09

392 64 26
                                    

"Mana Hendery dengan Jibeom?" Haechan bertanya sebaik sahaja dia memasuki kedai makan itu semula diikuti dengan Dahyun yang berada di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana Hendery dengan Jibeom?" Haechan bertanya sebaik sahaja dia memasuki kedai makan itu semula diikuti dengan Dahyun yang berada di belakangnya. Dia mencari dua kelibat lelaki yang sudah tiada di kerusinya tadi.

"Tandas." jawab Haeyoung ringkas. Haechan hanya mengangguk perlahan dan kembali duduk di tempatnya. Manakala Dahyun seakan-akan berjalan perlahan sekarang. Dia masih terkejut dengan kata-kata Haechan tadi.

"Jangan risau, aku tak bagitahu sesiapa." Haechan tersenyum padanya dan terus menolak troli itu ke hadapan, meninggalkan Dahyun yang masih terkejut.

"Dahyun kau okey?" tanya Haeyoung risau. Daripada tadi dia sudah memerhati Dahyun yang sedang kelihatan gelisah sekarang.

Dahyun terus mengangkat wajahnya dan menggeleng laju pada Haeyoung. Dia tersenyum supaya dapat meyakinkan Haeyoung supaya tidak risau dengannya. Dia kembali duduk disebelah Jeno. Jarinya gelisah bermain diantara satu sama lain

"Aku rasa aku kena baliklah." Dahyun bersuara dan terus bangun daripada duduknya. Dia tidak selesa untuk duduk dengan lebih lama dengan Haechan yang sudah mengetahui rahsianya. Dia yakin Haechan juga pernah melihatnya pada zaman sekolah dahulu.

"Tunggulah kejap Dahyun, kejap lagi kita balik." Jihyun cuba memujuk gadis itu. Lebih-lebih lagi, Dahyun datang bersama mereka. Jadi bagaimana Dahyun mahu pulang ke rumah nanti?

"Dahyun kau kena balik dengan kitorang." Heejin juga bersuara. Dia juga risau jika Dahyun pulang ke rumah berseorangan.

"Tak apa. Aku naik teksi." Dahyun tersenyum kecil, dia cuba melegakan hati kawan-kawannya.

"Biar aku hantar, aku pun nak balik." suara garau itu bersuara mereka semua memandang kearah Chani yang masih dengan raut wajah dingin. Dahyun mengangguk laju, terus menerima pelawaan Chani itu.

Mereka hanya memerhati dua figura yang sudah berlaku keluar daripada kedai makan itu. Dalam diam, Haechan tersenyum kecil memandang Dahyun yang sedang mengikuti langkah Chani.

--

"Wah Lee Jeno. Sanggup kau. Aku kawan kau tahu tak." Heejin menolak kasar bahu Jeno dan menjeling lelaki itu. Jeno tertawa kecil pada Heejin.

"Kau nak suruh aku buat apa selain benda tu? Petang nanti aku sibuk." kata Jeno. Heejin mengajaknya untuk pergi ke perlawanan bola sepak, tetapi dia perlu pergi ke perpustakaan untuk membincangkan tugasannya bersama Dahyun.

"Temanlah aku. Sanggup kau tinggalkan aku untuk pergi sorang-sorang." Heejin mencebik bibir. Dia masih cuba memujuk Jeno. Bagaimana sahaja hatinya tidak terpaut pada gadis ini?

"Aku tak boleh cancel petang ni Heejin." Jeno menjawab lembut, dia tidak mahu Heejin terasa dengannya.

"Tak apalah kalau macam tu... Aku ajak Bomin lah!" senyuman Heejin yang sudah pudar tadi kembali mekar. Jeno tersentak apabila Heejin menyebut nama Bomin. Hatinya mula merungut tidak puas hati dengan Heejin.

Jeno mengemam bibirnya. Dia hanya diam memerhatikan Heejin yang sedang bermain dengan telefonnya. Nampaknya dia sedang membalas mesej dengan Bomin.

Matanya tidak lari daripada memandang Heejin. Senyuman yang lebar terukir pada bibir gadis itu membuatkannya sedikit sebanyak terluka. Gadis itu tersenyum disebabkan lelaki lain.

"Bomin nak pergi-"

"Hai Heejin." percakapan Heejin dipotong oleh suara itu. Serentak Heejin dan Jeno memandang kearah Dahyun yang sedang berjalan mendekati mereka berdua.

"Hai Dahyun." Heejin membalas sapaan Dahyun. Dia memandang Dahyun dan Jeno bersilih ganti sebelum menepuk perlahan bahu Jeno.

"Kau ada kelas kan? Jadi aku pergi dulu." kata Heejin dan tersenyum, dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di belakang. Sempat Heejin mengelipkan sebelah matanya pada Dahyun sambil tersengih nakal padanya. Terkejut Dahyun dibuatnya.

Anak mata mereka berdua bertembung. Sepantas kilat Dahyun mengalihkan pandangan matanya. Suasana sunyi daripada mereka berdua membuatkan keadaan itu lebih kekok. Tidak ada sesiapa yang cuba memecahkan kesunyian itu.

"Kau nak pergi kelas kan?" Jeno bertanya kekok. Belakang lehernya diusap.

"Ha- ya." Dahyun menjawab gagap. Masing-masing mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada bertembung mata. Jeno mengemam bibirnya dan mengangguk.

Dahyun mengikuti langkah Jeno dan berjalan disebelahnya sehingga masuk ke dalam kelas.

"Kau nak duduk mana?" Jeno berpaling memandang kearah Dahyun. Anak matanya memerhati kelas itu sebelum berjalan kearah tempat duduk disebelah kanan yang berada di tengah. Tidak terlalu di belakang dan tidak terlalu di hadapan. Sempurna!

Jeno melabuhkan punggungnya disebelah Dahyun. Jam tangannya dilihat sekilas. Dia masih mempunyai beberapa minit sebelum kelas dimulakan.

Dahyun tidak dapat duduk dengan selesa. Sekarang ini dia duduk dalam keadaan yang tegak. Dia terlalu gementar dengan kehadiran Jeno yang berada disebelahnya. Jantungnya berdegup bagai nak meletup!

Jeno memandang Dahyun yang berada disebelahnya. Dia tergelak kecil apabila melihat posisi Dahyun itu. Jelas sekali posisi itu sangat tidak selesa baginya.

"Dahyun rilekskan badan kau. Kau nampak tak selesa duduk macam tu." Jeno menegur Dahyun. Lelaki itu masih tertawa kecil melihat tingkah laku Dahyun itu.

Dahyun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia cuba menyelesakan tubuh badannya untuk duduk. Bahunya dijatuhkan. Tanpa sedar, Dahyun tersenyum apabila melihat lelaki itu tertawa.

 Tanpa sedar, Dahyun tersenyum apabila melihat lelaki itu tertawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now