"Yangyang kau taknak ikut ke?" Haechan menegur rakan sebiliknya yang masih sedang berbaring di atas katilnya.
"Aku letih..." Yangyang menjawab malas, langsung tidak mengangkat wajahnya untuk memandang Haechan. Dia baru sahaja mahu melelapkan matanya setelah sepanjang malam dia bersengkang mata untuk menyiapkan assignment.
"Kau nak apa-apa tak? Aku tolong belikan." tawar Haechan. Haechan memandang Yangyang sekilas sebelum mencapai baju tshirt hitam dan disarungkan pada badannya.
"Kau belanja?" Haechan menggulingkan bola matanya dan mengumam. Yangyang tertawa dan bangun daripada baringnya
"Aiskrim tiga bekas. Satu kau punya, dua aku punya. Terima kasih Haechan!" Yangyang tersengih pada Haechan yang sudah ternganga memandangnya. Dia terus menyelubungkan dirinya di dalam selimut sebelum dia mula terlelap dibuai mimpi.
Haechan mengeluh pasrah dan mengambil telefonnya yang berada diatas katil sebelum melangkah keluar daripada bilik.
Jaemin kelihatan baru sahaja mahu keluar daripada rumah. Hendery dan Jeno sedang bermain dengan telefon masing-masing, menunggu Haechan dan Renjun yang masih berada di bilim tadi.
"Yangyang tak ikut?" soal Hendery. Mereka berdua berpaling kearah Haechan yang sedang melangkah mendekati mereka berdua.
"Dia nak tidur." jawab Haechan dan menggeleng. Hendery dan Jeno hanya mengangguk. Jeno kembali fokus memandang telefonnya, menunggu balasan daripada seseorang.
Haeyoung
kau dekat mana?
rumah
baru nak keluar.
kenapa?tak ada pape
kau okey tak?dah okey
jangan risaulahJeno kembali menyimpan telefonnya di dalam poket seluarnya. Dia memandang kearah tangga sekilas sebelum memandang jam dinding.
"Renjun! lambat lagi ke?" Jeno bertanya daripada bawah. Entah kenapa tiba-tiba Renjun ini lambat pula bersiap. Tiada balasan daripada lelaki itu.
Setelah beberapa minit, Renjun turun menuruni tangga dengan keadaan tergopoh-gapah. Kalau dia tersilap langkah, memang boleh terjatuh daripada tangga itu.
"Kereta siapa?" tanya Renjun. Tangannya mencapai beg kertas yang diletakkan berdekatan dengan televisyen. Mereka bertiga serentak memandang kearah Hendery.
Perlahan-lahan Hendery mengangkat wajahnya dan memandang kearah tiga orang lelaki yang lebih muda daripadanya itu. Dia mengeluh perlahan dan bangun untuk mengambil kunci keretanya.
--
"Kau pasti ke diorang pergi sini?" Jeno bertanya sambil memandang ke luar tingkap. Dia mencabut tali pinggang yang tersarung pada badannya.
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚