"Yulhee unnie!" Jihyun melambai-lambai kearah Yulhee yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen dengan Doyoung. Yulhee yang mendengar namanya dipanggil itu menoleh ke belakang.
Yulhee tersenyum lebar sebaik sahaja melihat beberapa orang gadis yang sedang masuk ke dalam rumah itu. Dia menyapa kembali gadis yang lebih muda daripadanya itu.
"Date dekat rumah ke unnie." Haeyoung mencelah daripada belakang, mengusik Yulhee dan Doyoung yang duduk bersebelahan itu. Bukan selalu mereka dapat berjumpa dengan mereka berdua ini.
"Doyoung ni malas keluar rumah." Yulhee membisik perlahan dan sengaja melepaskan keluhan supaya Doyoung dapat mendengarnya.
"Yah Yulhee." Doyoung menegur. Dia menarik semula tangan tunangnya untuk duduk dan mencubit pipinya.
"Esok kita keluar." Doyoung tersenyum pada Yulhee dan mengusap lembut rambut panjang gadis itu. Haeyoung dan Jihyun terus membuat raut wajah meluat melihat pasangan itu.
"Aku harap aku tak bercinta dengan sesiapa." kata Haeyoung. Bulu romanya meremang apabila melihat aksi 'manis' itu di hadapan matanya sendiri. Dia tidak dapat membayangkan jika dirinya seperti itu. Oh tidak, jika itu berlaku, bermakna itu bukan Park Haeyoung.
"Kau bercinta belanja aku selama seminggu." Yangyang mencelah, Haeyoung memandang kearah Yangyang yang sedang menuruni tangga itu.
"Okey." Haeyoung menjawab yakin.
"Aku join." Jihyun mengangkat tangannya nak menepuk tangannya bersama Yangyang. Haeyoung menggulingkan bola matanya. Dia pasti perkara itu tidak akan berlaku. Dia mengambil tempat duduk disebelah Yangyang.
"Tak cakap pun nak datang." Jihyun terus menoleh sebaik sahaja mendengar suara yang sangat dikenalinya itu. Jihyun tersenyum manis.
"Nak jumpa Jaehyun. Dia dekat mana?" tanya Jihyun kepada Renjun. Renjun terus menunjuk kearah bilik Jaehyun dan Sicheng yang berada di tingkat dua.
Jihyun meninggalkan mereka dibawah dan menaiki tangga untuk berjumpa dengan Jaehyun. Itu tujuan utamanya datang ke sini.
"Eh sejak bila ada ramai-ramai pula ni." Jeno yang baru sahaja keluar daripada biliknya memandang pelik kearah ruang tamu. Dia baru sahaja bertembung dengan Jihyun.
Jeno berjalan menuju kearah dapur, mahu mengambil beberapa makanan ringan untuk dibawa ke biliknya.
"Jangan ambil banyak! Aku baru beli." Sempat Sicheng memesan kepada Jeno, seakan tahu apa tujuan Jeno pergi ke dapur. Sejak akhir-akhir ini, asyik dia yang membeli snek dan makanan ringan untuk rumah ini, yang lain hanya tahu makan.
Tanpa sedar, masing-masing sudah ralit dengan drama yang sedang ditayangkan di dalam televisyen itu. Sudah pastinya drama The Penthouse. Drama yang cukup membuatkan orang lain naik darah pada setiap episodenya.
"Cheon Soojin!" tiba-tiba suara jeritan itu muncul membuatkan mereka semua terkejut. Mereka menoleh kearah Jaemin yang sudah terkekeh-kekeh ketawa pada mereka. Apa masalah lelaki ini. Sihat ke tak?
Secara tidak langsung, Jaemin juga menyertai mereka menonton televisyen beramai-ramai di ruang tamu. Dia mengambil tempat duduk diatas lantai memandangkan sofanya sudah penuh. Dia mengambil kusyen untuk menyandarkan badannya pada kaki kerusi.
Sedang ralit mereka menonton televisyen itu, pintu utama rumah mereka dibuka perlahan-lahan. Haechan melangkah masuk ke dalam rumah itu dan terkejut apabila melihat ramai orang yang berada di ruang tamu.
"Korang buat party tak ajak aku ke?" Haechan bersuara tidak puas hati.
"Senyap. Kalau nak tengok datang sini." Haeyoung berkata tenang. Tidak mahu orang lain menganggu ketenteramannya untuk melihat drama ini. Sudah tiga kali orang mengacaunya!
"Aku ajak Dahyun boleh tak? Dia ada dalam kereta sekarang." Serentak dengan itu, mereka semua menoleh kearah Haechan. Kali ini lebih terkejut berbanding dengan jeritan Jaemin tadi.
"Dahyun ada dengan kau?" Jeno bersuara setelah lama mendiamkan diri. Haechan hanya mengangguk dan tersenyum kecil sebelum keluar semula daripada rumah untuk memanggil Dahyun.
Setelah Haechan melangkah keluar daripada pintu, mereka semua memandang antara satu sama lain. Drama itu sudah tidak menjadi perhatian mereka.
"Siapa Dahyun." soal Yulhee dengan pandangan pelik.
"Kawan Haeyoung." jawab Renjun bagi pihak Haeyoung.
"Jadi kenapa dia dengan Haechan?" soal Sicheng pula. Mereka semua mengangkat bahu. Mereka juga tidak tahu tentangnya. Sejak bila pula Dahyun berkawan dengan Haechan?
Jaehyun, Jihyun dan Hendery yang baru sahaja menuruni tangga itu memandang kearah ruang tamu itu pelik apabila masing-masing memasang wajah yang serius.
Apabila bunyi pintu dibuka kedengaran, mereka kembali memandang kearah itu. Haechan dan seorang gadis yang sudah berwarnakan rambutnya dengan warna kelabu sepenuhnya itu masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang malu-malu. Lagi-lagi apabila semua mata merenung kearahnya sekarang.
"Hai Dahyun." Jihyun menegur ramah dan terus memandang Haechan yang berada disebelahnya.
"Korang nak pergi mana tadi?" tanya Jihyun. Tidak pernah dia melihat Dahyun dan Haechan bersama sebelum ini.
"Aku dengan dia nak keluar, dan aku nak ambil barang yang tertinggal tapi sekarang macam ada movie time. Aku ajaklah Dahyun join." jelas Haechan. Jihyun mengangguk dan tersenyum pada Dahyun. Lalu dia menarik tangan Dahyun pergi kearah ruang tamu memandangkan Dahyun masih malu-malu.
"Lelaki turun bawah, biar perempuan duduk dekat atas sofa ni." Jihyun menghalau lelaki-lelaki yang sedang duduk diatas sofa itu.
"Hwang Injun, awak sekali." Jihyun menarik tangan Renjun yang sudah mencebik bibir itu. Doyoung, Sicheng dan Yangyang dengan pasrah turun daripada kerusi itu.
Jihyun menarik tangan Dahyun untuk duduk disebelahnya. Jihyun duduk ditengah-tengah diantara Yulhee dan Dahyun.Manakala Jihyun menyuruh Renjun duduk dihadapan Jihyun, jadi lelaki itu bersandar pada kaki kerusi itu. Jadi tangannya boleh bermain-main dengan rambut lelaki itu.
"Satu kosong dekat sini." kata Haeyoung tenang. Dia duduk pada sofa yang lebih kecil iaitu hanya mempunyai ruang untuk dua orang duduk. Jaemin dengan laju terus mengambil tempat duduk itu memandangkan dia yang paling dekat.
Mereka kembali fokus pada drama yang sedang ditayangkan itu, tetapi dalam diam salah seorang daripada mereka tidak dapat fokus.
Pandangan mata Jeno memandang tepat kearah televisyen itu, tetapi fikirannya sudah melayang ke tempat lain.
Kehadiran Dahyun itu tadi terus menganggunya. Sesekali dia melirik kearah Dahyun dalam senyap-senyap. Kenapa Dahyun sering membuatkannya menjadi tidak tenang?
YOU ARE READING
[C] I Don't Need You | LJN
Fanfiction﹙ 2021, complete.﹚ ❝ stop make me flustered it's really annoying! ❞ ❏ ⨾ lee jeno ft kim dahyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 030321 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 220321 ▗ ▘resonance series﹙3﹚