17

338 55 14
                                    

Dahyun menghalakan kameranya pada sebuah rumah lama yang berada di hadapnnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahyun menghalakan kameranya pada sebuah rumah lama yang berada di hadapnnya. Rumah yang diperbuat daripada kayu. Walaupun dipandang sekilas, rumah ini kelihatan jelas sangat lusuh dan usang.

Mungkin rumah ini sudah lama ditinggalkan oleh pemiliknya. Mengikut pengetahuannya, hanya sedikit sahaja penduduk yang masih menetap disini.

"Fokuslah." Dahyun merungut perlahan apabila lensa kameranya langsung tidak fokus pada objek yang mahu ditangkapnya.

Dia hanya meminjam kamera ini daripada Haeyoung memandangkan dia tiada kamera. Jadi dia memang tidak berapa mahir untuk menggunakan kamera.

"Bagi aku tengok." Dahyun menoleh kearah sebelahnya. Jeno sedang berdiri dekat disebelahnya. Dahyun meneguk air liur dan memberikan kamera itu padanya.

Sesekali dia menoleh kearah Jeno yang sedang fokus membetulkan tetapan pada kameranya. Sisi wajah lelaki itu terlalu kacak. Sungguh!

Macam mana lelaki yang berwajah tampan macam ini boleh wujud di muka bumi ini?

"Kali kedua, aku tahu aku hensem Dahyun." suara garau itu menegur, terselit tawa di hujung ayatnya. Matanya langsung tidak lari daripada kamera Dahyun itu.

Dahyun terus melarikan pandangan matanya sebaik sahaja ditegur oleh Jeno. Kim Dahyun cukuplah malukan diri sendiri!

"Dah siap." Jeno menghulurkan kamera itu semula kepda Dahyun dengan senyuman manis pada bibirnya. Dahyun menyambut huluran itu dan terus meninggalkan Jeno di belakang keseorangan akibat terlalu malu untuk menghadap lelaki itu.

Jeno tergelak melihat wajah Dahyun yang sudah membahang itu dan mengejar langkah gadis yang sudah berada di hadapannya itu.

--

"Disebabkan kita tak cukup tempat, saya perlukan 6 orang pelajar untuk tidur di rumah lain. Jadi siapa nak ikut?" Mr. Park menawar.

Pelajar-pelajar yang lain mendiamkan diri, semestinya mereka tidak mahu. Di tempat menginap mereka sudah mempunyai penghawa dingin, jadi buat apa mereka perlu tinggal di rumah lama yang panas?

"Saya." Jeno mengangkat tangannya dan melangkah sedikit ke hadapan. Dahyun yang berada disebelah Min itu memandang kearah sekelilingnya.

"Kami!" Dahyun turut mengangkat tangannya bersama Min, atau lebih tepat Dahyun yang menarik tangan Min untuk mengangkat tangan. Terkejut Min dengan tindakan Dahyun yang mengejut itu.

Dahyun menoleh kearah Min dan tersengih tidak bersalah. Mahu sahaja Min memukul Dahyun sekarang.

"Siyeon ikutlah sekali." ajak Dahyun. Tetapi gadis itu laju sahaja menggeleng.

"Saya." serentak suara itu kedengaran. Yuta dan Haesoo memandang antara satu sama lain. Merekalah yang menawarkan diri secara serentak itu. Mereka berdua tertawa memandang raut wajah masing-masing.

"Seorang lagi pelajar lelaki. Sesiapa?" Melihat tiada sesiapa yang menawarkan diri, Mr.Park mengeluh. Lebih baik dia memilihnya sendiri.

"Kim Donghyun, awak ikut." putus Mr. Park. Lelaki yang bernama Donghyun itu terkejut, tidak disangka Mr. Park akan memanggil namanya.

"Tapi-" kata-katanya terhenti apabila Mr. Park memandangnya tajam. Dia mencebik bibir tidak puas hati. Selamat tinggal bilik penghawa dingin...

--

"Wah..." Jelas kedengaran reaksi hambar daripada keenam-enam orang pelajar dia apabila melihat rumah lama yang berada di hadapannya ini. Mr. Park menepuk tangan, cuba memberikan semangat semula kepada mereka semula.

"Jangan risau, dekat sini kita lagi dekat dengan alam semula jadi. Ada sungai dekat sini. Jadi lebih baik kan." Mr. Park berkata dengan teruja. Dia tersenyum lebar memandang kearah pelajar-pelajarnya.

Kemudian dia mula membahagikan bilik untuk pelajar lelaki dan untuk pelajar perempuan. Nampaknya mereka perlu mengemas sedikit rumah ini. Terlalu berhabuk.

Pada petang ini, kumpulan yang menetap di rumah lama ini akan dikecualikan daripada aktiviti untuk membersihkan rumah usang ini.

"Donghyun kau bangun sekarang!" Min menjerit kearah lelaki yang sedang elok terbaring sambil membaca komik. Orang lain sedang sibuk mengemas, manakala dia sedang berehat?

Donghyun hanya memandang Min sekilas sebelum kembali membaca buku komiknya. Terbakar hatinya pada masa itu. Bibirnya digigit bagi menahan amarah.

Mendengar gelak tawa daripada lelaki itu membuatkan dia makin tidak terkawal. Min terus menghalakan paip air itu kearah Donghyun dan menyebabkan lelaki itu kebasahan.

Mereka semua ternganga dan tertawa besar melihat kejadian itu. Donghyun yang sedang berbaring itu terus kalut berdiri sambil meraup wajahnya.

"Perang nak mula dah..." Haesoo berkata perlahan. Yuta yang berada disebelahnya mengangguk setuju

"Yah Lee Min!" Donghyun menjerit tidak puas hati kepada gadis itu. Tetapi Min hanya membuat wajah tidak kisah. Apa yang dia perlu takutkan?

Melihat raut wajah daripada gadis itu membuatkan Donghyun mengambil paip yang berada berdekatan dengannya. Min sudah dapat merasakan ancaman apabila Donghyun tersenyum sinis padanya.

"Kim Donghyun!" serentak mereka semua menjerit apabila Donghyun menyembur air itu kearah mereka semua.

Akhirnya pada petang itu, mereka semua kebasahan disebabkan pergaduhan Min dan Donghyun.

Akhirnya pada petang itu, mereka semua kebasahan disebabkan pergaduhan Min dan Donghyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now