenapa dengan Jeno ini! Adakah dia benar-benar melayannya seperti Heejin? Lelaki ini memang tercabar ke apa?
Dahyun mendongak memandang Jeno. Lelaki itu mengangguk, membenarkan Dahyun untuk memegang tangannya.
Dahyun mencapai huluran tangan itu dan Jeno menolongnya untuk bangun. Setelah dia bangun, Jeno membetulkan baju sejuk putih yang tersarung pada badan Dahyun itu.
Kedudukan Jeno yang berada di hadapannya sekarang membuatkan dia sangat gugup. Keadaan mereka terlalu dekat!
Dahyun hanya memandang wajah kacak itu tanpa berkelip. Jeno memegang bahu gadis itu dan tersenyum semula padanya sebelum menarik tangan gadis itu supaya mendekati sungai.
"Aku-aku taknaklah! Sejuk!" Dahyun tersedar apabila Jeno menariknya mendekati air sungai itu. Tetapi Jeno tidak berhenti, dia menarik tangan gadis itu sehingga kaki mereka dapat merasakan air sejuk pada paras buku lalinya.
Jeno menarik gadis itu supaya berdiri lebih rapat dengannya. Dia tidak memandang kearah Dahyun, sebaliknya dia hanya memejamkan matanya. Dia seperti sedang menenangkan dirinya sekarang.
Dahyun hanya terdiam, memberikan masa kepada Jeno. Walaupun dia merasakan Jeno sedang membuat tindakan yang gila sekarang dengan melayannya seperti Heejin.
Tetapi dia tidak boleh menafikannya, walaupun baru sedikit Jeno melayannya seperti itu, dia terlalu gembira dengannya. Setiap tindakan kecil lelaki itu mampu membuatkan hatinya berdebar.
Dahyun mendiamkan diri, bibirnya digigit resah. Dia menunduk memandang bawah, atau lebih tepat dia memandang tangan Jeno yang masih memegang erat tangannya. Kenapa dia terasa begitu istimewa terhadap lelaki ini sekarang?
Walaupun dia tahu, itu hanyalah lakonan. Jeno hanya melakukan perkara itu kerana dia tercabar. Ya, tiada maksud lain. Kau tak boleh tertipu Kim Dahyun. Sedar diri, Lee Jeno menyukai Heejin dan bukannya dia.
Tanpa sedar, Dahyun mengeluh perlahan. Jeno yang mendengar keluhan gadis itu terus menoleh kearahnya.
"Kenapa?" soal Jeno. Laju Dahyun menggeleng. Jeno menariknya ke tebing sungai itu semula. Dia menyuruh Dahyun untuk duduk dan dia duduk disebelah Dahyun.
Dahyun menoleh kearah Jeno, memerhatikan wajah itu daripada sisi.
'Susah sangat ke nak mengaku yang kau memang sukakan Heejin, Lee Jeno? Aku cuma taknak letakkan harapan pada kau...'
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚