"Kau baru balik- wow apa jadi dekat model rumah tu-" kata-katanya Haechan terhenti apabila perutnya disiku oleh Sicheng, menghalang Haechan daripada meneruskan kata-katanya.
Jelas sekali mood Jeno sedang tidak baik sekarang. Haechan mendapat jelingan tajam daripada Jeno membuatkan lelaki itu menegur air liur.
Setelah figura Jeno sudah berlalu masuk ke dalam biliknya, Sicheng memandang Haechan.
"Kau memang nak dia marah kau ke?" tanya Sicheng sarkastik.
"Aku- aku mana tahu..." Sicheng menggeleng perlahan memandang Haechan yang sudah mengangkat bahu itu.
"Dahlah, baik hyung pergi bersiap dulu. Nanti lambat." Haechan menghalau Sicheng dengan menolaknya mendekati tangga rumah itu. Sicheng ini kalau bersiap memang lambat la jawabnya.
Haechan kembali duduk diatas sofa, matanya fokus bermain dengan telefonnya dan membiarkan televisyen itu terbuka.
"Tutup kalau tak tengok. Jangan membazir." suara Jaemin muncul daripada belakangnya. Haechan mencebik bibir dan mencapai alat kawalan tv yang berada diatas meja itu dan menutupnya.
"Mood Jeno tak elok." Sempat Haechan memberitahu Jaemin sebelum lelaki itu menaiki anak tangga. Jaemin mengerutkan dahinya dan hanya mengangguk. Dia baru teringat tentang kejadian yang berlaku tadi.
Pintu bilik itu ditolak, Jeno yang duduk diatas meja belajarnya itu menyapa pandangan matanya. Jaemin melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menanggalkan jaket pada tubuhnya dan disangkut pada belakang pintu.
Sesekali dia menoleh kearah Jeno, lelaki itu langsung tidak kisah dengan kehadirannya. Jaemin mengeluh perlahan melihat Jeno yang sedang meraup wajahnya. Dia kelihatan betul-betul tertekan.
Jaemin mengambil keputusan untuk mendekati lelaki itu dan memegang bahunya lalu dia duduk di birai katil Jeno.
"Apa." kata Jeno mendatar, langsung tidak memandang kearah Jaemin.
"Aku nak minta maaf." Jaemin mengusap belakang tengkuknya kekok. Dia menunduk ke bawah memandang lantai. Jeno mengerutkan dahinya apabila Jaemin tiba-tiba meminta maaf padanya.
"Chaerin yang tolak Haeyoung dan Dahyun. Jadi Dahyun tertolak model rumah kau sekali masa dia jatuh." terang Jaemin dengan perasaan bersalah. Dia tidak sangka Chaerin akan menyerang Haeyoung seperti itu.
Jeno mendiamkan dirinya. Bibirnya dikemam lalu rambutnya diserabaikan kasar. Dia kembali teringat tentang caranya melayan Dahyun tadi. Sangat dingin. Dia mulai berasa bersalah semula dengan gadis itu. Sudah dua kali dia menyakitkan hati gadis itu.
Bunyi notifikasi daripada telefonnya kedengaran. Dia terus mengambil telefonnya yang berada diatas meja dan dibuka.
Haeyoung
jeno baik kau minta maaf dekat dahyun.
dia bukan sengaja pun
chaerin yang tolak
kalau kau tak minta maaf dekat dia.
tunggu esok, aku kurung kau dalam tandasJeno terus menutup kembali telefonnya dan mengeluh perlahan.
"Kenapa Chaerin ada dekat situ?" tanya Jeno pelik. Setahunya Chaerin mana ada kawan daripada jurusannya. Jadi buat apa dia datang ke bilik kerja mereka?
"Dia tahu aku cari Haeyoung empat hari lepas." Kali ini Jaemin pula yang meraup wajahnya kasar. Fikirannya kembali berserabut memikirkan Chaerin dan Haeyoung. Dia bangun daripada katil Jeno dan bergerak kearah katilnya.
"Jaemin, aku tahu kau tak akan beritahu aku apa-apa tentang Haeyoung. Tapi aku rasa Chaerin memang dah melampau." Jeno menoleh kebelakang, memandang Jaemin yang sudah berbaring diatas katilnya dengan tangannya diletakkan diatas wajahnya bagi menutupi mata.
"Apa yang kau cakap ni Jeno." jawab Jaemin malas. Dia sudah malas memikirkan perkara ini.
"Jaemin, ni bukan kali pertama Chaerin serang Haeyoung macam tu."
"Ha-"
"Na Jaemin pergi mandi!" suara jeritan Haechan daripada bawah itu menghentikan percakapannya. Jaemin mengeluh panjang dan mengambil tualanya yang tersangkut.
"Jaemin-"
"Ya aku nak pergi mandi lah ni." Jaemin memintas percakapan Haechan yang baru muncul di hadapan pintu bilik mereka. Haechan mengangguk perlahan dan selamba masuk ke dalam bilik mereka.
"Aku nak pergi dengan Sicheng hyung-"
"Tak boleh." Haechan mencelah sambil membetulkan posisinya diatas katil Jaemin. Jaemin menggulingkan bola matanya.
"Mana muat kereta nak pergi ramai-ramai." Jaemin mengeluh. Jeno hanya memerhatikan mereka berdua dengan senyap.
"Renjun nak pergi jumpa Jihyun dulu dan Jeno boleh pergi asing." Jeno terus tersenyum bangga pada Jaemin. Dia sudah awal-awal memberitahu pada Haechan yang dia ada hal yang perlu diselesaikan. Padahal jadualnya kosong sahaja. Dia hanya mahu mengelak pergaduhan yang akan berlaku di dalam kereta nanti.
Jaemin pasrah, dia terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Sempat dia membaling anak patung beruang yang berada dekat dengan mejanya lalu dibaling kearah Haechan.
"Model rumah-"
"Jangan tanya kalau tak nak kena halau." kata Jeno, memberi arahan sebelum Haechan sempat menghabiskan ayatnya. Haechan terus mengemamkan bibirnya dan mengangguk. Dia melangkah keluar daripada bilik mereka berdua.
ting!
Heejin
jeno saya nak jumpa dengan awak sekarang
benda ni penting
taman yang dekat dengan pawagam tu
jumpa dekat sanaKeningnya bertaut. Betulkah ini Heejin? Heejin menggunakan panggilan 'awak-saya' dengannya? Tetapi dia segera menghapuskan fikirannya itu. Skrin telefonnya dipandang pelik sebelum dia memandang sekilas kearah jam dinding.
6.50 p.m.
Jaket yang tergantung pada almari itu dicapai dan terus melangkah keluar daripada biliknya. Sepantas kilat, dia menghidupkan enjin motornya dah meluncur laju kearah tempat yang dikatakan oleh Heejin.
hehehehehehe
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚